Mutabaah ‘amal.

2 Jul

Kembali lah ber’mutabaah ‘amal’ di saat kita merasakan ‘amal-‘amal ibadah sudah banyak yang lompong.

Kali pertama aku didedahkan tntang mutabaah ‘amal adalah ketika aku di dalam darjah 3.

Ustaz berikan kami borang solat. Ketika itu aku tak tahu pun itu adalah mutabaah ‘amal. Ustaz hanya kata, setiap kali kamu solat Subuh, tandakan pada kotak solat Subuh, dan seterusnya hingga solat Isyak. Ustaz beri borang itu setiap bulan untuk diperbaharui.

Aku selalu mengelat. Setiap kali Ustaz kata mahu tengok borang, aku tak pernah bawa ke sekolah semula. Sebab kotak solat aku tak penuh ditanda.

Itu lah sedikit kisah aku bersama borang mutabaah ‘amal.

Empat tahun lepas aku bergantung kepada borang mutabaah ‘amal, sehinggalah pada satu tahap, di saat ramai yang disisi turut bersama ber’amal, segala ‘amalan menjadi mudah. ‘Amal islami, ‘amal jamaie, ‘amal ijtimaie.

Aku tidak lagi menggunakan borang mutabaah ‘amal.

Kini, di saat terasa asing di persekitaran sendiri, di saat terasa kering dalam basahan ketawa dan riuh-rendah, aku perlu kembali kepada yang asas. (back to basic)

Tak perlu malu kerana itulah hakikat hidup. Bukan selalu kita diatas. Di saat Dia menyentuh hati untuk kembali, segeralah untuk menyambut sentuhan itu. 

Mereka kata, segeralah sambut kerana bimbang Dia tidak akan menyentuh lagi hati kita.

Aku yakin dengan sifat-Nya Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, Dia pasti akan sentiasa menyentuh hati hamba-hamba-Nya yang mahu berubah.

Cuma, aku bimbang, jika lambat untuk aku menyahut sentuhan-Nya itu, mungkinkah aku akan hidup pada masa akan datang? Sedangkan nyawa aku untuk sesaat selepas ini juga dipegang oleh-Nya!

Allahu Allah..

Juga aku berfikir, bagaimana bisa aku melahirkan generasi yang cintakan islam, jika diriku ini, tatkala Allah sudah memanggil untuk berhijrah, tetapi aku abaikannya? Aku tidak mahu menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. 

Dan, aku sedar, mujahadah itu perlu dimulakan oleh aku, supaya kelak, jika diizinkan Allah untuk bekeluarga, aku mampu menerangkan dengan sepenuh hati tentang erti mujahadah kepada keturunanku. Allahumma ameen!

Aku berfikir, merenung dan bermuhasabah panjang. 

Bila lagi aku mahu berhijrah dan kembali mengubah apa yang tiba-tiba telah diubah oleh anasir-anasir jahiliyyah? Hingga kan ‘amal ibadah pun banyak yang lompong. Allah..

Lihat pada diri, jika hati mudah dijentik oleh perkara-perkara remeh dunia, tika itu lah hati itu sedang diresapi oleh zarah-zarah jahiliyyah. Dan, bersyukurlah kerana Allah mengizinkan kita utk sedar akan kehadiran asap yang tidak berbau itu!

Mutabaah ‘amal bukan semata-mata ditampal di dinding ataupun di cermin. Juga bukan semata-mata menanda satu ‘amalan demi satu ‘amalan.

Tetapi ianya adalah manifestasi kepada sejauh mana larutnya kita dalam beribadah dan bercinta dengan-Nya.

Allahu Allah.

Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar. 

 

Sahabat, aku mohon sungguh-sungguh agar kamu turut mendoakan aku supaya hati-hati kita sentiasa tertaut dalam agama-Nya.🙂

 

miminapis – 2220 – ampang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: