Andai cinta..

2 Jul

Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

Kepada peminat Ustaz Hasrizal menerusi penulisan2 beliau, pasti familiar dengan frasa di atas. 

Tadi aku ke MPH bookstore. Kononnya mahu mencari buku pengganti kepada ‘buku syiah’ yang telah aku beli minggu lepas. Haha. Aku gelar buku itu buku syiah kerana sebenarnya ia berkisar tentang syiah dan aku hanya menyedarinya di pertengahan pembacaanku. Aku tertarik dengan buku itu kerana quotation-nya yang agak feminist. Sedar sedar banyak sangat bahagian di dalam buku itu yang membuatkan aku sangat teruja, kerana ilmu-ilmu barunya. Masakan tidak kerana buku itu benar-benar berkisar tentang syiah! Banyak istilah yang aku tak pernah tahu, dan apabila aku google, ya, ternyata lagi sahih, ianya adalah ajaran syiah. Langsung aku meninggalkan buku itu. Bukan diskriminasi dan tidak mahu mengenali syiah, tetapi, pada saat ini, aku lebih tahu bahan bacaan mana yang lebih aku perlukan.

Okey, cukup.

Aku tak berniat nak mengulas lanjut tentang buku itu, cuma Mak pesan kepada ku tadi, “Haa tu lah, lain kali baca dulu sinopsis dia, baca sikit dalam dia, baru ambik dan beli.”🙂

Aku sebenarnya mahu mengulas tentang quotation daripada buku Murabbi Cinta hasil tulisan Ustaz Hasrizal tersebut.

—————————————————

Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

 

Semalam aku terbaca sesuatu di blog seseorang. Secara kesimpulannya, apa yg boleh aku katakan seseorang ini sudah merasa tawar hati terhadap seseorang yang suatu masa dahulu pernah mengujakannya.

Aku tidak tahu seseorang yang dimaksudkannya itu siapa. Mungkin sahabatnya, adik usrahnya ataupun tunangnya.

Serasa mahu mengajukan padanya soalan yg sama, “Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?” Tapi aku tiada keberanian itu. Cukuplah aku menjadi silent reader.

Pada aku dengan sesiapa pun kita menjalinkan hubungan; sesama rakan sekelas, rakan sekerja, adik-adik usrah, ibu bapa, mahupun pasangan masing-masing, kita pasti mengharapkan hubungan yang baik dan akhirnya dapat membawa kita bersama-sama menuju redha-Nya.

Itu adalah apa yang kita impikan. Tapi, aku tahu, kadang-kadang realiti berbeza dengan apa yg kita impi.

Cuma aku benar-benar berharap agar kita sama-sama dapat bermujahadah untuk membuang segala prasangka. Jika ada yang tidak berpuas hati, luahkan, dengan niat untuk mendapat penjelasan, bukannya untuk mengeruhkan keadaan. 

Bukankah kebanyakan prasangka itu dosa? 

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. (Al-Hujurat, ayat 12)

Aku tahu, kata-kata itu peneman yang baik dikala hati remuk rendam. Namun, pada pandanganku itu bukan solusi yang terbaik, kerana diakhirnya kita akan terus dihujani dengan persoalan demi persoalan yang tiada jawapannya, dan bukannya jawapan yang jelas dan terang daripada pelakunya.

Mahu diluah mati mak, ditelan mati bapak.

Jangan risau, jika mati mak itulah yang terbaik (doa dan minta sungguh2 petunjuk daripada Allah!), daripada diri sengsara menanggung prasangka, yang akhirnya hubungan menjadi hambar, kusam dan tidak lagi bernyawa, lebih baik diluahkan. Cuma kena sentiasa perbaiki niat, kita meluahkan bukan untuk menunjukkan kebencian, tetapi sekadar mahukan penjelasan. Believe me, the way you deliver something will show what is in your heart!

Aku tiada kata-kata yang indah untuk dipersembahkan, melainkan mengulangi quotation Ustaz Hasrizal tersebut, 

Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

 

Dan cinta itu tidak aku spesifik kepada pasangan sahaja, malah kepada semua manusia yang kita berhubungan dengannya. 

Dalam berhubungan dengan manusia, aku pegang kepada dua benda yang diajarkan oleh Ustaz Pahrol di dalam penulisannya, iaitu jujur dan percaya.

Ya, bukan mudah untuk mempercayai orang pada zaman ini, kerana itu percaya itu perlu diiringi dengan waspada. Dan, pada aku yang paling penting percaya-lah, di saat kita telah berlaku jujur, tetapi akhirnya dikhianati, Allah itu sifatnya Maha Adil. Berimanlah dengan sifat-Nya yang itu. Pasti datang pembalasan kepada yang mengkhianati, dan menjelmalah pula hikmah kepada yang terkhianati. In shaa Allah.🙂

Oh, tolong jangan beritahu aku bahawa engkau tiada hubungan dengan sesiapa, kerana paling tidak engkau ada hubungan dengan Penciptamu!

Andai benar cintakan Allah dan Rasul-Nya, kenapa dibiarkan ada noktah pada ibadah-ibadah yang disyariatkan-Nya?

Andai benar cintakan rakan-rakan seperjuangan, kenapa dibiarkan ada noktah pada perjuangan?

Andai benar cintakan pasanganmu, kenapa dibiarkan ada noktah dengan prasangka-prasangka burukmu?

 

Allahu Allah.

 

Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim.

 

miminapis – 1617 – ampang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: