Love the Battle!

23 Aug

‎’Love the battle..’
Ayat penuhnya, ‘Love the battle between body and mind’.

Hidup ini adalah satu battle (pertempuran).

Sebulan yang lepas kita bertempur dengan nafsu untuk melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah SWT.
Untuk sebahagian orang, bukan mudah nak bertempur dengan nafsu tatkala makanan berada di sekeliling.
Untuk sebahagian orang, bukan mudah nak bertempur dengan nafsu untuk bershopping tatkala ‘winter sale’, ‘end of season sale’ berleluasa di kanan dan kiri.
Untuk sebahagian orang, bukan mudah nak bertempur dengan nafsu untuk keluar daripada duvet yang empuk tatkala hujan renyai2 dan suhu yang mencapai 8 degree celcius di luar rumah.

Hakikatnya, kebanyakan amalan yang kita lakukan memerlukan ‘pertempuran’ dalam diri.

Tatkala akal (baca: mind) mengatakan ‘ya, lakukan untuk mencapai redha Allah’, ketika itu jugalah badan (baca: body) terasa layu untuk melangkah.

Yang akhirnya, jika pertempuran antara akal dan badan itu berjaya memberi kemenangan kepada akal, satu kepuasan pasti akan dirasa.

‘Love the battle..’

Selalunya, ‘langkahan pertama’ adalah pertempuran yang sangat getir.
Kerana kita mengubah kebiasaan yang selama ini mengatakan ‘tidak’, kepada permulaan langkah berkata ‘ya’.

Jika selama ini solat fardhu sahaja yang dilaksanakan.
Tetapi, demi untuk mengharap redha dan cinta-Nya, solat-solat sunat sudah perlu kita rutinkan.

Bagaimana amalan kita dalam bulan Ramadhan yang lepas?
Dengan tahajjud nya, dengan dhuha nya, dengan marathon Al-Quran nya, dengan solat2 sunat nya..
Semoga kita sama2 masih lagi mampu dan kuat bertempur untuk menjadikan amalan2 ini sebagai yang rutin dalam kehidupan.

Love the battle.
Cintailah pertempuran.
Kerana itu lah mujahadah!

 

The University of Queensland, Brisbane, Australia.

2 Syawal 1433H (20 Ogos 2012)

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: