Tarbiyyah kita, tarbiyyah apa?

9 Mar

Malam itu merenung ke langit bersama sahabat.
Melihat awan berarak laju menutup bulan separa penuh malam itu.

Saling bertukar cerita antara kami.
Lama sudah mengenal nama.
Tapi baru berkesempatan untuk bersama mencurahkan perasaan bersama.
Selama ini kalau pun berjumpa utk urusan program.

Ukhuwah kami terbentuk melalui membuat kerja bersama.

Dalam rukun bai’ah.
Ukhuwah diletakkan pada nombor 9 daripada 10.
Sedangkan al-Fahmu (kefahaman) itu yg pertama!

Mengapa?
Kerana kesatuan kefahaman mampu membentuk ukhuwah.

Aku pernah diikat dengan ukhuwah.
Aku tak pernah ke sana, tapi nama ku terlebih dahulu sudah sampai kesana.
Maaf, aku tak selesa begitu.
Mungkin bagi setengah orang, mereka gembira/suka nama mereka disebut tanpa diri mereka dikenali dahulu.
Tapi bukan aku.

Aku di’sogok dgn ayat2 manis tanpa diberi kefahaman. Aku rimas.
Mahu kongsikan ayat2 manis, sila tunjukkan bahawa ayat2 itu adalah daripada Al-Quran atau hadis, ataupun kata2 daripada ulama’-ulama’.

Sudahnya bila aku sudah ‘memilih’ atas kefahaman yg diberi, hilang semua kata2 manis.
Malah aku dikatakan pernah memberi ‘provokasi’.
Macam-macam.
Apabila ditanya kerana mahu tahu, dikatakan provokasi.

Ntah, apa-apa je lah.
Tak mahu beritahu sudah.

Aku cuma yakin pada Allah.
Tatkala aku mahu mencari, Dia tunjukkan jalan, walaupun ada yg enggan mengulas dan akhirnya mengatakan itu provokasi.

Aku yakin jika aku tak berhenti mencari, Allah pasti bantu.
Dan ya!
Kata Imam Hassan Al-Bana, “masa itu mengubati”.
Sungguh! Itu benar.
Janji-Nya pula.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dgn sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yg sabar.” (Surah Al-Baqarah, ayat 153)

Ya, kuncinya adalah sabar!

Tempoh masa ‘sabar’ yg menuntut air mata sering mengalir.
Tempoh ‘sabar’ yg meremukkan hati.
Aku cuma yakin Allah pasti bantu dan tunjukkan jalan supaya aku tidak futur.

Janji Allah benar.

Aku menuntut agar diberi kefahaman bukannya suapan ukhuwah semata.
Kerana aku tahu yg mampu membuatkan seseorang itu bertahan adalah kefahaman dan keyakinannya kepada Allah SWT.
Bukannya semata-mata ‘sogokan’ ukhuwah yg kelihatan manis sahaja.

Aku berbeza dengan orang lain.
Aku sudah biasa dibesarkan dalam persekitaran yg ‘agak tegas’.
Mungkin juga aku agak ‘kasar’.
Pernah sekali kawan sekelas menegur. Lelaki. “Kau jangan garang-garang sangat. Nanti takde orang nak kat kau.”
Aku senyap sebab aku tak rasa aku perlu respon physically pada kenyataan itu.
Tapi di dalam hati aku berkata, “Ada aku kisah?”

Itulah aku.
Dan, aku tahu ada yg perlu aku ubah.
Kerana dalam usaha aku mengislahkan diriku, aku tahu ada yg aku perlu ubah.

Aku suka membaca tulisan Abu Abbas As-Sissi, “At-Thariq Ilal Qulub”.
Banyak yg aku belajar.
Terutama apabila aku telah memilih ini sebagai jalan ku.
(InsyaAllah! Aku mahu thabat seperti mereka.)

Okeh, sudah.

Ukhuwah itu penting. Malah mengatasi benua mahupun persatuan.
Tapi, kefahaman tetap mendahului ukhuwah.

Aku tahu ada yg mungkin tak setuju.
Aku mengikut urutan rukun bai’ah.
Kamu yg tidak setuju itu bagaimana?

Aku bukannya orang yg ditarik dengan ukhuwah, kemudian dihulurkan borang utk di isi, se’detail’nya.
Kemudian, tup tup aku dikatakan ahli persatuan, tanpa aku sedar.
Maaf, aku bukan begitu.

Semasa mengisi borang kemasukan ke SESERI, aku lakukannya dlm keadaan sedar.
Aku faham bahawa selepas itu, aku perlu bersedia dgn kehidupan berasrama.

Izinkan aku berbuat sesuatu dalam keadaan aku faham dan sedar.

Ahh, sibuk memperjuangkan Palestine, hantar bantuan berjuta-juta, tapi kalau umat Islam tak pernah ada usaha nak bersatu, asyik memburuk-burukkan sesama Muslim, hati sentiasa berhasad, buatlah usaha itu beribu tahun pun, susah tanah suci Palestine itu mahu dibebaskan.
Kecuali dengan izin Allah SWT.

Aku ulang, supaya kita lebih mendalami dan memahami.
Tanah SUCI Palestine.
Palestine itu Tanah Suci.
Hanya HATI yang benar-benar SUCI memperjuangkan agama untuk Allah sahaja yg mampu membebaskannya!

Umat Islam tak bersatu.
Ada yg hantar bantuan tapi banner sebesar-besar alam menunjukkan bahawa dialah yg memberikan bantuan.
Golongan agama juga tu.
Perlu kah?
Mungkin mereka rasa perlu.

Mungkin aku agak skeptik.
Kerana aku bosan apabila ada golongan agama yg sibuk kononnya memperjuangkan tanah suci Palestine, tapi usaha untuk menyatupadukan umat Islam, kurang.

Kita hilang kesatupaduan itu.

Apabila ditanya atau diajak bersama, jawapan skema yg aku terima, “Takpelah. Kita masing-masing buat kerja kita. Kita sama-sama buat kerja untuk agama.”

Sudah berapa lama jawapan skema itu diguna pakai?
Sudah berapa generasi?
Tidak ada yg mahu ubah kah skrip skema jwapan itu?
Teori Darwin juga sudah dibuktikan ada silapnya.
Kalau saintis yg mengkaji pun ada silapnya, masakan kita orang biasa ini.
Oh, okeh. Darwin bukan orang Islam.
Tak apalah, kita ambil ulama’ kontemporari kini.
Yusuf Al-Qardawi juga mengajak kepada kesatupaduan.
Kesatuan pemikiran dan gerak kerja!
Kerana aku tahu, selagi jawapan itu bukannya daripada Al-Quran, hadis, qias mahupun ijmak ulama’, ianya terbuka kepada perubahan.

Betul, kita masing2 buat kerja utk agama.
Tapi, apabila terlalu byk persatuan, hati itu pasti tidak akan terjaga.
Bersangka buruk sesama persatuan. Tarik itu, tarik ini.

Fizikalnya memang kerja itu dibuat, tapi dalamannya? Hatinya?

Umat islam kuatnya bukan pada senjata atau besar tubuhnya.
Tapi, hatinya juga.

Tak siapa yg boleh menjamin dalam pertumbuhan byk2 persatuan agama, hati2 ini mampu dijaga.
Kau manusia.
Aku juga.

Isu ini isu lama.
Budak-budak oversea mesti tahu.

Dah berapa batch yg pulang dari oversea?
Saban tahun banyak batch yg pulang.
Alhamdulillah, byk yg berubah daripada negatif ke positif apabila pulang ke tanah air.

Palestine juga. Sudah ber’batch2′ para syuhada’ menghadap Ilahi.
Isunya sudah 65tahun berlalu.
Tapi, tiada kesudahan.
Mereka masih bersedih.
Kita gembira kerana kononnya kita sudah baik daripada dulu.
Sudah ditarbiyyah. Sudah bertudung labuh, berbaju labuh, berskirt labuh.
Tak kurang juga hebatnya, apabila kenal tarbiyyah, terus mendapat psangan hidup.
MasyaAllah! Alhamdulillah!
Tapi, kita kurang di tarbiyyah utk kesatupaduan fikiran dan gerak kerja umat islam.

Tarbiyyah kita tarbiyyah persatuan?

Aku masih lagi berfikir tentang ini.
Juga, aku harap kau fikir juga tentangnya.
Fikir dan buat perubahan.
Bukan sekadar fikir kemudian kau penat, yg akhirnya kau dan aku masih di takuk lama.

Umat masih tak bersatupadu dalam pemikiran dan gerak kerjanya.

Wallahu’alam.
Kerana aku juga manusia, aku sentiasa terbuka kepada kesalahan yg mengharapkan teguran.

15 Rabi’ulakhir 1433 Hijrah.
9 Mac 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: