Kenapa Jerit-Jerit Di Konsert?

12 Oct

Saya terbaca tentang sesuatu. Artikelnya berbunyi, Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain.

Apa reaksi anda ketika pertama kali membaca artikel tersebut?

Jujurnya, saya tak rasa apa-apa, sebab saya dah biasa!

Apa yang biasa?

Saya sudah biasa dengan environment perempuan menjerit-jerit dan melaung-laung. Itu environment saya yang dahulu. Kira-kira, 5 tahun dahulu. Ketika dalam kepompong sekolah dimana semua pelajarnya adalah pelajar perempuan. 5 tahun saya dalam keadaan begitu. Dalam tempoh itu, saya tak nafikan, saya pun termasuk dalam golongan itu.

Bersorak untuk menyokong rumah sukan. Bersorak untuk menyokong pasukan sekolah (cheer). Bersorak selepas persembahan rakan-rakan di atas pentas. Semuanya saya dah lalui, suatu masa dahulu. Mereka yang berada di konsert itu saya kira mungkin lebih bagus, kerana saya yakin, mereka masih menutup aurat yang ada pada tubuh mereka. Saya dahulu, mungkin tidak.

Itu 5 tahun dahulu. Environment saya, semua pelajar perempuan. Guru lelaki hanya 5 orang, selebihnya didominasi oleh guru-guru perempuan. Adik-beradik saya, 5 perempuan dan seorang lelaki. Itu pun, yang lelaki itu adalah adik.

Satu ketika, semasa di kolej persediaan. Saya lupa ada event apa, tetapi saya hadir di dalam event itu. Persembahan, saya kira. Persembahan itu menarik hati saya, saya hampir mahu bersorak dan bertepuk tangan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah menjaga. Saya berjaya mengawal. Mengawal diri yang sudah terbiasa dengan keadaan bersorak itu. Bukan sekali, malah berkali-kali juga. Alhamdulillah, Allah hadirkan perasaan malu kepada saya.

Satu hari semasa di kolej persediaan, saya terfikir, “Buat apa nak malu? Bukan ke kau dah biasa buat macam tu? Dah 5 tahun kot, kau buat macam tu? Sekarang nak malu pulak? Bukannya apa pun, sorak kemudian tepuk tangan. Tak payah nak hipokrit!”

Kemudian, saya kembali berfikir, “Aku hipokrit ke? Tak. Cuma aku malu. Dan, rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Tambah2, ada budak lelaki.”

Ketika itu saya beramal tanpa ilmu yang digariskan Islam. Saya cuma tidak mahu lakukannya kerana saya malu, dan saya rasa tak perlu untuk bertindak demikian, dalam keadaan yang ada lelaki.

Jadi, saya yakin itu adalah fitrah. Kerana, jika itu bukan fitrah, mana mungkin saya yang sudah 5 tahun hidup dalam keadaan begitu, BOLEH SECARA TIBA-TIBA rasa terdetik untuk tidak melakukannya. Sedangkan, dahulu, saya bukanlah bersorak yang biasa-biasa je. Kadang-kadang hampir habis suara untuk bersorak, bersemangat! Tetapi, apabila keluar dari kepompong yang dipenuhi dengan perempuan, saya berubah?

Saya yakin, malu itu fitrah. Fitrah yang menyebabkan akan terdetik di dalam hati kita untuk tidak melakukannya. Menjaga diri dan perlakuan apabila berada dalam persekitaran, adanya orang yang bukan mahram.

5 tahun sudah meninggalkan sekolah menengah. Namun, saya selalu teringat-ingat ayat yang dikeluarkan oleh warden. Bukan sekali, malah berkali-kali, hingga naik lali, dan sampai satu tahap, kami boleh hafal skrip warden-warden. Warden yang ini, skripnya begini. Warden yang itu, skripnya begitu.

“Kamu ni nak jadi apa? Nak jadi perempuan jalanan? Perempuan kaki lima?!” Warden menghamburkan ayat kepada semua pelajar, di dalam dewan makan, sebelum makan malam. Satu dewan makan terdiam. Senyap sunyi. Bukan sekali, malah berkali-kali.

“Girls, behave please!”

“Girls, you all jangan buat saya malu,”

“Jaga nama sekolah,”

Semuanya membuatkan saya sedar bahawa pentingnya untuk seorang perempuan menjaga diri dan maruahnya. Bukannya sesenang hati berperlakuan tidak elok, kerana akhirnya maruah diri juga akan tergadai.

Jaga nama keluarga. Jaga nama sekolah. Jaga nama sendiri. Yang paling penting, jaga nama agama!

Isu pertama, malu.
Isu kedua adalah, sejauh manusia meletakkan hiburan di tempat yg sepatutnya. Juga, sejauh mana ia benar-benar di hayati.

Dahulu, saya sangat anti satu lagu yang di nyanyikan oleh satu kumpulan nasyid ini. Sebabnya, saya kurang gemar liriknya. Tambahan pula jika lagu itu dinyanyikan oleh anak muda. Anak muda yang belum berkeluarga, menanyikan lagu memuji manusia, yang diistilahkan sebagai ‘suami’ atau ‘isteri’.

Saya tidak tahu lagu Maher Zain yang mana yang telah menyebabkan muslimah2 ini terjerit-jerit, tetapi, pada saya, kebanyakan lagu Maher Zain, tidak sesuai langsung untuk dijerit-jeritkan.

Orang lain, saya tak tahu bagaimana. Tetapi, saya sendiri, sebagai yang pernah mendengar dan melihat lirik lagu-lagu Maher Zain, jujurnya, saya terasa insaf. Lagu ‘Open Your Eyes’, ‘Thank You Allah’, adalah antara lagu yang pernah membuatkan saya menangis. Liriknya yang benar-benar menyentuh dan ‘terkena’ pada diri.

Dengar dengan ‘telinga hati’, insyaAllah akan menyentuh hati.
Dengar dengan ‘telinga nafsu’ semata, akan menghasilkan reaksi diri sama ada dalam keadaan luar kawal, atau pun terkawal.

Mengapa mereka begitu excited? Excited sebab penyanyi nya kah? Atau pun excited sebab apa?

Mungkin ada yang kata, “Elehh, biasa lah tu. Jumpa penyanyi pujaan, memanglah excited.”

Oh, kalau begitu, saya sangat bersyukur, kerana sehingga sekarang, saya tiada penyanyi, pelakon ataupun model pujaan. Hakikatnya saya tidak memuja manusia!

Tak salah nak berhibur, asalkan tahu batasnya.
Adab dan perlakuan, semuanya ada had.
Bukannya main redah, semua benda pun nak buat.

Back to basic…. Kenapa ke konsert?

Kita akan dapat apa yang kita niatkan (insyaAllah!), tetapi, apa yg kita niatkan itu berbaloikah untuk diletakkan ke dalam buku amalan yang akhirnya akan di nilai di akhirat kelak?

p/s: untuk sesuatu perkara yg kita dah biasa buat, saya tahu, akan susah untuk kita tinggalkan. Tapi, saya sangat yakin, kita akan MAMPU tinggalkannya, jika perkara itu tidak bermanfaat.

Awal tahun ini, saya ke SESERI untuk program bersama adik-adik. Melihat adik-adik bersorak dan cheer sekolah, sungguh, saya rindu untuk turut serta. Mulanya saya segan, sebab dah lama sangat tak cheer sekolah, sekali dengan gaya nya. Tidak dinafikan, di saat adik-adik membuat cheer sekolah, saya jadi sangat bersemangat! Hari terakhir program, saya turut juga dalam cheer sekolah bersama adik-adik.🙂 Sebab saya fikir, ketika itu environmentnya mengizinkan. Tiada orang bukan mahram. Hanya sesama kami, “…kamilah puteri harapan bangsa, pewaris serikandi negara!…” (Lagu SESERI)

Allahu akbar! Rindu~🙂

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

4 Responses to “Kenapa Jerit-Jerit Di Konsert?”

  1. areda October 12, 2010 at 1:15 am #

    wahh..rindu la plak kt skolah kan bila baca ni..nway,mmg tak sesuai nk bersorak terjerit2 kan tambah pergi tgok konsert maher zain plak kn..\
    thanks kerana mengingatkan..

  2. miminapis October 12, 2010 at 1:20 am #

    hakikatnya, konsert mana-mana pun tak perlu lah untuk terjerit-jerit. kalau rasa tak mampu nk kawal diri, tak payah datang konsert. habis cerita~

    kalau betul2 nak mendalami atau ambil pengajaran daripada sesebuah lagu, cukup sekadar tengok liriknya, kemudian berfikir. (oh, ini hanya pada diri sendiri. orang lain, tak tahulah macam mana.)

    hadir ke konsert mungkin lah sekadar penyedap hati. mahu lihat penyanyi itu menyanyi secara live.🙂

    wallahu’alam.

  3. Kak Ita October 12, 2010 at 2:27 pm #

    Salam Mimi,

    akak pun tak suka dengan nasyid yang memuji2 wanita…pelik sangat rasanya untuk didengar nasyid seperti itu. Nasyid ni sepatutnya kita cari dan fahami intipatinya, bukan kita meletakkan rasa suka dan minat kita kepada yang menyanyikan nasyid tersebut di depan…itu ikut nafsu namanya. Nabi saw dah ingatkan kita ” Malu itu sebahagian dari iman”…bila ada iman, malu juga akan hadir dalam diri. Nabi saw juga dah ingatkan,”Kalau tak malu, buatlah apa saja”,…tapi ingat, akibatnya akan kita tanggung sendiri. Semoga kita akan sentiasa berhati2 dalam meniti kehidupan ini.

    Salam Perkenalan dari akak…akak suka anak muda seperti mimi yang cintakan Islam. Semoga terus teguh dengan Islam.

  4. sakiinah October 28, 2010 at 7:27 am #

    konsert maher zain tempoh hari untuk tujuan amal sempena palestin & raudhatus sakinah. saya sendiri pergi ke konsert itu tapi rasanya malam tu agak behave & terkawal. tapi memang betul, tak perlu terjerit-jerit cuma kadang kala maher zain akan bertanya pada audience utk dijawab bersama.

    tak semua yg datang atas niat nak menjerit-jerit, ada juga yg diam sambil memerhati, atas niat apa, terletak pada diri masing2, asalkan menjaga adab dan maruah, insyallah semuanya akan baik.

    tapi benar, nasyid yg dinyanyikan kumpulan itu, kurang digemari. cukuplah lagu jiwang cinta yg ada pun tak larat dgr. inkan jiwang nasyid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: