Zikir bersama selepas solat bersama adik.

9 Sep

Saya banyak dapat soalan daripada adik2 usrah tntg amalan berzikir bersama2 selepas solat yg kadang2 kami lakukan.
Ada yg bertanyakan depan2, dan saya jawab dengan kadar ilmu yg sangat rendah yg saya ada. Saya bukan pakar dalam bidang itu.
Ada yg berikan mesej di hp, ataupun di FB, yg mana kalau saya mampu utk jawab ketika itu, saya akan balas.

Sebelum itu, saya mahu beritahu, saya bukan pakar malah bukan pelajar yg belajar dlm ilmu hukum islam pun.
Jadi, penulisan ini mungkin ada khilaf dan kalian boleh berikan tulisan ini pada mereka yg pakar utk dibetulkan.🙂

Seingat saya, amalan zikir yg saya amalkan dengan adik2 usrah ketika saya menjadi imam hanyalah,
– dgn mereka yg baru kali pertama bersama usrah. (mostly dgn adik2 first year)
– jika ada yg terus bangun selepas solat utk solat sunat ataupun masbuk, saya tidak akan memulakan zikir yg dibaca bersama2.

Seingat saya, saya memang akan aware dgn 2 perkara di atas.
Mohon ditegur jika saya silap.

Dan,
– saya tak pernah memaksa makmum utk terus duduk dan berzikir bersama, jika mereka ada urusan yg perlu diuruskan dgn segera.
– saya tak pernah memaksa dan mengatakan yg semua makmum perlu bersama2 dalam mengaminkan doa yg saya baca selepas zikir.

Semua ini dilakukan atas dasar, ‘terpulang pada pilihan anda.’🙂

Saya pernah banyak kali mendengar di youtube dan membaca artikel daripada mereka yg alim dan berilmu dalam perkara ini.
Zikir berjemaah selepas solat bukan amalan yg dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Ya, saya berpegang pada itu.
Dalam masa yang sama saya punyai pegangan, ‘berzikirlah kepada Allah tanpa kenal masa dalam masa yg sama ajaklah juga orang disekeliling.’

Ada yg kata, ‘lebih baik kita buat suatu amalan yg dilakukan oleh Rasulullah SAW’.🙂
Benar, supaya amalan kita itu sahih dan suci.
Saya tak menafikan, malah saya akur.
Malah, saya selalu berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan olehNya jalanNya yg lurus.
Semoga setiap amalan kita mendapat panduan dan redhaNya.
Allahumma ameen!

Izinkan saya bercerita sedikit tntg latar belakang saya.

Saya mula mengenal zikir selepas solat adalah semasa berada di sekolah asrama semasa saya di tingkatan 4.
Itulah kali pertama saya mula diperkenalkan dengan konsisten tentang zikir selepas solat.
Tempoh setahun sudah cukup utk saya menghafal zikir2 selepas solat yg kami amalkan selepas solat.
Kerana ianya sentiasa dilakukan bersama.
Tambahan pula, di sekolah, kami wajib utk solat berjemaah.🙂
Alhamdulillah, dengan izinNya, setelah 2 tahun di train utk perkara yg sama, saya mampu melakukannya sendiri walaupun bukan berjemaah.

Allah jugalah yang mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku dan terjadi.🙂

Perkara ini yg membuatkan saya terfikir, ‘apa salahnya kalau aku ajar/ajak adik2 usrah utk sama2 berzikir selepas solat supaya perkara ini menjadi amalan mereka nanti?’
Atas kesedaran semasa itu, saya fikir, saya tak mampu utk bersama dgn semua adik usrah sepanjang masa.
Terutama apabila masing2 sudah berada di tanah air nanti.
Kalaupun saya tak mampu utk berusrah bersama mereka hingga akhir hayat, paling kurang ada perkara yg mereka dapat sepanjang 2,3 tahun berusrah bersama.

Tiada langsung dalam hati saya untuk menghidupkan sesuatu yg bid’ah, melainkan mahu mengajak adik2 usrah utk bersama2 mempelbagaikan zikir kepadaNya.

Mungkin saya silap, kerana tak semua orang mempunyai naluri seperti saya.
Kerana itu, saya tak pernah pandang serong, marah atau benci kepada mereka yg menegur amalan berzikir berjemaah selepas solat itu sebagai yg bid’ah.
Cuma, saya mahu mempelbagaikan cara dalam mengajak orang mengingati dan berzikir kepada Allah SWT, yg mana ianya tak terhenti semata2 di dalam usrah.
Malah, dalam setiap perbuatan kita pun sebenarnya perlu utk kita memuji dan berzikir kepada Allah.

Sebagaimana saya mula melazimi zikir selepas solat dan amat menyukainya, melalui satu amalan yg dibuat bersama2 secara konsisten, begitulah juga yg saya mahu dirasai oleh adik2 usrah.
Mungkin saya silap, kerana ada adik2 usrah yg sudah advance pun.
Malah lagi tinggi level nya daripada saya.

Tak apa lah, sebagaimana saya pun bermula daripada bawah, iaitu mahu mengenal dan merasai kelazatan islam melalui perkara sekecil zikir bersama selepas solat dan membaca al-ma’thurat, begitu juga lah juga yg saya mahukan kepada adik2 usrah.

