Wira Hatiku.

10 Mar

Hari ini 16 Rabi’ulakhir 1433 Hijrah.
10 Mac.

Selamat hari kelahiran ayah tercinta.
Yang telah banyak berjasa.
Dari kecil hingga dewasa.

Setiap yg berlaku diharungi dengan tabah.
Tak pernah aku dengar ayah mengadukan hal nya tentang masalah di tempat kerja.
Mungkin ayah pernah bercerita kepada emak, tetapi bukan kami.

Bila aku dengar satu demi satu perkara yang ayah lalui sepanjang kerjaya nya, aku menjadi kagum dengan susuk tubuh tua itu.
SAtu demi satu, tapi berjaya disorokkan daripada kami.

Suatu hari aku ‘jatuh’.
Ayah mulakan ceritanya.
Ceritanya kekal bertahan dengan kerjanya sekarang.

Jika dahulu, tatkala syarikat mengalami masalah, ayah masih bertahan.
Walaupun ada yg mengajak ayah untuk keluar.
Tapi, ayah tak mahu.
Kata ayah, “kerja kat mana2 pun, kalau tak tahan dengan keadaan, sama jugak. Sudahnya nanti kerja asyik pindah randah.”

Aku tahu tika itu ayah tegar kerana ayah ialah anak sulung lelaki.
Sudah menjadi adat dalam keluarga yang masih mengamalkan tradisi adat perpatih, anak lelaki tidak akan mendapat sesen pun harta.
Dengan latar belakang keluarga yang miskin, ayah kena bertahan selagi kerja itu mampu memberikannnya sesuap nasi.
Tambahan pula, ayah juga yg perlu menyara keluarganya.

Aku kagum.

Dengan kudrat ayah, aku tak pernah hidup susah.
Semua yg aku mahu, aku pasti dapat.

Aku masih ingat.
Tatkala itu aku di SESERI. Tingkatan 4.
Waktu itu mp3 masih baru lagi di pasaran.
Aku minta daripada ayah utk beli walkman.
Kataku sebab nak dengar lagu macam kawan2.
Ketika itu aku sedang outing bersama keluarga, di KLCC.
Ayah kata, tak payah lah. Belajar tak perlu dengar lagu.
Langsung aku merajuk.
Sepanjang outing aku membuat muka. Tak mahu bercakap.

Langsung, ayah bawa aku ke kedai barangan elektronik.
Aku hanya minta walkman, kerana aku tahu walkman murah.
Ayah kata, ambil la mp3 tu.
Itu latest, lagi pun kecil sikit.
Aku masih ingat.
Kapasiti mp3 itu hanya 512MB sahaja. Tapi harganya hampir RM500. Jenama Samsung.

Tika itu aku jadi serba salah.
Sebab macam dah menyusahkan ayah.
Sedangkan aku hanya minta walkman yg murah.

Ayah, walau sekeras mana pun menentang apa yg aku mahu, tapi, sebenarnya pasti akan dicari jalan utk menunaikan.
Pendek kata, aku tak pernah tak dapat apa yg aku mahu.

Berbeza.
Sangat berbeza dgn cara hidup ayah yg dahulu.

Ayah kalau boleh tak mahu anak-anaknya merasai keperitan hidupnya masa kecil dahulu.
Kadang2 itu yang membuatkan aku bimbang.
Kebimbangan ku bukan kepada ayah, kerana ayah berhak menikmati apa yang telah diusahakannya.
Tetapi aku bimbang kepada diriku yg sudah biasa hidup senang.

Sayang ayah!
Bukan kerana hartanya, tapi kerana sifatnya.
Kerana ketabahannya.

Aku pernah mengalirkan air mata hanya kerana sebuah huluran buku oleh ayah.
Aku tertekan dengan macam2 perkara.
Aku minta untuk menghadiri sesi kaunseling.
Ayah tak beri kerana ayah punyai alasan tersendiri.
Aku merajuk lagi. Aku menyangka ayah tak peduli.

Selang beberapa hari, ayah hulurkan buku motivasi dan kaunseling Al-Quran kepadaku.
Aku diam, tergamam.
Menyambut hulurannya, sambil air mataku bergenang.

Aku sangka ayah tak peduli.
Tapi tidak.
Ayah punyai caranya yang tersendiri.

SAyangnya ayah bukan melalui kata2 pujukan manis.
Tetapi melalui perbuatan yang bisa mencengkam hati!

Genap 56tahun umur ayah.
Di keheningan malam ini, aku mendoakan kesihatan ayah.
Semoga kuat untuk terus beribadah kepada-Nya.
Semoga terus utuh dengan agamanya.

Kite sayang ayah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: