HIjrah dan mujahadah

2 Jul

Saat aku rasa manusia sedang menjauhi, aku membelek-belek diri.

Apa sebabnya ya?

Penat juga, di saat aku beria-ia, tetapi sambutannya hambar. 

Kerana itu aku mahu menjadi aku yang dahulu.

Bukan kerana aku rasa ketika itu manusia mendekati ku, tetapi kerana aku rasa indahnya hidup bersama amalan-amalan islam.

Yang mana, di saat perkara-perkara remeh seperti ‘ini’ semuanya aku pandang remeh.

 

Allah..

Ramadhan semakin hampir.

Sungguh, aku sungguh mengharapkan sinar yang baru untuk Ramadhan ini.

 

Aku pernah berhijrah, dulu.

Ya, dan kini aku perlu lagi; hijrah.

Hijrah dan mujahadah yang lebih.

 

Doakan saya.

Tolong. 🙂

Usrah kami – 20 Safar 1434H

3 Jan

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan pulang ke malaysia, hari ni Allah SWT memakbulkan permintaanku untuk MEMULAKAN usrah bersama adik2 kandungku.

Selama ini sibuk (sibuklah sangat~) membawa dan menyampaikan kepada adik2 usrah.

Aku tersedar tentang satu perkara ini.

Kalau di NZ, target ku untuk berusrah dgn adik2 usrah adalah untuk menggerakkan mereka. Supaya ada yg akan menggantikan aku apabila aku pulang ke Malaysia. Supaya ada kesinambungan dakwah itu. Kadang2 aku rasa, tempoh masa 3/4 tahun di sana, dengan kesibukan mahu mengejar pelajaran, aku rasa tak banyak yang aku boleh beri pada adik2 usrah.

Aku punya target. Untuk usrah dengan adik2 ku ini, aku berusaha untuk menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW.

Ya, aku sedar. Perkara ini yang kurang aku tekankan semasa usrah bersama adik2 usrah di NZ. Bukannya tak belajar sirah, belajar dan memang sentuh pun. Bukannya tak pernah tayang video kewafatan Rasulullah SAW di youtube tu, pernah.

Tapi, aku tahu, itu belum cukup lagi untuk menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW.

Aku cemburu melihat mereka begitu cintakan Rasulullah SAW.

Bukan aku tak cinta. Oleh kerana cinta kepada Baginda SAW, aku berusaha untuk berada di jalan dakwah. Aku tahu aku takkan mampu bertahan jika diuji seperti Baginda SAW. Dan, aku yakin dan percaya bahawa Allah SWT telah menetapkan sesuatu setimpal dengan apa yg aku mampu tanggung.

Tapi, aku mahu perasaan cinta yang lebih mendalam.

Yang mana, akhirnya akan membuatkan ku sentiasa mahu berselawat ke atas Baginda SAW.

Itu target aku.

Bukanlah bermaksud aku tidak mahu menggerakkan adik2 ku untuk berada di jalan dakwah.

Sudah pasti aku mahu! Kerana aku tahu di saat ini islam amat diperlukan oleh umat manusia.

 

Tetapi, mungkin kali ini aku akan slow sikit dalam menggerakkan adik2 ku untuk turut sama menjadi penggerak.

Lagipun, aku sekarang ini, masih dalam tempoh untuk melihat dan mengenali kapasiti mereka.

Mereka masih di sekolah menengah dan di sekolah rendah.

Aku pula, bukannya berasal daripada keluarga dakwah.

Masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan.

Tak mengapalah, aku cuba sedikit sedikit. Kadang2 aku rasa, aku pula yang terikut dalam ‘jahiliyyah’ yang ada.

 

Aku yakin Allah tahu dan melihat usahaku.

 

Kalau di NZ, pada setiap akhir tahun, sekian sekian adik usrah perlu digerakkan untuk tahun seterusnya.

Sekarang, targetku tetap mahu menambahkan kader di jalan dakwah, tetapi bergantung kepada kapasiti mereka.

Yang paling penting adalah:

-Menanamkan perasaan cinta kepada Allah SWT.

-Menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW.

 

Formula 3356 aku perkenalkan kepada adikku tadi.

surah ke-33, ayat ke-56.

“Sesungguhnya, Allah dan para malaikat-Nya, berselawat untuk Nabi. “Wahai orang-orang yg beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”” (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

 

Alhamdulillah, aku tunjukkan juga video ini kepada adik2 ku tadi.

Video ini telah disiapkan oleh usrahku, bersama adik2 usrah yang sangat baik budi. MasyaAllah!

 

Aku berhajat untuk menyambung video ini dengan bahagian2 seterusnya bersama adik2ku.

Ya Allah, aku memohon pertolongan, bantuan dan kekuatan daripada-Mu.

 

Pemerhati 2 – 19 Dis 2012

19 Dec

Few days left before the day comes.

I just can’t wait for the day.

To release and feel relieved.

 

Wanna be like others, although I know I am a normal person.

 

One term and half.

It is unique, when previously just one term only.

Allah has a better plan. 🙂

Those days teach me many things; tanggungjawab, amanah, kepimpinan.

 

A prefect and librarian during my schooldays, MPP when I am in college – I feel nothing.

I just do all the works as requested.

But for this time, I can feel the different.

Yup, exactly after I know the view of islam towards responsibility.

 

Responsibility.

Responsible.

Response and able.

Able to do work.

Able to sacrifice!

Pemerhati 1 – 18 Dis 2012

19 Dec

Izinkan aku untuk menjadi pemerhati, agar aku dapat merefleksi diri. 🙂

Supaya tidak diasak dengan amanah yang bertimbun.

Kerana apabila namanya amanah, segalanya akan dipertanggungjawabkan. 🙂

 

Aku bukan mahu mengelak.

2 years -17th Nov.

17 Dec

It has been 2 years since that day. 🙂

17th December 2010.

Nothing much to say.

Allah must have a very very best plan for us.

Just wait and see.

Pray, put some efforts on it, re-new the niat and tawakkal!

 

I am not waiting for a miracle to happen.

Cause I don’t believe on ‘miracle’.

There is no miracle. Everything happens is under His control.

No miracle.

But, all His power. 🙂

So, when you think something is ‘miracle’, simply says ‘Subhanallah’!

 

I am not really waiting for ‘that’ to happen.

Although sometimes I think I do want it to happen.

But, I really want to know how it would end. 🙂

Till Jannah, maybe?

Allahumma ameen! 🙂

 

Enough then.

 

I just want to frequently remind myself on this statement.

By Zainab Al-Ghazali.

“…Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa…”

Deeply meaning.

Indeed.

🙂

 

Lahawlawala quwwata illa billah.

 

It has been 2 years.

May the ‘mujahadah’ remains.

Or maybe, become stronger! 🙂

 

And, suddenly, this dialogue comes across my mind.

“..jangan terlalu ghairah mengejar cinta daripada dunia, sedangkan cinta kepada Allah pun belum sempurna…”

Allahu Allah.

 

Oh, Allah.

Guide us, please.

Tinggalkan jual beli mu.

7 Dec

Teringat pada satu ceramah di masjid suatu ketika dahulu.

Hari Jumaat.
Pesan ustaz. kalau ada kedai/restoran yang masih buka ketika azan solat Jumaat telah pun berkumandang, elakkan untuk pergi ke kedai/restoran itu. Biar pun yang menjaganya ketika itu ialah wanita.

Satu restoran berdekatan Ampang Point.
Restoran itu ditutup ketika menjelangnya Solat Jumaat.
Ada pelanggan lelaki yang berkata, “Bungkus je pun tak boleh?”
Dijawab oleh pekerja wanita tersebut, “Tak boleh. Nanti bos marah. Bos suruh tutup dan tak boleh berjual beli waktu ini.”

Kagum dengan keberanian wanita tersebut.
MasyaAllah!

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila telah diseru untuk melaksanakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.”
(Surah Al-Jumu’ah, ayat 9)

“….Katakanlah,”Apa yang ada disisi Allah lebih baik daripada permainan dan perdagangan”, dan Allah pemberi rezeki yang terbaik” (Surah Al-Jumu’ah, ayat 11)

Aku mahu.

7 Dec

4 tahun berlalu.

Aku mungkin sudah tahu dan kenal tujuan hidupku.

Dan kini, aku masih belajar untuk benar-benar memahami dan mengamalkannya.

Kadang-kadang aku rebah dek asakan jahiliyyah.

Kemudian aku kecewa.

 

Istiqamah tidak pernah kenal berapa lama kamu berada dalam tarbiyyah.

Tapi, sejauh mana kamu berusaha untuk menyelami dan mengenali tarbiyyah.

 

Aku pernah kenal dan ‘berharap’ pada orang yg sudah lama di dalam tarbiyyah.

Tatkala itu aku baru lagi mengenal tarbiyyah.

Akhirnya aku hampa, kerana di akhirnya aku terpaksa berdiri sendiri.

 

Ketika itu aku bermuhasabah sendiri.

Siapa sebenarnya tempat yang aku perlu bergantung.

 

Teringat cerita ayah tentang kisah Nabi Musa a.s.

Satu hari, Nabi Musa a.s mengalami sakit perut. Ketika itu, Baginda a.s meminta pertolongan daripada Allah SWT untuk mendapatkan penawar. Alhamdulillah, dengan izin Allah, Baginda a.s sembuh daripada kesakitan. Untuk yang seterusnya, Baginda a.s merasa sakit perut lagi, lantas terus mengambil daun yang sama sebagai penawar, namun tidak berhasil.

Nabi Musa a.s berdoa kepada Allah,

“Ya Allah, sudah kumakan daun yang Engkau sebutkan dahulu, kenapa sakit perutku tak juga sembuh?”.

Allah menjawab doa Nabi Musa dengan bijak, “Hai Musa, untuk sakit yang pertama, kau berdoa pada-Ku, dan minta petunjuk-Ku, maka Aku tunjukkan baik-baik penyembuh sakitmu. Untuk sakit yang kedua, kau tak meminta apapun daripada-Ku, dan kau mengambil keputusanmu sendiri, jadi Aku tak memberikan apapun padamu!”.

 

Untuk mendapatkan penawar, ketenangan hati, kemudahan dalam setiap urusan, perlu untuk kita mengetahui hakikat sebenar daripada mana datangnya segala penawar itu; Allah SWT.

 

4 tahun berlalu.

Ada yang dahulunya aku tidak tahu, kini aku sudah tahu.

 

Aku memohon kekuatan-Nya untuk diberi kekuatan untuk istiqamah.

 

Sehingga saat ini, aku masih teringat detik ini,

Dalam kekalutan untuk pulang ke rumah, dia menoleh ke belakang dan memandangku,

Katanya, “Akak, thabat!”

 

In shaa Allah!

Aku mahu. 🙂

Doakan!