Saya masih ingat bagaimana kami di sekolah dulu berzikir bersama.
Saya suka pada lantunan zikir yg dibawa oleh kakak senior ketika itu.
Yang saya ingat, ialah kak Izayu, kak nazihah, kak zulfa, kak asmaa.
Malah saya pernah tanamkan dalam hati, ‘aku nak jadi baik macam kakak2 tu!’

Saya juga masih ingat, satu hari, saya terfikir, ketika kakak senior membacakan doa selepas solat bersama2, ‘kenapa aku nak kena amin kan doa yg aku tak faham pun maksud nya? Baik aku baca doa aku sendiri, doa supaya aku dapat straight A utk SPM, lepas tu pegi oversea.’
Bermula selepas tu, setiap kali selepas solat berjemaah dan berzikir bersama, tatkala orang lain meng’amin’kan doa yg dibacakan oleh imam, saya akan membaca doa saya sendiri.
Untuk tak menampakkan ianya suatu yg obvious, saya akan berhenti berdoa semasa orang lain juga sudah habis berdoa.

Semangat utk sama2 mempraktiskan amalan zikir tidak hanya saya ajarkan pada adik2 usrah.
Malah pada adik2 beradik yg saya cintai.
Yang saya selalu mendoakan supaya Allah SWT mengizinkan kami sekeluarga bersatu di syurgaNya kelak.
Anak2 (kami!) adalah aset yang berharga bagi ayah dan emak kami.

Saya mahu saya dan adik beradik saya juga larut dalam cinta Allah.
Cinta untuk berzikir kepadaNya, cinta untuk bersama islam.

Setiap kali pulang ke malaysia, saya pasti akan mengajak adik2 utk solat bersama.
Terutama adik yang paling kecil, yg kini berusia 10tahun, sebab dia kurang didedahkan lagi tntg amalan2 islami seperti solat berjemaah dan membaca al-ma’thurat.

Cuti summer yg lepas, saya meneruskan lagi amalan solat berjemaah dgn adik yg kecil.
Ada sekali waktu, saya tidak berzikir secara kuat, iaitu bersamanya, kerana saya mahu melakukan sendiri2.
Selepas bersalam, si kecil bertanya, ‘angah, kenapa angah tak baca zikir tu kuat2, sama dgn Wa?’
Saya bertanya, ‘kenapa?’
Najwa menjawab, ‘ye la, Wa suka nak baca, tapi Wa tak ingat. Lepas ni angah baca lah kuat sikit, kita baca sama2’.

Al-Ma’thurat pula, seorang satu telah saya belikan utk adik2, supaya mereka melazimi nya.
Tetapi, saya faham, kerana tiada satu daya yang memaksa, mereka kurang mengamalkannya.
Selagi mampu utk saya monitor dan membaca bersama mereka, ketika pulang bercuti, insyaAllah saya akan berusaha utk itu.
Semoga kami sentiasa istiqamah melakukannya bersama.🙂

Utk pulang cuti summer yg lepas, saya sengaja mahu melatih si adik pula yg membacakan doa selepas al-ma’thurat, dan doa rabitah, berbanding saya sendiri yg membaca kannya.
Si adik berkemampuan utk membaca doa yg  ditulis dengan bahasa Arab, tetapi bagi membolehkan doa itu meresap dengan baik ke dalam hatinya dan juga hati saya, saya memintanya utk membacakan doa melalui maksudnya.
Memang setiap kali membaca al-ma’thurat, saya akan memintanya membacakan doa.

Saya tidaklah expect dia membacakan doa itu dengan nada yang mampu membuatkan saya tersentuh, kerana dia masih kecil.
Cara bacaan doa nya pun seperti membaca buku karangan lagi.

Suatu hari, si adik berkata, ‘angah, Wa suka lah doa2 ni. Best.’
Saya bertanya, ‘apa yg best nya?’
Si adik menjawab, ‘doa dia lah. Dia macam suruh kita jadi baik. Wa suka sangat doa yg belakang sekali ni. (merujuk kepada doa rabitah)’

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
Itu ungkapan yang mampu saya ungkapkan.

2 keadaan yg berbeza.
Keadaan pertama, adalah keadaan di mana adik2 usrah menghujani dengan soalan bid’ah.
Keadaan kedua, adalah adik sendiri yg menghargai apa yg kita ajarkan dan mahu kepada perkara yg baik.

Dua2 tak salah, pada pandangan saya.
Kerana, adik usrah lebih berilmu daripada adik saya sendiri, ketika ini.
Mereka lebih berhati2, kerana mereka lebih didedahkan kepada pelbagai isu, berbanding adik saya sendiri yg masih kecil.🙂

Kesimpulannya, lakukanlah sesuatu dengan keadaan dimana hati kalian tiada langsung rasa keraguan terhadapnya, berasaskan ilmu yg benar.
Dlm masa yg sama berusahalah utk berfikir utk mendidik dan mengajar orang disekeliling kalian.

Jalan dakwah ini tak mudah. Kita mungkin tersilap langkah, namun, bersyukurlah apabila ditegur.

Saya tidak menulis utk menyangkal ilmu yg telah dikongsikan oleh para ustaz dan mufti.
Cuma saya menulis memberitahu kenapa saya buat itu dan ini.

Wallahu’alam. I might wrong, please do correct me.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: