Apabila skirt labuh bertemu baju kurung.

16 Feb

“Akak memang suka pakai t-shirt labuh dengan kain eh?”

Tersenyum. “A’ah.”

“Ada juga kawan-kawan saya yang suka pakai macam ni. Tu yang tadi saya pandang dari jauh, cantik jugak. Maksud saya, okey jugak pakai macam tu. Tutup aurat jugak kan.”

InsyaAllah. “Adik plak?”

“Saya lain sikit. Saya tak pernah pakai macam ni. Saya selalu pakai baju kurung atau jubah je.”

“Oh, mungkin sebab adik dah biasa dari sekolah dengan pakai baju kurung dan jubah kot. Saya sekolah biasa je. Baru je nak menjinak-jinakkan diri dengan baju labuh ni.”

Betul. Saya masih baru untuk menjinak-jinakkan diri dengan baju labuh. Baru 4 tahun. Kalau ditukarkan usia itu kepada budak-budak, masih belum sekolah pun budak tu lagi!

Perbualan dengan adik lepasan SPM yang menjual baju labuh di Jusco AU2, Setiawangsa.
Semasa proses pembelian berlaku, sempat juga kami berta’aruf.
Si adik bekas pelajar sekolah agama di Cheras.

Saya tidak tahu persekitaran sekolah lamanya dulu macam mana.
Tapi saya pernah ke KISAS semasa tingkatan lima dahulu.
Ketika itu KISAS menganjurkan program sempena ulangtahun ke-50 mereka (kalau saya tak silap, tahun 2005).
Saya berada dalam badan agama sekolah. Jadi kami dijemput sebagai tetamu.
Teringat lagi perbincangan dengan ustazah tentang baju apa yang kami perlu pakai untuk ke event tersebut.
Selalunya 3 jenis baju yang boleh dipakai untuk event yang dijemput, iaitu baju rasmi, baju outing dan baju pengawas.
Akhirnya, baju outing yang dipilih, kerana lebih sopan. Baju outing adalah baju kurung kurung biasa yang bercorak batik.
Baju rasmi adalah skirt labuh dan blouse, manakala baju pengawas adalah skirt labuh dan kemeja yang perlu di tuck-in, berserta blazzer.

Tiba di KISAS, kami dibawa ke dorm pelajar perempuan dahulu, kerana kami tiba awal.
Dalam dorm kelihatan tudung-tudung labuh, jubah-jubah dan baju kurung bergantungan.
Dalam hati saya kata, “Nasib baik tak pakai baju rasmi! Kalau tak, mesti malu tak pasal-pasal.”

Saya berlatarbelakangkan persekitaran yang bukan menjadikan baju kurung atau jubah sebagai pakaian utama.
Pernah saya tanya pada mak ketika kami sekeluarga sedang membeli-belah pakaian raya.

“Mak, kenapa raya kena pakai baju kurung? Kite tak nak beli baju kurung, boleh?”

Berjinak-jinak dengan pakaian yang lebih menutup aurat bererti saya perlu berjinak-jinak dengan baju kurung.
Bukanlah maksudnya hanya baju kurung sahaja yang menutup aurat, tetapi baju kurung adalah salah satu pakaian yang menutup aurat.

Tahun 2008, bulan November, saya fly ke NZ.
Sahabat baik saya di SESERI, Diana Ismail, sudah pun 4 bulan awal fly ke Dublin, Ireland.🙂

“Diana, kau bawak baju apa pegi sana? Banyak tak baju kurung kau bawak?”

“Aku bawak 10 helai je baju kurung.”

“10…’je’? Banyak tu weh..”

Tika itu ada impian dalam diri saya. Saya mahu ubah cara saya berpakaian. Mahu lebih tertutup, mahu lebih mengikut ajaran Al-Quran, hakikatnya, mahu lebih disayangi oleh Allah SWT. Selepas perbualan dengan Diana, saya berusaha untuk cari baju kurung banyak-banyak. Saya tanamkan dalam diri, mahu istiqamah dengan baju kurung setiap kali ke sekolah di universiti nanti. Targetnya 10 helai! Tapi, hanya 7 helai yang saya mampu kumpul, kerana saya tidak banyak koleksi baju kurung. Itu pun setelah meminta ehsan baju kurung daripada kakak.

