Usrah kami – 20 Safar 1434H

3 Jan

Alhamdulillah, setelah hampir sebulan pulang ke malaysia, hari ni Allah SWT memakbulkan permintaanku untuk MEMULAKAN usrah bersama adik2 kandungku.

Selama ini sibuk (sibuklah sangat~) membawa dan menyampaikan kepada adik2 usrah.

Aku tersedar tentang satu perkara ini.

Kalau di NZ, target ku untuk berusrah dgn adik2 usrah adalah untuk menggerakkan mereka. Supaya ada yg akan menggantikan aku apabila aku pulang ke Malaysia. Supaya ada kesinambungan dakwah itu. Kadang2 aku rasa, tempoh masa 3/4 tahun di sana, dengan kesibukan mahu mengejar pelajaran, aku rasa tak banyak yang aku boleh beri pada adik2 usrah.

Aku punya target. Untuk usrah dengan adik2 ku ini, aku berusaha untuk menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW.

Ya, aku sedar. Perkara ini yang kurang aku tekankan semasa usrah bersama adik2 usrah di NZ. Bukannya tak belajar sirah, belajar dan memang sentuh pun. Bukannya tak pernah tayang video kewafatan Rasulullah SAW di youtube tu, pernah.

Tapi, aku tahu, itu belum cukup lagi untuk menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW.

Aku cemburu melihat mereka begitu cintakan Rasulullah SAW.

Bukan aku tak cinta. Oleh kerana cinta kepada Baginda SAW, aku berusaha untuk berada di jalan dakwah. Aku tahu aku takkan mampu bertahan jika diuji seperti Baginda SAW. Dan, aku yakin dan percaya bahawa Allah SWT telah menetapkan sesuatu setimpal dengan apa yg aku mampu tanggung.

Tapi, aku mahu perasaan cinta yang lebih mendalam.

Yang mana, akhirnya akan membuatkan ku sentiasa mahu berselawat ke atas Baginda SAW.

Itu target aku.

Bukanlah bermaksud aku tidak mahu menggerakkan adik2 ku untuk berada di jalan dakwah.

Sudah pasti aku mahu! Kerana aku tahu di saat ini islam amat diperlukan oleh umat manusia.

 

Tetapi, mungkin kali ini aku akan slow sikit dalam menggerakkan adik2 ku untuk turut sama menjadi penggerak.

Lagipun, aku sekarang ini, masih dalam tempoh untuk melihat dan mengenali kapasiti mereka.

Mereka masih di sekolah menengah dan di sekolah rendah.

Aku pula, bukannya berasal daripada keluarga dakwah.

Masih banyak perkara yang perlu diperbetulkan.

Tak mengapalah, aku cuba sedikit sedikit. Kadang2 aku rasa, aku pula yang terikut dalam ‘jahiliyyah’ yang ada.

 

Aku yakin Allah tahu dan melihat usahaku.

 

Kalau di NZ, pada setiap akhir tahun, sekian sekian adik usrah perlu digerakkan untuk tahun seterusnya.

Sekarang, targetku tetap mahu menambahkan kader di jalan dakwah, tetapi bergantung kepada kapasiti mereka.

Yang paling penting adalah:

-Menanamkan perasaan cinta kepada Allah SWT.

-Menanamkan perasaan cinta kepada Rasulullah SAW.

 

Formula 3356 aku perkenalkan kepada adikku tadi.

surah ke-33, ayat ke-56.

“Sesungguhnya, Allah dan para malaikat-Nya, berselawat untuk Nabi. “Wahai orang-orang yg beriman! Berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.”” (Surah Al-Ahzab, ayat 56)

 

Alhamdulillah, aku tunjukkan juga video ini kepada adik2 ku tadi.

Video ini telah disiapkan oleh usrahku, bersama adik2 usrah yang sangat baik budi. MasyaAllah!

 

Aku berhajat untuk menyambung video ini dengan bahagian2 seterusnya bersama adik2ku.

Ya Allah, aku memohon pertolongan, bantuan dan kekuatan daripada-Mu.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: