Ke Sekolah Baru : Tak Baik Kah?

21 Jan

“Apa yang saya nak tulis di bahagian ‘Kelakuan’ ini? Takkan nak tulis ‘Baik’. Sebab, bila dah dapat keputusan PMR yang bagus, terus masuk sekolah berasrama penuh (SBP). Patutnya duduk sini lah. Naikkan nama sekolah ni untuk SPM nanti,” kata pengetua.

Saya tersentak. Cikgu ini berjenaka atau serius? Air mukanya nampak serius. Saya diam dan membalas sebuah senyuman ke arah beliau. Harapan menggunung agar borang itu diisi dengan ‘Kelakuan : Baik’.

Tak baik kah aku sebab ke sekolah lain selepas mendapat pelajaran yang baik dari sekolah ini? Aku kah kacang yang melupakan kulit? Soalan itu bermain di fikiran saya suatu ketika dahulu. Kadang-kadang membuatkan saya berbelah bahagi sama ada mahu berpindah ke SBP ataupun tinggal sahaja di sekolah lama. Masa berlalu, saya membuat keputusan untuk ke SBP. Nekad! Kerana memang menjadi impian saya untuk memasuki SBP sejak dari tingkatan 1 lagi. Lagipun, itu jugalah harapan ayah.

Pelbagai ‘sogokan’ dalam diri yang hadir ketika itu. Antara ‘sogokan’ yang datang, ‘Dekat SBP nanti, kau boleh ke jadi pengawas? Pengawas ni penting. Nanti dapat sijil. Sijil tu penting nak mohon untuk ke luar negara nanti’, ‘Kau boleh ke nak menonjol kat SBP nanti? Boleh ke nak jadi top5 lagi? Dah la SBP ni semua 8A, 9A punya budak.’ dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua sogokan yang menakutkan dan membuatkan diri lemah semangat.

Dengan azam tinggi dan semangat yang berkobar-kobar, saya memilih untuk berada di SBP. Dahulu berdoa bersungguh-sungguh, sekarang sudah dapat, masakan mahu menolak! Kufur nikmat! Cukuplah sekali kita menolak tawaran itu, seribu orang menanti dibelakang untuk masuk. Jangan ditolak ‘penghormatan’ yang diberi oleh kerajaan itu.

Dilema seorang pelajar tingkatan 4 yang baru selesai menerima keputusan PMR. Saya yakin bukan saya seorang sahaja yang pernah melalui keadaan sedemikian, kerana sehingga saya di tingkatan 5, masih ada adik-adik yang memberi emel bertanyakan saya sama ada perlu atau tidak mereka untuk tukar sekolah.

Apa yang saya pegang adalah kata-kata emak. Kata emak, “Pucuk pangkalnya diri awak. Kalau hati tu asyik kata tak nak, tak boleh. Maka, tak boleh la hasilnya. ” Emak tidak menggalakkan anak-anaknya ke asrama tetapi kalau dah dapat, fikirlah masak-masak, supaya tak berlaku drama ‘keluar-masuk sekolah’. Berlawanan dengan ayah. Ayah antara yang kuat menyokong supaya mohon dan terima sekolah berasrama. Kata ayah, elok tinggal di asrama, sebab boleh belajar bergaul dengan orang dan belajar untuk mendisiplinkan diri.

Jika keinginan untuk berjaya dan belajar ada dalam diri, di mana-mana pun orang campak kita, insyaAllah, kita boleh dan akan survive dengan persekitaran baru.
Jika diri berkepimpinan, ke mana-mana pun orang akan nampak kepimpinan yang ada dalam diri. Jadi, orang tak akan teragak-agak untuk memilih kita sebagai salah seorang pemimpin.
Jika diri seorang yang berkelakuan baik, baik itu jugalah yang terserlah di mata orang.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Mungkin sekarang kita dilabel sebagai yang ‘kurang baik’ kerana keluar meninggalkan sekolah yang telah berbakti dari tingkatan 1 hingga 3. Tetapi yakinlah Allah itu Maha Adil dan Mengetahui. Kita tidak dapat menunjukkan ‘kebaikan’ kita kepada sekolah pada hari ini. Tetapi, setapak kita melangkah keluar dari sekolah lama ke sekolah yang baru, tanamkanlah azam dalam diri, “Aku akan berbakti kepada sekolah lama aku suatu hari nanti! InsyaAllah! Kalaupun aku tak mampu atau tak sempat nak berbakti, aku yakin Allah telah memberikan ganjaran yang setimpal kepada para guru dan sekolah yang banyak berjasa ini.”

Doakan guru-guru, pakcik dan makcik makmal serta kawan-kawan yang sudah banyak membantu kita sehingga kita berjaya meletakkan diri setanding dengan pelajar berasrama penuh yang lain.

Alhamdulillah!

Selamat melangkah ke sekolah baru dan alam baru (baca: alam menengah atas) untuk adik-adik lepasan PMR!
Jangan takut melangkah atau dikeji, yang penting anda ada matlamat diri.

3 Responses to “Ke Sekolah Baru : Tak Baik Kah?”

  1. syahmi February 1, 2011 at 3:45 pm #

    bTol kak, nie la dlema yg kbnykn kmi lalui,, sye sndri un msh rse brsalah ngn kputusn sye,, sye dpt sbp n nk prgi,, tpi ckgu2 skolah lme sprti xdak mahu mlpaskan kmi,, nk2 pula yg kuar smoa 8A,, jdi waris utk spm kurng,, sye riso ngn ap bkal trjadi,, adkah kelakuan “baik” @ “tidak baik” yg ckgu akn brikan pda sjil brenti sye,, pening sye mmkirkn smpai la sye tgk crite akk nie,, srba sdikit mnjadi pnduan sye utk mmlih mne yg trbaik,,

  2. liana_Amirah January 25, 2012 at 6:20 pm #

    entry yg sangat brmotivasi dan boleh mnjadi pnduan utk kmi2 di luar sana.. trima kasih 🙂

  3. syaza April 15, 2012 at 4:21 am #

    Assalamualaikum,
    sayang, saya tak jumpa blog akak semasa saya berasa goyah di SBP di tingkatan 4 dulu. sayang sekali. malu pulak bila akak ada mentioned ‘fikirlah masak-masak, supaya tak berlaku drama ‘keluar-masuk sekolah’ huhu. agak malu di situ sebab perkara ‘keluar-masuk’ tu berlaku di tingkatan 1 juga. tapi saya kena telan sebab memang betul saya tak kuat. Allah Maha Mengetahui, ada hikmah juga saya keluar dari SBP. namun, masih terasa sayang sebab banyak peluang yang saya akan peroleh seandainya saya teruskan perjuangan saya di sana dulu. but, you can never turn back the clock, you can only fix what you can and move on. that’s what i did. i’m thinking of applying biasiswa/pinjaman mara and doing the ‘tindikan matematik’ since i love maths. so, hopefully akak sudi bagi sedikit info about about this bidang, how you got into Kolej Mara Seremban then how’s your life in NZ. btw, thanks akak, blog akak sangat bantu untuk saya kuatkan iman. saya suka baca coretan akak yang sangat islamiah. hati saya terasa jumpa kembali cahaya yang pernah hilang dulu. sungguh 🙂

Leave a comment