Everything will be okay

5 Jul

It has been 6 years since the last post which I’ve written.

I will come back to this blog whenever I think I need something to cheer me up and when I think I hit the lowest point of my life.

A person who walk confidently may someone who has so many regretful memories, but she needs to be (read: seen) strong as to hide everything inside of her. She might be the one who trust people less as she knows no one can heal and truly understand her. This is the hardest thing of being herself; it is mentally tiring thing to do but what else can she do.

One thing that she believes is – to always say – Astaghfirullahal’azim, la hau lawala quwwata illa billah – whenever she feels down.

And yes, she’s overwhelmed. And she needs to restructure everything in her head. May Allah ease everything.

miminapis – Tekam – 5July19

Sejauh mana cintamu.

10 Jul

Dan di antara manusia ada orang yanv menyembah Tuhan selain Allah sbgai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai Allah. Adapun orang2 yg beriman sangat besar cintanya kepada Allah….. (surah Al-Baqarah, ayat 165)

Antara ciri2 orang yang beriman adalah sangat besar cintanya kepada Allah.

Sebesar mana? Aku pun tidak pasti.

Cuma aku risau dan tertanya pada diri sendiri di saat aku tahu, sedar dan, biiznillah, faham akan ayat ini, sudah besarkah cinta aku kepada Allah.

Tiba2 aku teringat kepada Dr. Morsi, presiden Mesir dan semestinya ahli Ikhwanul Muslimin, yang sedang diuji dengan hebat oleh Allah. Allahuakbar. Keimanannya sedang diuji.

Aku juga sentiasa diuji. Kamu juga. Aku tak tahu apa ujian untukmu tapi aku tahu kamu sentiasa diuji sbgaimana aku. Hakikatnya, semua orang sentiasa diuji untuk dlihat tahap keimanannya.

Lihat sejauh mana cintamu kepada Allah ketika kamu diuji dengan kesusahan.

miminapis – 1752 – ampang.

Delay my solah?

10 Jul

Pada aku ‘bukan asal kan solat’, tapi ‘solat lah hingga dpt syafaat’. Moga ada kualitinya dan bukan sekadar kuantiti.

Bukan aku atau kau yg tntukan nilai sesuatu ibadah, tetapi Dia.

Dan kerana itu jugalah aku sedaya mungkin cuba dan berusaha untuk solat di awal waktu.

Pada aku jika solat dilewatkan hanya kerana urusan yg tidak begitu penting, itu adalah pmbaziran masa. Yup, for me ‘window shopping’ is a rubbish reason to delay my solat.

Bukanlah aku yg terbaik dlm menguruskan masa, tapi seperti yang telah aku coretkan tadi, aku sedang berusaha untuk mndptkan kualitinya!

miminapis – 1715 – ampang.

Jalan itu.

4 Jul

Sungguh, (ayat-ayat) ini adalah peringatan, maka barangsiapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) tentu dia mengambil jalan menuju Tuhannya. (Al-Insan, ayat 29)

Tetapi kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali apabila dikehendaki Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Mahabijaksana. (Al-Insan, ayat 30)

Hold on and keep on moving.

Allah The Most Exalted.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar.

Allahumma solli ‘ala saiyyidina Muhammadin ‘abdika wa nabiyyika wa Rasulikannabiyyil ummiyyi wa’ala ‘alihi wassahbihi wasallim taslima.

miminapis – 0845 – ampang.

Andai cinta..

2 Jul

Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

Kepada peminat Ustaz Hasrizal menerusi penulisan2 beliau, pasti familiar dengan frasa di atas. 

Tadi aku ke MPH bookstore. Kononnya mahu mencari buku pengganti kepada ‘buku syiah’ yang telah aku beli minggu lepas. Haha. Aku gelar buku itu buku syiah kerana sebenarnya ia berkisar tentang syiah dan aku hanya menyedarinya di pertengahan pembacaanku. Aku tertarik dengan buku itu kerana quotation-nya yang agak feminist. Sedar sedar banyak sangat bahagian di dalam buku itu yang membuatkan aku sangat teruja, kerana ilmu-ilmu barunya. Masakan tidak kerana buku itu benar-benar berkisar tentang syiah! Banyak istilah yang aku tak pernah tahu, dan apabila aku google, ya, ternyata lagi sahih, ianya adalah ajaran syiah. Langsung aku meninggalkan buku itu. Bukan diskriminasi dan tidak mahu mengenali syiah, tetapi, pada saat ini, aku lebih tahu bahan bacaan mana yang lebih aku perlukan.

Okey, cukup.

Aku tak berniat nak mengulas lanjut tentang buku itu, cuma Mak pesan kepada ku tadi, “Haa tu lah, lain kali baca dulu sinopsis dia, baca sikit dalam dia, baru ambik dan beli.” 🙂

Aku sebenarnya mahu mengulas tentang quotation daripada buku Murabbi Cinta hasil tulisan Ustaz Hasrizal tersebut.

—————————————————

Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

 

Semalam aku terbaca sesuatu di blog seseorang. Secara kesimpulannya, apa yg boleh aku katakan seseorang ini sudah merasa tawar hati terhadap seseorang yang suatu masa dahulu pernah mengujakannya.

Aku tidak tahu seseorang yang dimaksudkannya itu siapa. Mungkin sahabatnya, adik usrahnya ataupun tunangnya.

Serasa mahu mengajukan padanya soalan yg sama, “Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?” Tapi aku tiada keberanian itu. Cukuplah aku menjadi silent reader.

Pada aku dengan sesiapa pun kita menjalinkan hubungan; sesama rakan sekelas, rakan sekerja, adik-adik usrah, ibu bapa, mahupun pasangan masing-masing, kita pasti mengharapkan hubungan yang baik dan akhirnya dapat membawa kita bersama-sama menuju redha-Nya.

Itu adalah apa yang kita impikan. Tapi, aku tahu, kadang-kadang realiti berbeza dengan apa yg kita impi.

Cuma aku benar-benar berharap agar kita sama-sama dapat bermujahadah untuk membuang segala prasangka. Jika ada yang tidak berpuas hati, luahkan, dengan niat untuk mendapat penjelasan, bukannya untuk mengeruhkan keadaan. 

Bukankah kebanyakan prasangka itu dosa? 

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. (Al-Hujurat, ayat 12)

Aku tahu, kata-kata itu peneman yang baik dikala hati remuk rendam. Namun, pada pandanganku itu bukan solusi yang terbaik, kerana diakhirnya kita akan terus dihujani dengan persoalan demi persoalan yang tiada jawapannya, dan bukannya jawapan yang jelas dan terang daripada pelakunya.

Mahu diluah mati mak, ditelan mati bapak.

Jangan risau, jika mati mak itulah yang terbaik (doa dan minta sungguh2 petunjuk daripada Allah!), daripada diri sengsara menanggung prasangka, yang akhirnya hubungan menjadi hambar, kusam dan tidak lagi bernyawa, lebih baik diluahkan. Cuma kena sentiasa perbaiki niat, kita meluahkan bukan untuk menunjukkan kebencian, tetapi sekadar mahukan penjelasan. Believe me, the way you deliver something will show what is in your heart!

Aku tiada kata-kata yang indah untuk dipersembahkan, melainkan mengulangi quotation Ustaz Hasrizal tersebut, 

Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

 

Dan cinta itu tidak aku spesifik kepada pasangan sahaja, malah kepada semua manusia yang kita berhubungan dengannya. 

Dalam berhubungan dengan manusia, aku pegang kepada dua benda yang diajarkan oleh Ustaz Pahrol di dalam penulisannya, iaitu jujur dan percaya.

Ya, bukan mudah untuk mempercayai orang pada zaman ini, kerana itu percaya itu perlu diiringi dengan waspada. Dan, pada aku yang paling penting percaya-lah, di saat kita telah berlaku jujur, tetapi akhirnya dikhianati, Allah itu sifatnya Maha Adil. Berimanlah dengan sifat-Nya yang itu. Pasti datang pembalasan kepada yang mengkhianati, dan menjelmalah pula hikmah kepada yang terkhianati. In shaa Allah. 🙂

Oh, tolong jangan beritahu aku bahawa engkau tiada hubungan dengan sesiapa, kerana paling tidak engkau ada hubungan dengan Penciptamu!

Andai benar cintakan Allah dan Rasul-Nya, kenapa dibiarkan ada noktah pada ibadah-ibadah yang disyariatkan-Nya?

Andai benar cintakan rakan-rakan seperjuangan, kenapa dibiarkan ada noktah pada perjuangan?

Andai benar cintakan pasanganmu, kenapa dibiarkan ada noktah dengan prasangka-prasangka burukmu?

 

Allahu Allah.

 

Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim.

 

miminapis – 1617 – ampang.