emel, SMS, missed call.

12 Nov

tadi saya dapat emel drp puan haslinda (penolong pengarah bhgian pengajuran pelajaran MARA), SMS drp Hana, missed call drp Hazim. Yang pastinya semua nya berkisar tentang penerbangan kami ke negara kiwi itu.🙂 -missed call drp Hazim tu rasanya dia pun nk bgitau bnda yg sama lah kot. wallahualam.-

ni SMS drp hana:

Dak2 Wellington : pn. haslinda soh tls surt claim visa SGD___ + RM___, yg kte dh byr 2 n bwk mase tklimat hari jumaat. mse n tmpt die bgtau ikt emel.flight tunda isnin.tq..

flight tunda. hehe~ apekah perasaan saya? ntah la. tapi yg pastinya saya tak berasa sedih@marah pun. wallahualam. gembira, ada lah kot.😀 . lagipun, no use je nk sedih@marah. sbb kami ini kan di‘sponsor’. nama pun itu duit rakyat kan. maka, tak usah lah nak lebih2. kalo nak ditranslate kpd prcakapn biasa, “eleh, orang sponsor pun dah cukup, nak marah2 plak.” hehe.😛

saya sangat bersyukur. alhamdulillah. Allah tidak menjadikan sesuatu@melaksanakan sesuatu dgn sia-sia. 🙂 mungkin sebab itulah Allah tidak mengizinkan saya utk mengemas barang awal2 kot. wallahualam. krn bila saya menjadi terlalu excited, bila perkara sperti ini berlaku, mungkin saya akn lebih beremosi dan mengeluh. mcm, “buat penat je aku kemas barang awal2.” bukankah mengeluh itu tandanya kita ini tidak menghargai pemberian dan nikmatNya. sedangkan tak terfikirkah kita, tatkala kita mengemas barang2 tu, Allah lah yg telah membantu kita. kerana tanpa nikmat tangan dan akal, utk berfikir barang apa yg nak dibawa, tidak mungkin kita dapat mengemas barang2 itu kan? semua itu kan datangnya daripada Allah.😉

tapi, taklah dinafikan bhwa kita perlu bersiap sedia dgn lebih awal. supaya kelak tak kelam kabut kan? tapi, sprti yg saya katakan tadilah, setiap apa yg berlaku kpd manusia dan ciptaanNya, telah ditetapkan olehNya. krn Dia Maha Mengetahui utk hamba2Nya. [cumanya skrang saya mahu menjadi baik. (Sapelah yg xnk jadi baik, kan?😉 ) maka saya hanya memikirkan yg positif. insyaAllah.🙂 oh, tapi, saya tak lah kata, dgn bersikap sebegini, saya ini sudah baik. 😛 ] -hurm, sepatutnya kite juga perlu memikirkan kemungkinan2 yg lain, supaya kelak, kita lebih bersedia.🙂 –

okeh. cukup tentang itu.

selepas dpt SMS drp hana. saya pun bukak emel. alhamdulillah, dapat emel drp puan haslinda.🙂

Salam,

Untuk perhatian semua pelajar program tindikan Sains/Matematik bagi
Victoria University of Wellington

Untuk makluman semua satu perjumpaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh            : 14.11.2008
Hari        : Jumaat
Masa        : ________
Tempat            : __________________,
Ibu Pejabat MARA

Aturcara majlis:

3.00 pm          Taklimat oleh __________ (____________)
3.45 pm          Taklimat oleh Bahagian Penganjuran Pelajaran
4.15 pm          Taklimat oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Menengah
(MARA)

Semua pelajar diminta berpakaian kemas.  Dan jemputan ini hanya untuk
pelajar sahaja.

Juga dimaklumkan penerbangan sdr/sdr adalah seperti berikut:

Tarikh            : 17.11.2008
Hari        : Isnin
Masa        : 9.30 malam (waktu yang tepat akan dimaklumkan pada hari
jumaat)

Sila teliti maklumat yang disertakan dalam fail
(See attached file: Maklumat Penerbangan 1.doc)

Nor Haslinda bt Ahmad
Assistant Director
MARA Education Sponsorship Division
3rd Floor, MARA Headquaters
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
03-2690____.

-ada bahagian2 yg terpaksa saya potong. atas tujuan menjaga privacy kami.-😉

saya pun terus telefon ayah di Segamat.

mimi = ayah, flight kite tunda hari isnin. 9.30mlm.

ayah = oo, kenapa?

mimi = ntah, ada lah kot masalahnya. pastu, hari jumaat ni kite ade prjmpaan dgn MARA, kat KL.

ayah = haa.. oke2.

okeh, lepas tu, bagi off9 msg YM kat along.

weh, kitorg punye flight tunda isnin. 9.30mlm.  ari jumaat ni plak kitorg ade meeting ngan mara kat kl tu. pukul 3.

lepas tu, bagitau kat mak. maka, selesai lah sesi pemberitahuan. 🙂

saya bersyukur. kerana Allah masih memberi saya masa untuk bersiap n berkemas. meneliti betul2 apa yg perlu dibawa. dan mungkin Allah memberi masa untuk saya supaya lebih bersedia. alhamdulillah.🙂

wallahualam.🙂

7 Responses to “emel, SMS, missed call.”

  1. natasha November 12, 2008 at 3:24 pm #

    hehu. yeyey x terbang lg.. lol!

  2. fairuz November 12, 2008 at 3:26 pm #

    kenapa tak cerita yg awak juga dapat beberapa miscalls dari kita;P

  3. miminapis November 12, 2008 at 8:11 pm #

    natasha : huh~! gelak??😛

    fairuz : tapi, fairuz missed call kite sbb nak tanya pasal medical check up. bukannya nk bgitau pasal ke’delay’an flight kami. hehe.😉

    okey lah. okey lah.
    sambungan.

    “saya juga mendapat 2missed calls drp cik fairuz. sbb beliau bertanyakan saya tentang borang medical check up. tapi sebelum itu saya dimarahi oleh beliau. huk~ ‘mimi, susah betul nak call awak ni lah. mentang2 dah nak fly..’ haha😛 cess~! ”

    alhamdulillah. kite dah cite dah fairuz.😉

  4. fairuz November 13, 2008 at 4:37 am #

    hehhe. okay then. Thanks!
    ;P
    & awak mmg patut dimarahi!
    HAHAHA

  5. miminapis November 13, 2008 at 5:30 am #

    cess~!😛

    kite kalo kat rumah, jarang bersama henpon. maka maaflah kalo ada call yg xberangkat dan SMS yg lambat dibalas.~! haha.😉

  6. natasha November 13, 2008 at 9:36 am #

    bukan gelakkan. tp gelak sama2. hoho.

  7. syazanuar April 14, 2012 at 8:14 am #

    assalamualaikum akak.
    actually saya tengah cari2 maklumat pasal tindikan matematik, nak tahu apakah course ni, apa yang kita study dan kita boleh kerja sebagai apa dengan course ni. saya pun insya-ALLAH nak try apply mara and study tindikan matematik. cari maklumat kat google last2 lead saya untuk bertemu entri akak yang ini. jadi, akak sudi tak nak tolong saya? huhu. susah nak cari maklumat pasal tindikan matematik. saya merupakan pelajar lepasan spm 2011. jadi, saya masih blur2 nak buat pilihan. harap2 akak sudi berbalas emel kat emel saya atau berbalas mesej di facebook account saya🙂

    syukran sudi luangkan baca kat komen ni. huhu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: