Ayah Idola Terdekat Saya.

6 Dec

Ayah selalu bercerita tentang kehidupan silamnya. Kehidupan silamnya yang sedikit sebanyak membuatkan saya berfikir dan tahu tentang hidup. (Tahu, tidak semestinya faham. Akan lebih faham apabila diri sendiri mengalaminya.)

Mak lang dulu pandai. Tapi arwah Atok tak bagi pegi sekolah sebab takde duit. Sudahnya darjah 3 dah berhenti sekolah. Mak Tam pun macam tu jugak. Darjah 2 dah berhenti sekolah. Mak long, umur 10 tahun dah kerja kat rumah orang.” Ayah bercerita mengungkap memori adik beradiknya.

“Dah tu kenapa ayah belajar jugak? Tak yah lah belajar” Saya bertanya, mahu tahu kenapa ayah bersungguh-sungguh mahu belajar dalam keadaan keluarga yang sangat susah.

“Yelah, sanggup ke tengok keluarga hidup susah?” Kata-kata yang tulus keluar dari mulut seorang anak lelaki sulung.

“Masa tu ayah selalu berdoa, ayah kata pada Allah SWT supaya janganlah biarkan hidup kami sekeluarga susah sampai bila-bila. Bila dah kerja nanti, nak bagi duit kat mak ayah, nak bina satu hidup yang lebih baik.” Ayah menyambung.

Selama ini, saya selalu membaca tentang kehidupan yang susah sebegini. Seorang anak miskin yang berusaha untuk membela keluarganya. Tapi, apabila cerita yang sama keluar dari mulut seorang ayah, saya lebih terasa. Mahu menangis pun ada.

“Ada satu hari tu, ayah lapar sangat. Wan dgn Atuk takde duit sebab tak dapat pergi menoreh. Ayah pun jerit, “Upeekkkk! (Nama Wan) Nak makan!!!” Ye lah, masa tu kecik. Wan kau geram sangat, Wan kau kejar ayah satu rumah. Lepas tu ada jiran bagi ayah makan. Haa… susahnya nak makan masa dulu.” Ayah menyambung ceritanya.

“Dulu, orang tak percaya pun kalau ada anak-anak kampung ni masuk universiti. Tapi tak kisah la orang cakap apa, yang penting kita tahu kita pergi universiti, kita belajar.”

“Dulu Wan hantar ayah pegi universiti naik apa?” Saya bertanya.

“Wan hantar sampai kat pondok bas je. Ayah ingat lagi, masa tu hujan lebat, Wan hantar ayah kat pondok bas dgn kain batik tutup kepala. Hujan. Masa ayah naik bas tu, ayah nampak Wan kau menangis. Sebak nak pergi UPM, tapi nak buat macam mana. Dulu, mana ada balik rumah tiap2 minggu, bila biasiswa masuk, baru balik rumah. Dulu biasiswa sikit je, RM200, satu semester.”

Cerita yang sama ayah cerita berulang-ulang kali. Namun saya tak pernah jemu. Setiap kali ayah bercerita, alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk berfikir dan kembali melihat siapa diri ini.

Kadang2, saya selalu terfikir, kalaulah saya di tempat ayah dahulu, apa yang akan saya buat?

“Dulu kalau nak masuk tingkatan 1 kena dapatkan permission parents. Ayah tipu dulu. Sebenarnya arwah Atuk tak bagi sambung tingkatan 1 sebab takde duit. Ayah nak jugak belajar. Sudahnya, masa nak hantar surat tu, ayah suruh arwah Atuk sign dulu, kemudian baru ayah tanda, ‘setuju/tak setuju’ utk masuk form 1. Lepas Atuk dah sign, ayah tanda potong kat ‘tak setuju’, jadinya, ‘setuju’ utk masuk form 1.”

“Beberapa hari lepas tu, arwah Atuk mimpi. Dalam mimpi tu ada seorang orang ni datang jumpa arwah Atuk. Dia bagi seringgit kat arwah Atuk, suruh sekolahkan ayah. Paginya tu, arwah Atuk datang kat ayah. Dia tanya, “Ipit (panggilan utk ayah), borang sekolah dulu tu kau buat ‘setuju’ ke ‘tak setuju’? Abah mimpi ada orang bagi duit kat Abah, suruh sekolahkan kau….” Arwah Atuk ceritakan mimpinya kepada Ayah.”

Allahu akbar. Setiap kali dengar dan teringat cerita ayah, saya pasti terinspirasi.
Saya selalu mengimpikan bahawa hari-hari yang saya lalui di New Zealand di temani oleh ayah dan emak. Bukannya apa, sebab bersama mereka, saya terasa bersemangat.

Tapi, di masa hadapan, adakah mak dan ayah lagi untuk selalu bagi nasihat pada kita? Nak tak nak, kemahuan dalam diri tu mesti ada.

Keluarga yang masih mengamalkan Adat Perpatih terutama sekali dalam pembahagian harta, membuatkan saya kagum pada ayah. Allahu akbar~ Sungguh hebat perencanaan Allah kepada hamba-Nya.

Ayah banyak mengajar saya erti hidup pada memberi. Ada duit lebih jangan lupa pada orang yang tak mampu. Jangan lupa bayar zakat. Ayah kata, memang takkan rugi duit yg kita bagi kat orang tu.

Kadang2, ayah juga adalah ustaz saya. Ayah banyak membaca buku2 agama. Ayat common ayah, “Kena tahu hakikat kenapa Allah turunkan sesuatu perintah, jangan main translate macam tu je.”. Ayah selalu mengingatkan kami tentang hakikat. Kadang2 saya pun tak faham hakikat yang macam mana. Tapi yg pastinya, ayah mahu kami back-to-basic.

Ada satu hari, kami adik beradik ditegur oleh ayah. Direct. Kami adik beradik yang perempuan, masa tu tengah main chess. Tengah main-main tu, tiba2, ada yang tergelak besar. Langsung ayah tegur, “Apa gelak besar sangat tu? Awak tu perempuan. Tutup aurat bukan nya dengan pakai tudung je, tapi tutup perangai2 yang tak elok.”

Saat tu lah, masing2 menunjukkan ‘thumbs up’ kepada masing2. -_-” haih, anak-anak Napis!

Masa mulut ntah apa2 dulu, saya selalu tanya mak, “Mak, mak tak rasa apa2 ke dulu masa mula-mula kahwin dengan ayah? Ye lah, family mak kan kaya. Lpeas tu kena balik kampung ayah. Apa yang mak rasa?”
Pengaruh TV kuat jugak lah masa dulu, sebab kalau dalam TV mesti kita nampak orang perempuan yang dari golongan berada ni macam mengada2 sikit, bila kahwin dengan lelaki yang dari family kurang berada.

Mak dengan selamba menjawab, “Apa plak? Rasa lain apanya? Biasa je.”

Oh paling best, bila mak kata, ayah suruh mak berhenti kerja lepas kahwin. šŸ™‚

Ayah idola terdekat saya!

Alhamdulillah. Semoga Allah izinkan saya untuk terus mengambil pengajaran daripada cerita-cerita ayah, dalam usaha mencari erti diri seorang hamba-Nya.

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

One Response to “Ayah Idola Terdekat Saya.”

  1. Sa'idah May 31, 2011 at 5:42 pm #

    as salam pd tuan empunya blog…sgt2 suke dgn hasil coretan kamu, lebih2 lagi yg ini….rsnyer ingin berkenalan dgn kamu, rs seperti mahu menimba ilmu dgn kamu….hrp ALLAH SWT dpt memakbulkan harapan sy ini…..

Leave a comment