Ke NZ bukan hanya kerana saya mahu ‘berhijrah’ tempat belajar, tetapi juga, saya mahu ‘berhijrah’ cara saya berpakaian dan cara saya memandang Islam. Sedikit demi sedikit saya cuba ubah.

Alhamdulillah, Allah bantu. Setiap kali ke kelas saya pakai baju kurung.
Wellington bandar yang kuat dengan angin. Jadi saya memakai seluar panjang dibahagian dalam sebagai perlindungan.
Saya pernah terbaca satu hadis yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW mencela perempuan yang tidak memakai seluar di bahagian dalam apabila memakai kain.
Jadi, hadis itu saya pegang hingga sekarang.
Biar pun di Malaysia, saya tetap memakai seluar panjang di dalam apabila memakai kain. Tak panas.

Pernah saya ditempelak,

“Ni nak pakai kain ke seluar?” sambil disambut dengan hilaian ketawa.

Saya senyum dan jawab, “Dua-dua..” sambil menerangkan tentang hadis yang pernah saya baca tersebut.
Tak apa lah, nak gelak pun gelak lah. Saya takkan dan tak mahu lemah, sebab saya berpegang pada Al-Quran dan As-sunnah.

Saya pernah mengikuti satu program Winter Gathering di Melbourne. Di sana kakak2 kelihatan sangat sopan. Ber’t-shirt’ labuh dan berskirt labuh. Saya lebih senang mengenakan t-shirt labuh berbanding baju kurung. Salah satunya adalah kerana t-shirt tak perlu digosok sangat, berbanding baju kurung. Jadi, ia mudah dicapai dan menjimatkan masa! -_-”
Saya tak menafikan ada juga baju kurung yang tak perlu digosok, tapi tak banyak dalam koleksi saya.

Kita yang memilih untuk diri kita. Tanpa tarbiyyah dan hidayah, tak mungkin kita boleh berubah.
Apa yang ada disekeliling kita, pandanglah dengan mata hati dan fikirlah.
Tak perlu nak lebih-lebih berbelit-belit disana sini, jika asas menutup aurat pun kita tak buat.

Bak kata MUH dlm Pokok,

“Terlalu mahu dan mahu. Terlupa apa yang perlu.
Terlalu banyak alasannya. Duduk terdiam.
Tak mudah namun tak susah, terserah atas pilihan!”

Tanya pada diri,

“Berdasarkan apa aku mahu buat itu dan ini? Kerana suruhan Allah atau kerana nafsu untuk dipandang manusia semata?”

Persekitaran kita dibesarkan mungkin berbeza. Tetapi, kita tetap mempunyai Tuhan dan agama yang sama.
Maka, walau dalam persekitaran mana pun kita berada, mana mungkin aurat saya dan aurat kamu berbeza, wahai wanita islam yang disayangi.🙂

Kata seorang sahabat,

“Selalunya orang yang kuat, dorongannya datang dari diri sendiri bukan persekitaran. Apatah lagi, apabila dia sendiri tahu persekitarannya mempengaruhinya.”

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

“Wahai anak cucu Adam! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian takwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat.” (Surah Al-A’raf ayat 26)

wallahu’alam.

4 Responses to “Apabila skirt labuh bertemu baju kurung.”

  1. noruamran February 16, 2012 at 6:36 pm #

    nice post. keep it up, dear.😀

  2. Figuretive February 24, 2012 at 1:05 am #

    alhamdulillah. =)

  3. ein April 23, 2012 at 4:35 am #

    Assalamualaikum..jom lepak kt blog saya..ada jual handbag..blouse.mcm2 info menarik..jgn lupa tinggalkan komen ya utk setiap posting dilawati…

  4. kurung siap May 18, 2012 at 4:54 pm #

    salam…jom tgk baju raya kt sini….lain dari yg lain…utk peminat cotton dan chiffon….jom follow me back,grab 20% discount…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: