Agar Kita Dicemburui.

9 Feb

Baru-baru ini sahaja meloncat-loncat satu blog ke satu blog yg lain.
Blog-blog super junior seseri.
Saya tak pernah kenal pun mereka.
Cuma melawat kerana ingin ‘melihat’ adik2.πŸ™‚

Teringat2 ayat seorang adik ini.
Anak seorang selebriti terkenal mendaftar di SESERI.
Di gambarkan oleh adik tersebut fizikal anak selebriti tersebut.

“Dia tinggi, putih. Muka licin. *jeles*”

Tersenyum saya membacanya.

Muka licin. Dahulu masa sekolah rendah, saya teringat seorang kawan ini berkata.
“Tak sabar nak besar. Nak ada jerawat.”
“Kenapa nak ada jerawat?”
“Sebab nampak macam dah besar!”

Masa tu saya kecil lagi. Tak tahu apa2 sangat.
Jadi, saya diam sahaja.
Tak sangka juga ada orang fikir macam tu.

Saya pula ketika itu, “think-less”. Tak fikir apa2.
Go by the flow.

Okeh, saje mengimbau kenangan lama.πŸ™‚

Lain orang lain kemahuannya.
Lain ragamnya.
Ada yg mahukan muka licin, ada pula yg sebaliknya.

Teringat pada petikan buku “Biar Bidadari Mencemburui Dirimu.”

Hadis yg menunjukkan perbualan antara Rasulullah SAW dgn Ummul Mukminin, iaitu Ummu Salamah.
Rasulullah SAW menceritakan tentang bidadari di syurga.
Dialog ini sangat indah.
Dan, sebenarnya di akhir dialog mahu menunjukkan bahawa wanita dunia jauh lebih baik dan perlu dicemburui oleh bidadari.
MasyaAllah!

Kita kah itu, wahai sahabat muslimah?πŸ™‚
Allahu Allah~

Ummu Salamah melaporkan, “Aku berkata, ‘Ya Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari bermata luas lagi cantik….’

Rasulullah menjawab,‘Bidadari yang kulitnya bersih, matanya cantik seperti jeli dann luas, rambutnya berkilau bak sayap burung nasar (hering raja).’

Aku berkata lagi, ‘Jelaskan kepadaku ya Rasulullah, perihal kata2 Allah, ‘Laksana mutiara yg tersimpan sebaik-baiknya…’ (Surah Al-Waqiah, ayat 23)

Rasulullah menjawab, ‘Kebeningannya seperti kebeningan mutiara dalam lautan, tidak pernah disentuh oleh tangan manusia….

Aku bertanya, ‘Ya Rasululah, jelaskan kepadaku perihal kata2 Allah, ‘Dalam kedua2 syurga itu ada bidadari yg baik akhlaknya lagi cantik parasnya…’ (Surah Ar-Rahman, ayat 70)

Rasulullah menjawab, ‘Akhlaknya terpuji dan wajahnya cantik jelita.’

Aku bertanya lagi, ‘Jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Putih kekuning-kuningan seakan–akan mereka adalah telur yg tersimpan sebaik-baiknya.’ (Surah As-Saffat, ayat 49).

Rasulullah menjawab, ‘Kelembutannya seperti kelembutan kulit yg ada pada bahagian dalam telur unta, ia terlindung oleh kulit pada bahagian luarnya ataupun yg biasanya disebut putih telur.’

Aku bertanya lagi, ‘Ya Rasulullah, jelaskan kepadaku firman Allah, ‘Yang tetap mencintai jodohnya serta sebaya umurnya.’ (Surah Al-Waqiah, ayat 37)

Rasulullah menjawab, ‘Mereka adalah wanita2 yg meninggall dunia apabila usia sudah lanjut dengan keadaan rabun dan beruban. Itu yg dijadikan Allah tatkala mereka sudah tahu, lalu Allah menjadikan mereka sebagai gadis2 yg penuh cinta, bernafsu, bersifat mengasihi dan umur mereka sebaya.’

Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, yg mana lebih utama, wanita dunia ataupun bidadari bermata jeli?’

Rasulullah menjawab, ‘Disebabkan solat, puasa, dan ibadah mereka, Allah meletakkan cahaya pada wajah mereeka, tubuh mereka disaluti kain sutera, kulit mereka putih bersih, mereka berpakaian serba hijau, perhiasannya berwarna kekuningan, mereka mengenakan sanggul mutiara, dan sisir mereka diperbuat daripada emas. Mereka berkata, ‘Kami hidup abadi dan tidak mati. Kami lemah lembut dan tidak jahat sama sekali. Kami selalu mendampingi dan tidak berganjak. Kami reda dan tidak bersungut. Berbahagialah orang yg memiliki kami dan kami memilikinya.’

Direkodkan oleh Tabrani.

(page 56-59, buku ‘Biar Bidadari Mencemburui Dirimu’ oleh Salim A. Fillah)

MasyaAllah!

Mahu dicemburui bidadari?
Jagalah hak Allah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: