Jalan, Lari, Jangan Berhenti!

2 Feb

Mereka kata kau hebat,
Mereka kata kau kuat,
Mereka kata kau kental.

Hakikatnya, kau dan Allah jua yg tahu kau itu bagaimana.

Mereka kata kau hebat,
Tapi, mereka pernah tahu kah hati kau pernah hujan dengan lebat?

Mereka kata kau kuat,
Tapi, mereka pernah tahu kah hati kau pernah disiat-siat?

Berapa banyak emel hujan yg telah kau sent kan pada kakak2, seantero dunia yg kau kenal?
Berapa banyak kali kau minta kata2 semangat melalui text di phone pada mereka yg kau percaya?
Ntah, kau dan Dia yg lebih tahu.
Beratus dollar kau habis utk top up kredit.
Tapi tak apa lah, asalkan kau tak futur tak tersungkur di jalan dakwah!

Tapi, mereka yg kata kau kuat, kau hebat dan kau kental, tak tahu semua tu.
Sebab pada kau mereka tak perlu tahu.
Bukan sebab kau ego.
Tapi sebab kau tak mahu mereka lemah, jika kau lemah.
Apa yg kau tahu, kau kena maintain bersemangat supaya aura positif dapat dirasai oleh mereka.

Bila mereka tanya apa rahsia kau,
Kau akan diam.
Kemudian, hanya satu yg kau jawab, “Semuanya pertolongan daripada Allah!”
Ya, hanya itu satu jawapan yg kau ada.
Bukan jawapan skema.
Tapi itulah jawapan yg keluar dari lubuk hati.
Disamping itu, terkadang air mata kau berlinang.

Lidah kau kadang2 tak mampu untuk menyusun kata,
Ayat-ayat power kadang2 tak terluah oleh kau,
Apabila mereka bertanyakan itu ini.
Kerana, jawapannya hanya satu, “Allah!”

Susunlah strategi sehebat mana pun,
Kalau di dalamnya kau tak letak keyakinan kepada Allah SWT,
Takkan jadi juga.
Percayalah!

Mahu dibandingkan dengan musuh2 islam?

Sesungguhnya musuh2 islam dan orang islam itu berbeza!
Sangat berbeza!
Perbezaan yg jelas adalah pada iman nya.

Kalau kau kata musuh2 islam susun strategi baik punya,
Strategi yang terus menerus dari dulu, kini dan sekarang,
Tapi, mereka akhirnya berjaya,
Berjaya dalam mencucukkan ideologi sesat ke dalam otak manusia,
Itu adalah kerana musuh islam ini berusaha!

Musuh islam tidak beriman, tapi berusaha,
Allah SWT dengan sifatnya Yang Maha Pemurah pasti tidak akan mensia-siakan usaha musuh islam ini,
Maka, beroleh lah musuh islam ini akan apa yg mereka hajati.

Tapi kau, sebagai orang yang mengaku beriman,
Kena ingat, kau pasti akan di uji,
Kerana ujian itulah yg menentukan iman kau tu di tahap mana!

Jangan sibuk nak bermimpikan syurga,
Kalau bila di uji kau asyik masam mencuka,
Bila di uji kau tinggalkan semua kerja,
Maaf, kalau kau begitu, kau bukan calon nya!

Kau!
Allah itu ada,
Dan, pasti ada silap kau di mana-mana.
Itu pasti!
Mungkin silap dalam mengatur masa,
Mungkin dalam kau kata kau nak berdakwah, tapi sebenarnya kau berlengah,
Ubah lah.

Allah itu ada!
Akhirnya, kau sendiri juga yg kena kuat,
Sebab kau tahu kau itu macam mana,
Kau bukan yang senang nak bercerita dengan orang,
Orang yang kau ceritakan pun bukannya orang yang dekat dengan kau,
Family, jauh beribu batu,
Kakak2, berada di negara yang berbeza waktunya,
Akhirnya, kadang2 kau pendam seorang juga.

Tapi, janji Pemberi Cinta Yang Satu,
“Dan, sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia, dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami (Allah) lebih hampir kepadanya daripada urat lehernya.” (Surah Al-Qaf, ayat 16)

!

Ingat!

One Response to “Jalan, Lari, Jangan Berhenti!”

  1. nurul asyiqin ilmuna February 3, 2012 at 5:41 am #

    ALLAH,,,entri yang sangat menginspirasikan diri….
    ya,kadang-kadang kita pun tak tahu dari mana kekuatan itu hadir di saat merasa diri ini kecut sangatt….

    rupanya pertolongan dari Allah..
    semuanya terjadi atas kehendak DIA…
    kalau DIA nak maka,kun fayakun!

    tahniah! moga istiqamah dalam menginspirasikan ummah..insyaAllah.. ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: