Kedamaian, keamanan bersama.

1 Feb

Dia si kecil. Muka bercalar calar.
Bajunya bertahi lalat, tapi tetap wangi dek haruman pencuci pakaian yg digunakan oleh si ibu semasa mencuci.
Badannya kurus.
Dia berbau bedak yang selalu di bau pada bayi-bayi ataupun anak-anak kecil.

Ramai yang berada di situ. Tetapi, saya juga yg dia hampiri.
Terasa beruntung.šŸ™‚
Sedangkan masa itu muka saya tengah masam mencuka.
Kerana tengah paksa mak untuk balik cepat, nak pergi Kyros Kebab! -_-”

Emaknya dari jauh memerhati.
Emaknya sedang melakukan aktiviti pemanasan badan.
Manakala si kecil ini sedang bermain jongkang jongkit bersama kakak dan abangnya.

Dia berumur dalam lingkungan 2 tahun.
Kakak dan abangnya berumur sekitar 8 atau 9 tahun.

Dia hampir dan saya sambut dgn tangan dan menariknya untuk duduk di riba.
Riba saya goyang-goyangkan, supaya si kecil tidak berasa bosan.

Dari jauh ibunya meng’agah’..”Siapa tu dik?”
Saya hanya tersenyum.

Ketika itu, hanya satu yg saya teringat.
Tentang sunnah Rasulullah SAW yg akan menghidu, mendakap dan mencium kanak-kanak.
Baginda SAW sangat mencintai kanak-kanak.

Boleh lihat di link ini untuk mengetahui sunnah Rasulullah SAW apabila bersama kanak-kanak.
http://www.youtube.com/watch?v=klm1QePo6b0&feature=fvsr

Mereka berasal dari negara jiran, Indonesia.šŸ™‚
Si kakak gembira bermain jongkang jongkit bersama si abang nya.
Emaknya pula nun di hujung bawah pokok sedang bersenam sendirian bersama baju kelawar nya.

Melihat mereka gembira, saya pun gembira.
Tak tahu mengapa.
Alhamdulillah, kerana dapat bersama dengan mereka merasai nikmat keamanan di muka bumi ini.

Ada banyak sebab mengapa manusia berhijrah.
Pergolakan di negara sendiri yg akhirnya, mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman rakyat.
Mungkin juga kerana faktor bencana alam seperti gempa bumi, gunung berapi dan lain-lain lagi.
Faktor pekerjaan juga faktor yg mempengaruhi.

Keamanan, kedamaian perlu dikongsi sesama manusia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: