4 Ogos 2012.

5 Aug

Alhamdulillah, semalam genap sudah 24tahun di izinkan Allah SWT utk berada di atas muka bumi-Nya.

Seperti biasalah, terhadap sahabat2 disekeliling ku ketika ini, aku tak rasa apa2 pun.

Tak kisah juga jika tidak di’wish’, diberi hadiah ataupun apa2.

Kerana, aku juga jarang wish birthday orang. Bukannya tidak tahu atau tidak ingat.

Tapi, aku akui juga, tak semua birthday orang disekelilingku yang aku ingat.

Tiada apa yang aku harapkan untuk hari kelahiran kali ini.

Melainkan, aku terasa sangat sangat bersyukur, kerana dengan perancangan Allah SWT, tarikh ini jatuh pada 15 Ramadhan 1433H.

MasyaAllah, pertengahan Ramadhan!

Jadi, tiada apa yang aku harapkan, melainkan aku dapat mengejar dan mencapai redha Allah SWT dalam setiap apa yang aku lakukan.

Allahumma ameen!

Aku kurang gemar diraikan pada hari kelahiran kecuali oleh keluarga ku sendiri.

Aku bukan seorang yang anti-sosial.

Aku bertanya pada diri, adakah kerana umur yang sudah bertambah, sudah terasa malas dengan benda2 leceh seperti ini?

Aku punyai pandangan sendiri. Mungkin berbeza dengan orang lain.

Aku tertanya-tanya, kenapa perlu seseorang itu diraikan pada hari kelahirannya?

The only jawapan yang aku jumpa sekarang ini adalah sebagai salah satu cara untuk mengeratkan ukhuwah.

Itu sahaja.

Betul lah, bagi sesetengah orang. Aku juga setuju.

Kerana aku juga turut meraikan serta merancang sambutan hari lahir untuk adik-adik usrahku.

(Aku normal, insyaAllah.🙂 )

Aku tiada masalah untuk meraikan hari kelahiran orang, tapi, sungguh bermasalah jika orang lain yang mahu meraikan hari kelahiranku.

Kerana, aku tidak merasakan aku seorang yang perlu diraikan.

Apa sajalah ‘kerja’ yang telah aku buat? Apa sajalah ‘jasa’ yang telah aku bagi?

Jika orang disekelilingku merasakan dengan meraikan hari kelahiranku itu mampu membuatkan aku gembira, aku akan menjawab, mungkin tidak.🙂

Sesetengah orang mungkin suka kan ‘surprise’, tapi mungkin tidak aku.

Sudah banyak kali juga ‘surprise’ dibuat kepadaku, tetapi aku tiada perasaan sangat, melainkan tersenyum malu, kemudian mengucapkan terima kasih.

Jarang, ataupun mungkin tak pernah, aku terkejut dan kemudian excited.

Tetapi, alhamdulillah, aku masih mampu mengucapkan syukur kepada Allah SWT kerana diberikan oleh Allah SWT sahabat2 yang ingat hari kelahiranku, dan berusaha untuk meraikannya.

Aku hargai. Semoga Allah SWT membalasi jasa kalian.

Ada satu rasa yang tidak dapat aku sampaikan melalui perkataan mahupun tulisan.

Aku cuma terfikir, lebih baik jika ‘surprise’ yang diberikan itu berbentuk perubahan yang ada pada diri individu yang aku-cuba-bina-itu.

Perubahan dari segi lebih tunduknya dia kepada Allah SWT.

Dari segi amalannya, ilmunya.

Yang mana, jika Allah SWT izinkan, ada juga ‘saham’ aku untuk perubahan yang berlaku itu.

Tak perlu beri aku hadiah dunia yang mahal2, ataupun berikan aku hadiah saham ASB, ASN ataupun lain2.

Cukuplah jika aku diberikan ‘saham’ oleh Allah SWT di akhirat kelak, kerana perubahan positif yang ada pada individu tersebut.

Kadang2 aku rasa aku terlalu berharap untuk itu.

Usaha aku sudah cukupkah dalam membina individu.

Memang jika mahu dibandingkan dengan orang-orang hebat yang sudah ramai mengkaderkan orang di jalan dakwah, aku sangat kerdil.

Tapi, aku telah berusaha setakat yang aku mampu.

Kadang2 aku rasa, aku sudah bosan dengan ‘surprise’ yang akhirnya akan memberikan hanya kekenyangan dan keseronokan dunia sahaja.

Allahu Allah.

Aku mohon ampun kepada Allah SWT dengan dosa2 ku yang bertimbun.

Aku hanya mengharapkan redha-Nya yang membolehkan aku melihat wajah-Nya di akhirat kelak, insyaAllah.

Jika dugaan yg diberikan kuat, aku mohon untuk dipinjamkan kekuatan.

Aku orang biasa. Cara aku berfikir sahaja yang lain.

Mungkin ada yang tak bersetuju.🙂

Apa2 pun, aku hargai segala kebaikan yang dilakukan oleh orang sekelilingku kepadaku, selagi mana ianya tidak melanggar syariat Allah SWT.

Cuma, jika ‘surprise’ yang dilakukan tidak menjadi, aku mohon maaf.

Perlu ingat, namanya pun ‘surprise’, jadi perlu bersedia untuk terima risiko ‘kegagalan’.

Kerana hakikatnya, manusia hanya merancang dengan apa yang difikirkannya, tetapi Allah SWT sebaik-baik Perancang yang Merancang dengan cinta-Nya.

Cinta-Nya kepada aku, dan kamu semua.

Dan, aku berdoa memohon kepada Allah SWT supaya dijauhkan daripada sifat sombong terhadap manusia.

Allahumma ameen!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: