Biar Bidadari Mencemburui Dirimu!

31 Jan

Semoga berada dibawah lindungan Allah SWT.
Terjaga amalnya, ibadahnya dan zikirnya. InsyaAllah.

Pagi ini, setelah 3 hari pulang semula ke Tanah Melayu, teringat kepada perkumpulan yg sempat dibuat dengan adik2 yang tak pulang summer di Welly.
Rindu juga pada adik2, terutama adik2 usrah umum yg byk mengajar erti memberi.
Tanpa ada yg mahu menerima, mesti susah utk kita rasai nikmatnya memberi.

Semasa perkumpulan yg lepas, sempat saya berkongsi perenggan ini dengan adik2.
Perenggan yg diambil daripada buku “Biar Bidadari Mencemburui Dirimu.”
Perkongsian random dengan adik2 yang ketika itu kelihatan sangat berminat dengan isu perhubungan antara lelaki dan perempuan.
Biasalah cuti2 sekolah ni, banyak kenduri kendara yang mereka tak dapat hadir sebab masih di NZ.

“Fatimah dan Ali menunjukkan contoh cara cinta hidup dengan sihat, tanpa penyakit yg menggangggu kekhusyukan. Ia menjadi rahsia hati, simpati, rasa tertarik, mengawal diri, doa dan harapan. Sifat perahsianya itu menyebabkan syaitan pun tidak tahu. Masih ingat kisah perihal mereka?”

MasyaAllah, hebat!

Saya rasa untuk mengetahui tentang kisah Ali dan FAtimah ini, mesti ramai yang boleh google kisahnya.
Takpun tanya kan sahaja pada kakak naqibah kalian.

Untuk urusan baitulmuslim ini, bukanlah saya orang yg terbaik. Sebab masih tiada pengalaman.
Tetapi saya suka berkongsi dgn adik2 usrah, dalam usaha untuk sama2 menjaga diri.
Sebab kadang2 isu ini lah yg menjadi penyegar dalam usrah.🙂
Dalam masa yg sama bukanlah menjadi yg extreme.
InsyaAllah!

Biarkan bidadari mencemburui diri kita!

Bunyi seperti terlalu idealistik.
Tetapi bukanlah suatu angan2 yg plastik.
Juga, perlu kita ingat ini bukanlah suatu impian yg simplistik.

Ianya bukan simple, kerana semuanya memrlukan mujahadah yg tinggi.

Siapa kata mujahadah itu senang?

Silakan untuk duduk dalam biah yang tidak islamik.
Berapa kerap tahajud akan kita laksanakan?
Kita kah yang akan mengajak orang sekeliling untuk bersama2 membaca al-ma’thurat?
Kitakah yg akan mengajak orang utk solat berjemaah bersama2 di awal waktu?
Al-Quran, istiqamah kah kita dalam membacanya?
Tanpa mujahadah, mustahil kita mampu menjadi golongan pemula.

Ternyata lah mujahadah itu tidak mudah.

Apa2 yg melibatkan hati, mujahadah adalah apa yg pasti!

Perkongsian yg saya dapati dan ingati semasa 3 minggu pulang sebentar ke NZ.
“Selagi tidak terzahir ikatan yg sah antara kita dan dia, jangan sekali-kali serahkan hati, mahupun katakan yg kita suka pada dia. Berkenalan sekadar untuk mengenal, bukan memberi hati!”

Tiada apa yang pasti di dunia ini, kecuali mati.
Kisah Ali dan Fatimah bermesejkan mujahadah, mujahadah, mujahadah dan sabar dgn ketentuan Ilahi.

Astaghfirullahal’azim. Astaghfirulahal’azim. Astaghfirullahal’azim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: