Kau Yang Berpurdah.

12 Feb

Kau, kalau kau baca post ni, aku berbangga dgn perubahan kau sekarang.🙂
Tapi, aku yakin, kau tak baca post aku ini.

Teringat masa pegi Twins of Faith di PICC hari tu.
Adik kau tegur aku.
Time tu aku dgn kakak aku on the way ke surau masa break utk Zohor.

Dengan ramainya orang memakai purdah.
Aku berjalan laju, dgn tertunduk.
Malu. Itu sahaja.
Malu dgn diri sendiri yg masih tak kuat utk berbuat lebih sedikit utk Tuhan seperti mereka.

Adik : Assalamualaikum wbt.
Mimi : Wa’alaikumussalam wbt.
Adik : Ni kak syamimi ke? Nur Syamimi Mohamad Napis? miminapis? krew iluvislam.com?
Mimi : A’ah. ye saya.
Kau : Memekk!! Ni aku lah..(nama).. seseri!

Serius, aku bangga dgn kau.
Aku tak nafikan dgn keadaan muka bertutup, berpurdah, susah aku nk cam muka kau.
Tapi, bila dengar suara kau, dengar kau cakap, aku tahu itu kau!

Allahu akbar.
Kuasa Allah menemukan kau dan aku balik, setelah 7tahun tak jumpa.
Kuasa Allah juga menentukan perubahan pada kau.
Ntah, aku hanya boleh kata, aku bangga dengan kau.

Aku ingat lagi perangai kau masa kat seseri dulu.
Masa kat dorm.
Suka sangat ‘berangan’ depan cermin, lepas tu menyanyi guna sikat.
Haha. Aku gelak, sebab aku teringat perangai kau dulu.
Kau suka pakai seluar pendek, tudung selempang2.
Dan, kalau kau rasa kau nk pakai anak tudung, kau pakai.
Kalau tak, kau tak pakai lah.
(Okeh, aku rindu seseri plak dah ha!)

Dengan perangai gila2 kau, aku tahu kau budak baik.
Kalau tak, takkan kau jadi pengawas kan?
🙂

Kau buat something yg lebih sikit daripada yg disuruh Allah.
Hanya kau yg tahu kenapa kau memilih macam tu.
Tapi aku yakin, ada segumpal kekuatan dalam diri kau, berbanding diri aku.

Masa adik kau tegur tu, aku senyum biasa je.
Dan aku macam acuh tak acuh nk jawab n pandang.
Sebab aku segan dgn kau dan adik kau yg berpurdah.
Lagipun, sebab adik kau sebut ‘iluvislam.com’.
Aku malu nak mengaku jugak, sebab aku dah lama tak menulis utk iluvislam.com.

Tapi, aku excited bila tahu itu ialah kau.

Sehingga sekarang, aku tahu ada 2 orang budak batch kita yg berpurdah.
Mabruk ‘alaikum ya ukhti!

Kalau kau berpurdah kerana Allah SWT,
Untuk penyucian hati,
MasyaAllah, tabarakallah!
Aku kagum dgn kekuatan dan langkah yg kau ambil.

p/s: aku rindu plak orang panggil aku ‘memek’, walaupun dulu masa kat seseri, aku menyampah sangat dengan panggilan tu. tapi, senang jugak nk cam kawan2. kalau orang tu panggil aku ‘memek’, sah2 dia budak seseri. sebab aku dapat nama ‘memek’ tu pun masa kat seseri. senior bagi.

3 Responses to “Kau Yang Berpurdah.”

  1. areda February 13, 2012 at 2:24 pm #

    saya rindu memek!!hehehe

  2. miminapis February 13, 2012 at 11:19 pm #

    Aku rindu kau jgak, geng segi 4 bermuda!!😉

  3. noruamran February 16, 2012 at 6:38 pm #

    wah. kagum dengan dia !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: