Si Kecil Yang Berpotensi!

13 Dec

Ain : Kakak..kakak! (menjerit dari tingkat atas)
Miminapis : Kimi, tu Ain panggil tu.
Ain : Bukanlah. Bukan kakak kite. Kakak yang tengah cakap tu. Kakak yang pakai spek mata tu lah.
Miminapis : Heyyy Ain!! Ni Kak Ngah la! Kak Mimi.

Ain adik kepada Kimi. Ain, 6tahun. Kimi, 11tahun. Kedua2 nya adik sepupu saya. Kami jarang bertemu, mungkin kerana saya tinggal di asrama. Jadi, setiap kali ada pertemuan ahli keluarga, saya jarang ada. Tambahan pula, sekarang belajar di luar negara, lagi lah jarang bertemu mereka.

Dialog semalam,

Ir : Taklah. Kak Long ni kakak Wawa.
Miminapis : Kakak kite jugak!
Ir : Tak, abang Izzat punya kakak.
Miminapis : Kakak kite~

Ir. Nama penuhnya Nur Irsalina. Berumur 4tahun. Keadaannya serupa seperti di atas. Wawa dan Izzat adalah adik saya. Kak Long yang mereka panggil adalah kakak saya.

Miminapis : Mak, diorang tak kenal kite. Diorang panggil kite ‘kakak yg pakai spek mata’!
Mak : Haaa.. Ni kak Ngah. Kak Mimi.

Tak marah pun. Sedikit pun tak terasa hati. Budak-budak. Kanak-kanak. Jarang jumpa, maka mereka tak tahu lah nak panggil apa. Muka pastinya mereka familiar, sebab bukannya tak pernah jumpa.

Best juga melayan karenah kanak-kanak.

Miminapis : Haaa… Sape belum sembahyang? Jom sembahyang.
Ain : Nak! Nak! Kite nak sembahyang. (Sambil mengangkat tangan) Jom lah kakak.
Miminapis : Pandai! Bagus Ain ni.

Melihat kanak-kanak, pasti ada rasa sesuatu. Suka bila lihat mereka ada keinganan untuk beribadah seperti sembahyang. Kanak-kanak perlu dijaga dan di didik sebaik mungkin, kerana mereka mempunyai banyak potensi.

Miminapis : Ain, Ain nak pakai tudung tak?
Ain : Nak! Tudung ada kat rumah. Tak sempat nak ambil tadi.
Miminapis : Haa.. Nanti pakai tudung eh.
Ain : Oke!

Seronok melayan telatah adik2 sepupu yang jarang berjumpa ni.

Sayang. Sayang jika tidak diajar dan diasuh dgn cara hidup Islam.

Islam itu luas dan meliputi segala aspek kehidupan.

Bersama-sama dengan adik-adik sepupu yang masih kecil, membuatkan saya teringat tentang satu cerita di zaman Rasulullah SAW. Baginda SAW amat mencintai dan sayang akan kanak-kanak.

Pernah pada suatu hari, baginda membariskan Abdullah, Ubaidullah dan putera – putera Saidina Abas yang lain.

Baginda berkata, “Siapakah di antara kamu yang terlebih dahulu sampai kepadaku, akan aku berikan sesuatu.”

Maka mereka berlumba-lumba menuju ke arah baginda, kemudian mereka duduk dekat Rasulullah dan baginda memeluk dan mencium mereka.

Allahu akbar. Sesungguhnya mencintai dan menyayangi kanak-kanak juga adalah antara sunnah Rasulullah SAW.

Yang tua dihormati, yang muda disayangi. Bagaimana mahu menyayangi? Salah satunya, terapkanlah mereka dengan ajaran dan nilai-nilai Islam. Tanda kita sayang mereka, supaya apabila mereka besar kelak, mereka tidak mudah dipengaruhi oleh jahiliyyah yang bermaharajalela di luar perkarangan rumah!

Menyayangi mereka juga adalah tanda kita menyayangi diri kita sendiri. Bagaimana dan kenapa? Anak-anak yang diajar dgn nilai-nilai Islam pastinya kita harapkan akan menjadi anak yang soleh dan solehah. (Kerana impian untuk mendapatkan anak2 yang solehah tidak mampu diperolehi tanpa ada usaha daripada pihak ibu bapa). Ingat kah pada satu hadis ini?

Rasulullah SAW bersabda, “Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal:
[1] Sedekah jariah,
[2] Ilmu yang bermanfaat dan
[3] Anak soleh yang mendoakan kepada orang tuanya.

(HR. Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa’i dan Ahmad)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Jelas disini, anak2 yg soleh/solehah akan mendoakan ibu bapa mereka. Jadi, bukankah “mendidik anak2 dengan terapan Islam juga bererti kita menyayangi diri kita sendiri” ?

Mendidik anak dengan baik adalah salah satu tiket untuk ke syurga-Nya!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

One Response to “Si Kecil Yang Berpotensi!”

  1. ifa December 13, 2010 at 2:22 am #

    LIke!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: