Rasional kan.

10 Mar

“Sahabat yg baik bukan sahaja yg mampu membenarkan kata-kata kita, tetapi berani membetulkan kata-kata dan pemikiran kita.”

Betul lah.
Aku setuju.

Terima kasih sahabat kerana berlaku jujur.
Terima kasih kerana mampu berlaku jujur dengan aku yg keras kepala ini.

Aku ada cara pemikiran ku yg tersendiri.
Terkadang susah utk menerima pendapat orang.
Bukan kerana apa.
Kerana aku punyai pengalaman yg membentuk cara aku berfikir.
Tapi, aku masih hargai kata2 jujur daripada sahabat.

Aku yakin, jika sahabat benar2 menegur ku kerana sayang dan mahu membetulkan aku, satu hari, Allah SWT pasti akan melembutkan hatiku untuk menerima.
Jadi, aku minta untuk ditegur kerana kasih dan sayang.
Aku tak kisah ditegur secara kasar, sebab aku dah biasa.
Tapi, betulkan niat mu ketika menegurku.

Menegur bukan untuk memalukan aku, ataupun mahu menjatuhkan semangat aku.
Tetapi kerana kamu benar2 mahu membetulkan kesilapan ku.

Tak ramai yg berani utk menegurku. Katanya aku garang.
Tapi, yakinlah, aku mampu berlaku rasional!
Walaupun aku tahu, kadang2 aku tersalah langkah.
Aku bersyukur kerana Allah SWT masih mengizinkan aku utk bermuhasabah.
Paling tidak apabila tiada yg mahu membetulkan kesilapanku, aku tahu Allah masih sudi utk menegurku!

Allah sangat baik pada aku! Dan, pada kamu.

Malam ini aku ditegur.
Agak ‘mendalam’. Tapi aku akur, aku salah.
Walaupun ada terselit sedikit ego dan sifat defensive.

Aku masih boleh tergelak, tapi dalam aku berfikir tentangnya.

“Akak kena cuba rationalise kan.”

Tak rasional kah?

Aku cuba.
Dan, aku sedang kuat bermujahadah dalam diri.

Ya, hanya lagi 8 bulan!
Sungguh aku tak sabar!

Mohon untuk di doakan!

16 Rabi’ulakhir 1433 Hijrah.
10 Mac 2012.

One Response to “Rasional kan.”

  1. hamba Allah March 10, 2012 at 10:34 pm #

    salam..
    entri yg menarik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: