Si Tua Kudung dan Budak Kecil

25 Nov

“Eleh, kadang-kadang tu diorang ni saje-saje buat macam tu. potong ini, potong itu..berlakon..” Seorang budak lelaki berumur dalam lingkungan 10 tahun berkata kepada ibunya.
Budak lelaki tersebut berjalan bertentangan arah dengan saya, dan matanya melirik di belakang saya.

Melintas seorang lelaki tua, berkopiah putih, bertongkat dua.
Pakcik tersebut berbaju melayu, berseluar hitam.
Meredah arus lautan manusia di pasar malam.
Sebelah kakinya kudung.
Tetapi dia bukan peminta sedekah.

Hati saya terdetik, “Eh, adik tadi tu cakap kat pakcik ni ke?”
Saya hanya menduga.

Langkah kaki saya teruskan, dengan arah yang bertentangan dengan adik lelaki tadi.
Sepanjang langkahan saya, tidak pula saya terjumpa dgn mana2 peminta sedekah.

Kalaulah ayat-ayat adik tadi ditujukan kepada pakcik tadi, saya berasa sedih.

Kalaupun pakcik tadi peminta sedekah, hulurkanlah sahaja sedekah kepadanya.
Sebagai tanda kasih dan sayang kita sesama manusia.
Usahlah dicaci, di buruk sangka padanya.

Bukankah “akhlak itu sesuatu yang kita lakukan tanpa kita berfikir dahulu”?
Itu lah definisi akhlak berdasarkan Imam Al-Ghazali.

Jika terjumpa peminta sedekah di tepi jalan, apa yang kita fikir/kata/buat?
Orang A, “ahh, lantak lah. bukan urusan aku.”
Orang B, “astaghfirullahal’azim, tak sampai hatinya tengok orang ni. tak mengapalah, hulurlah sikit.”
Orang C, “kesian nya orang ni. TAPI, kalau aku bagi duit, ntah2 dia ni tipu je. mesti ada sindiket apa2 ni.”

Saya terfikir, kalaulah orang itu seperti yang kita SANGKA-SANGKA kan, iaitu terlibat dalam sindiket menipu orang dan lain-lain, adakah di akhirat kelak kita akan dipertanggungjawabkan dengan kesalahan mereka itu?
Itu pun HANYA JIKA, orang itu seperti yang kita SANGKA-SANGKA kan.

Tetapi, jika mereka sebenarnya tidak seperti yg kita sangkakan?
Kita lah yang terpaksa menanggung dosa akibat berburuk sangka.
Lagi teruk kalau kita bukan sekadar berburuk sangka di dalam diri sendiri, tetapi MENYEBARKAN kepada orang sekeliling.

A : Eh tengok orang tu. Beria-ia lah buat sakit sana, sakit sini. Ntah-ntah, join sindiket tipu orang dari Thailand!
B : A’ah kan, betul jugak tu. Sia-sia lah orang yang bagi duit kat diorang tu!

Surah Al-Hujurat, ayat 12,
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengungjing sebahagian yang lain..”

Siapa kita untuk menilai amalan seseorang itu sebagai yang sia-sia?
Kecuali orang itu adalah orang-orang yang tidak beriman.
“Dan Kami akan perlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” (Surah Al-Furqan, ayat 23)

Bagaimana kita dalam keikhlasan untuk memberi?
Ikhlas itu rahsia Allah.🙂 Bukanlah saya yang berhak untuk membicarakan tentang keikhlasan.

Bagaimana cara kita berfikir dalam memandang orang di sekeliling kita?
Terlalu mudah menghukum kah?
Ataupun, mengamalkan ‘aku-aku’, ‘kau-kau’?

Di tahap mana kasih dan sayang kita sesama manusia?
Apabila jumpa orang yang kurang berkemampuan, apa yang kita fikir?

A : Haa.. Tu lah, masa muda dulu tak nak belajar betul2. Kan sekarang dah susah, hidup melarat! Tu mesti malas nak kerja lah tu.
B : Allahu akbar~ Kesian nya family orang tu. Macam mana lah nasib anak-anak nya nanti. Terbela kah? Aku mesti lakukan sesuatu!

Paling kurang pun, jika masa itu kita benar-benar tiada duit ataupun apa-apa untuk dihulurkan, lemparkanlah senyuman kepada mereka. Berdoalah untuk mereka supaya diberi kekuatan dan kesihatan untuk terus menempuh kehidupan di dunia ini.

Apabila berjumpa dengan pengemis atau peminta sedekah, bertindaklah untuk menghulurkan sedekah ataupun berlalu sahaja TANPA ada prejudis di dalam hati.

Tak perlulah berfikir yang panjang-panjang, sehingga akhirnya kita seperti menghukum neraka dunia kepada mereka!

Prejudis vs kasih sayang.
Mana satu yang lebih menguasai diri kita?

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

2 Responses to “Si Tua Kudung dan Budak Kecil”

  1. Kompaks November 25, 2011 at 5:20 am #

    mengalaminya hari ini?

    • miminapis November 25, 2011 at 5:21 am #

      Ya. Tapi bukan kali pertama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: