Archive | 9:28 pm

Andai cinta..

2 Jul

Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

Kepada peminat Ustaz Hasrizal menerusi penulisan2 beliau, pasti familiar dengan frasa di atas. 

Tadi aku ke MPH bookstore. Kononnya mahu mencari buku pengganti kepada ‘buku syiah’ yang telah aku beli minggu lepas. Haha. Aku gelar buku itu buku syiah kerana sebenarnya ia berkisar tentang syiah dan aku hanya menyedarinya di pertengahan pembacaanku. Aku tertarik dengan buku itu kerana quotation-nya yang agak feminist. Sedar sedar banyak sangat bahagian di dalam buku itu yang membuatkan aku sangat teruja, kerana ilmu-ilmu barunya. Masakan tidak kerana buku itu benar-benar berkisar tentang syiah! Banyak istilah yang aku tak pernah tahu, dan apabila aku google, ya, ternyata lagi sahih, ianya adalah ajaran syiah. Langsung aku meninggalkan buku itu. Bukan diskriminasi dan tidak mahu mengenali syiah, tetapi, pada saat ini, aku lebih tahu bahan bacaan mana yang lebih aku perlukan.

Okey, cukup.

Aku tak berniat nak mengulas lanjut tentang buku itu, cuma Mak pesan kepada ku tadi, “Haa tu lah, lain kali baca dulu sinopsis dia, baca sikit dalam dia, baru ambik dan beli.” 🙂

Aku sebenarnya mahu mengulas tentang quotation daripada buku Murabbi Cinta hasil tulisan Ustaz Hasrizal tersebut.

—————————————————

Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

 

Semalam aku terbaca sesuatu di blog seseorang. Secara kesimpulannya, apa yg boleh aku katakan seseorang ini sudah merasa tawar hati terhadap seseorang yang suatu masa dahulu pernah mengujakannya.

Aku tidak tahu seseorang yang dimaksudkannya itu siapa. Mungkin sahabatnya, adik usrahnya ataupun tunangnya.

Serasa mahu mengajukan padanya soalan yg sama, “Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?” Tapi aku tiada keberanian itu. Cukuplah aku menjadi silent reader.

Pada aku dengan sesiapa pun kita menjalinkan hubungan; sesama rakan sekelas, rakan sekerja, adik-adik usrah, ibu bapa, mahupun pasangan masing-masing, kita pasti mengharapkan hubungan yang baik dan akhirnya dapat membawa kita bersama-sama menuju redha-Nya.

Itu adalah apa yang kita impikan. Tapi, aku tahu, kadang-kadang realiti berbeza dengan apa yg kita impi.

Cuma aku benar-benar berharap agar kita sama-sama dapat bermujahadah untuk membuang segala prasangka. Jika ada yang tidak berpuas hati, luahkan, dengan niat untuk mendapat penjelasan, bukannya untuk mengeruhkan keadaan. 

Bukankah kebanyakan prasangka itu dosa? 

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada diantara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. (Al-Hujurat, ayat 12)

Aku tahu, kata-kata itu peneman yang baik dikala hati remuk rendam. Namun, pada pandanganku itu bukan solusi yang terbaik, kerana diakhirnya kita akan terus dihujani dengan persoalan demi persoalan yang tiada jawapannya, dan bukannya jawapan yang jelas dan terang daripada pelakunya.

Mahu diluah mati mak, ditelan mati bapak.

Jangan risau, jika mati mak itulah yang terbaik (doa dan minta sungguh2 petunjuk daripada Allah!), daripada diri sengsara menanggung prasangka, yang akhirnya hubungan menjadi hambar, kusam dan tidak lagi bernyawa, lebih baik diluahkan. Cuma kena sentiasa perbaiki niat, kita meluahkan bukan untuk menunjukkan kebencian, tetapi sekadar mahukan penjelasan. Believe me, the way you deliver something will show what is in your heart!

Aku tiada kata-kata yang indah untuk dipersembahkan, melainkan mengulangi quotation Ustaz Hasrizal tersebut, 

Andai cinta ingin dibawa ke syurga, kenapa dibiarkan cinta itu ada noktah dan hujungnya?

 

Dan cinta itu tidak aku spesifik kepada pasangan sahaja, malah kepada semua manusia yang kita berhubungan dengannya. 

Dalam berhubungan dengan manusia, aku pegang kepada dua benda yang diajarkan oleh Ustaz Pahrol di dalam penulisannya, iaitu jujur dan percaya.

Ya, bukan mudah untuk mempercayai orang pada zaman ini, kerana itu percaya itu perlu diiringi dengan waspada. Dan, pada aku yang paling penting percaya-lah, di saat kita telah berlaku jujur, tetapi akhirnya dikhianati, Allah itu sifatnya Maha Adil. Berimanlah dengan sifat-Nya yang itu. Pasti datang pembalasan kepada yang mengkhianati, dan menjelmalah pula hikmah kepada yang terkhianati. In shaa Allah. 🙂

Oh, tolong jangan beritahu aku bahawa engkau tiada hubungan dengan sesiapa, kerana paling tidak engkau ada hubungan dengan Penciptamu!

Andai benar cintakan Allah dan Rasul-Nya, kenapa dibiarkan ada noktah pada ibadah-ibadah yang disyariatkan-Nya?

Andai benar cintakan rakan-rakan seperjuangan, kenapa dibiarkan ada noktah pada perjuangan?

Andai benar cintakan pasanganmu, kenapa dibiarkan ada noktah dengan prasangka-prasangka burukmu?

 

Allahu Allah.

 

Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim.

 

miminapis – 1617 – ampang.

Advertisements

Biarkan aku hanyut.

2 Jul

Izinkan aku untuk sekali lagi hanyut.

Aku rela hanyut jika dengan hanyut aku bisa kembali kepada-Nya, bertambah ‘amal ku kepada-Nya.

Aku pernah hanyut, suatu masa dahulu.

Yang dengannya, aku bisa mendapat apa yang aku impikan. Sungguhpun, tidak lah setinggi yang aku harapkan, tetapi kerana perancangan Allah itu Maha Cantik, aku bersyukur dengan apa yang tersedia ada.

Aku tahu dan sedar, walaupun aku hanyut, masih ada ruang-ruang untuk Si Pengganggu untuk menyimpangkan arah hanyutnya aku. Kerana itu aku sendiri yang perlu ubah kemana aku mahu hanyut sebelum Si Pengganggu mengganggu.

Aku berharap agar dengan hanyutnya aku kali ini, bisa memperbaiki ‘amal-‘amal ku. Setanding dengannya. (Allahumma ameen!)

Aku kagum dengan kisah Fatimah Az-Zahra yang hebat bermujahadah dalam rasa hanyut-nya. Allahu Allah.

Aku yakin akan janji-Nya yang tiada mungkir di dalam Kitab Suci yang satu itu!

p/s: bila teringat bahawa aku pernah hanyut dahulu, aku terfikir semula, kenapa-lah aku boleh jadi hanyut se-gila itu. Dan mereka yg tahu tentang kisahnya pasti akan tergelak. 🙂 nonsense!

miminapis – 0007 – ampang.

Mutabaah ‘amal.

2 Jul

Kembali lah ber’mutabaah ‘amal’ di saat kita merasakan ‘amal-‘amal ibadah sudah banyak yang lompong.

Kali pertama aku didedahkan tntang mutabaah ‘amal adalah ketika aku di dalam darjah 3.

Ustaz berikan kami borang solat. Ketika itu aku tak tahu pun itu adalah mutabaah ‘amal. Ustaz hanya kata, setiap kali kamu solat Subuh, tandakan pada kotak solat Subuh, dan seterusnya hingga solat Isyak. Ustaz beri borang itu setiap bulan untuk diperbaharui.

Aku selalu mengelat. Setiap kali Ustaz kata mahu tengok borang, aku tak pernah bawa ke sekolah semula. Sebab kotak solat aku tak penuh ditanda.

Itu lah sedikit kisah aku bersama borang mutabaah ‘amal.

Empat tahun lepas aku bergantung kepada borang mutabaah ‘amal, sehinggalah pada satu tahap, di saat ramai yang disisi turut bersama ber’amal, segala ‘amalan menjadi mudah. ‘Amal islami, ‘amal jamaie, ‘amal ijtimaie.

Aku tidak lagi menggunakan borang mutabaah ‘amal.

Kini, di saat terasa asing di persekitaran sendiri, di saat terasa kering dalam basahan ketawa dan riuh-rendah, aku perlu kembali kepada yang asas. (back to basic)

Tak perlu malu kerana itulah hakikat hidup. Bukan selalu kita diatas. Di saat Dia menyentuh hati untuk kembali, segeralah untuk menyambut sentuhan itu. 

Mereka kata, segeralah sambut kerana bimbang Dia tidak akan menyentuh lagi hati kita.

Aku yakin dengan sifat-Nya Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, Dia pasti akan sentiasa menyentuh hati hamba-hamba-Nya yang mahu berubah.

Cuma, aku bimbang, jika lambat untuk aku menyahut sentuhan-Nya itu, mungkinkah aku akan hidup pada masa akan datang? Sedangkan nyawa aku untuk sesaat selepas ini juga dipegang oleh-Nya!

Allahu Allah..

Juga aku berfikir, bagaimana bisa aku melahirkan generasi yang cintakan islam, jika diriku ini, tatkala Allah sudah memanggil untuk berhijrah, tetapi aku abaikannya? Aku tidak mahu menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan. 

Dan, aku sedar, mujahadah itu perlu dimulakan oleh aku, supaya kelak, jika diizinkan Allah untuk bekeluarga, aku mampu menerangkan dengan sepenuh hati tentang erti mujahadah kepada keturunanku. Allahumma ameen!

Aku berfikir, merenung dan bermuhasabah panjang. 

Bila lagi aku mahu berhijrah dan kembali mengubah apa yang tiba-tiba telah diubah oleh anasir-anasir jahiliyyah? Hingga kan ‘amal ibadah pun banyak yang lompong. Allah..

Lihat pada diri, jika hati mudah dijentik oleh perkara-perkara remeh dunia, tika itu lah hati itu sedang diresapi oleh zarah-zarah jahiliyyah. Dan, bersyukurlah kerana Allah mengizinkan kita utk sedar akan kehadiran asap yang tidak berbau itu!

Mutabaah ‘amal bukan semata-mata ditampal di dinding ataupun di cermin. Juga bukan semata-mata menanda satu ‘amalan demi satu ‘amalan.

Tetapi ianya adalah manifestasi kepada sejauh mana larutnya kita dalam beribadah dan bercinta dengan-Nya.

Allahu Allah.

Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim. Astaghfirullahal’azim.

Allahu akbar. Allahu akbar. Allahu akbar. 

 

Sahabat, aku mohon sungguh-sungguh agar kamu turut mendoakan aku supaya hati-hati kita sentiasa tertaut dalam agama-Nya. 🙂

 

miminapis – 2220 – ampang.

Buka blog semula.

2 Jul

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 🙂

Blog ini saya buka kembali setelah beberapa bulan saya private kan.

Saya cuba untuk buang semua followers kerana pada saat ini saya bimbang saya tidak mampu memenuhi expectation followers. Tetapi saya tidak berjumpa akan button nya, pada  tab settings.

Jadi, terpulanglah pada followers untuk unsubscribe, disaat saya telah memberitahu perkara di atas. 🙂

Kerana ketika ini saya sedang berusaha untuk terus bermujahadah dan berhijrah.

Sungguh saya bimbang untuk berkongsi tatkala hati ini sedang kering mati!

 

Nur Syamimi Mohamad Napis.

HIjrah dan mujahadah

2 Jul

Saat aku rasa manusia sedang menjauhi, aku membelek-belek diri.

Apa sebabnya ya?

Penat juga, di saat aku beria-ia, tetapi sambutannya hambar. 

Kerana itu aku mahu menjadi aku yang dahulu.

Bukan kerana aku rasa ketika itu manusia mendekati ku, tetapi kerana aku rasa indahnya hidup bersama amalan-amalan islam.

Yang mana, di saat perkara-perkara remeh seperti ‘ini’ semuanya aku pandang remeh.

 

Allah..

Ramadhan semakin hampir.

Sungguh, aku sungguh mengharapkan sinar yang baru untuk Ramadhan ini.

 

Aku pernah berhijrah, dulu.

Ya, dan kini aku perlu lagi; hijrah.

Hijrah dan mujahadah yang lebih.

 

Doakan saya.

Tolong. 🙂