cerita seorang hamba 4.

27 Jun

dia hamba. dia terkesan dengan ayat perkongsian daripada seorang kakak.
katanya, “Abu Jahal marah pada Rasulullah SAW kerana tindakan Baginda SAW yang menyuruhnya meninggalkan sembahan nya.”

Amar makruf itu ramai yang boleh buat, nahi mungkar itu yang jarang-jarang, ataupun, tak ramai orang yang nak (baca: berani!) buat.

Sedangkan, amar makruf dan nahi mungkar itu perlu seiring.

Dia hamba dan suka berbincang dengan orang sekeliling apa yg dia fikirkan.

“Mas, mas rasa amar makruf dan nahi mungkar tu sama tak? Ramai je orang yang suka sampaikan benda-benda yang baik. Buat benda baik. Sedangkan non-Muslim pun buat benda-benda baik. Itu dah amar makruf lah kan? Tapi, berapa ramai orang yang berani utk nahi mungkar? Contoh, nampak je benda tak betul, terus tegur. Tapi dengan berhemah. Bagi kita, tak ramai. Tak ramai yang berani.”

Tak berani dengan alasan, nak jaga hati, takut dia terasa. Yup, itu penting. Supaya orang tak lari daripada kita. Tapi, sejauh mana kita BERUSAHA untuk nahi mungkar? Sedangkan amar makruf nahi mungkar itu perlu seiring.

Seorang rakan bercerita, katanya, kakak naqibah nya berkata, “..kalau dah buat amar makruf, maksudnya kita dah nahi mungkar..” tetapi, mungkin ada beberapa kekangan pada dirinya, rakan ini tidak membantah, tapi katanya, dia tak bersetuju dengan pernyataan tersebut.

Saya juga. Kerana amar makruf dan nahi mungkar itu adalah DUA BENDA YANG BERBEZA, dan perlu dilakukan SEIRING, dengan method yang sesuai.

Ada satu diskusi yang saya sertai. Kata seorang ini, “berapa ramai yang masuk usrah tapi masih lagi ber’couple’, masih lagi tidak menutup aurat dengan sempurna? berkesan ke usrah tu?” Itu persoalan daripada nya, yang akhirnya membawa kepada kesimpulan usrah yang dibawa oleh kumpulan itu tidak berkesan.

Oh, saya tak berani mengatakan itu, kerana bukan hak saya untuk mempersoalkan itu.

Cuma yang saya terfikir2, apa peningkatan yang boleh dibuat oleh kumpulan tersebut dalam menumbuhkan lagi perasaan cintakan islam, cinta pada amar makruf dan nahi mungkar kepada individu2 yang ada?

InsyaAllah, saya yakin banyak cara yang boleh dibuat. tapi, satu yang saya yakin yg perlu dibuat oleh para naqibah, mahupun mereka yang benar2 mahu membawa islam, adalah cuba untuk nahi mungkar, dengan pendekatan, cuba mendekati secara personal. tegur apa yang pincangnya perbuatan itu dengan islam.

Di dalam usrah, ya, ilmu2 secara general boleh disampaikan kepada anak2 buah. tapi, adalah menjadi peranan bagi naqibah untuk terus membuat follow up setelah usai usrah. jangan dibiarkan jika ada salah nya.
bagi konteks pelajar luar negara, kita bukan sahaja mereka2 yang mempunyai fikrah (pemahaman) islam apabila di luar negara, tetapi juga apabila sudah pulang ke malaysia kelak.

golongan yang terus mahu kepada islam, walau kelak mereka tidak sempat untuk menyertai usrah semasa di malaysia nnti. mungkin atas kekangan kerja dan lain-lain.

dia yang bernama hamba itu tinggal dalam komuniti. dia memerhati orang-orang sekelilingnya.

dia perasan bahawa, “ramai orang yang mahu kepada kebaikan, juga, mampu untuk melakukan kebaikan, tetapi dalam masa yang sama susah untuk tinggalkan perkara2 mungkar. ramai yang gemar beri peringatan menggunakan ayat-ayat Al-Quran, (Alhamdulillah! kerana ramai yang berusaha untuk melaksanakan sunnah Rasulullah SAW yang terbesar ini, iaitu dakwah) dalam masa yang sama, orang yang sama turut kekal dalam jahiliyah nya.”

Hanya satu, untuk mendalami islam dengan sebenarnya, berusahalah untuk menjauhi dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah-Nya. berkomunikasi antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tanpa sebarang urusan penting. bergurau senda. macam-macam lagi. kerana hakikatnya, untuk mendekati Allah SWT, bermakna kita sebenar-benarnya MAHU mengamalkan islam.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” Al-Baqarah, ayat 208.

Teringat satu peristiwa ketika cuti musim panas yang lepas. Peristiwa ini berlaku di sebuah stesen minyak.
Seorang kakak bertudung labuh mendatangi seorang saudara seakidah nya yang tidak bertudung. Lalu ditegurnya dengan berhikmah, “akak bila nak pakai tudung?” dengan senyuman. Dengan bantuan Allah SWT, mungkin kerana keikhlasannya menegur hanya kerana Allah SWT, saudara seakidahnya itu menjawab, “oo.. insyaAllah, nanti.” tanpa melenting sedikit pun.

MasyaAllah! Itu nahi mungkar namanya.
Betapa Allah SWT membantu hambaNya yang berusaha untuk membantu agamaNya. Allahuakbar!

p/s: mungkin ada yang tertanya2, “mana tahu orang tu tak melenting? tak terasa? ntah2 dlm hati dia, dia tak suka?”…. hanya Allah SWT, dan hamba2Nya yang berada di tempat kejadian sahaja yang mengetahui situasi ketika itu. tak perlu utk diceritakan dengan terlalu detail disini.

Usah takut bernahi mungkar, selagi niat kita diluruskan hanya kerana Allah SWT!

Bermujadahlah!

Abu Jahal menentang Rasulullah SAW kerana dia disuruh untuk meninggalkan perbuatan jahiliyyah nya oleh Rasulullah SAW, iaitu menyembah berhala, sekaligus menyembah Allah SWT.

Nahi mungkar itu yang susah untuk dilakukan pada diri sendiri, mahupun pada orang sekeliling.
Amar makruf itu tidak sesusah nahi mungkar.
Tapi, ingat, kedua2 nya perlu seiring.

Kata orang, lagu dan irama, ombak dan pantai tak boleh dipisahkan,
begitu jugalah, amar makruf dan nahi mungkar.

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

4 Responses to “cerita seorang hamba 4.”

  1. hana June 27, 2010 at 11:42 pm #

    “..kalau dah buat amar makruf, maksudnya kita dah nahi mungkar..” Rasanya mimi terlepas pandang. bukanlah maksudnya kita sudah menyuruh amar makruf, maka tak perlu nahi mungkar. maksudnya adalah, perbuatan itu boleh dilakukan seiring.
    “akak bila nak pakai tudung?”
    Kakak itu telah mengajak kawannya supaya memakai tudung. ini adalah amar makruf. kalau nahi mungkar, mungkin ayatnya begini, “tak bertudung itu berdosa. jangan buka aurat.” Jadi maksudnya, kita telah buat amar makruf dan nahi mungkar pada masa yang sama. contoh lain bila kita mengajak kawan solat bersama ketika dia sedang main game, kita telah mengajak dia melakukan kebaikan di samping meninggalkan perbuatan lagha. at the same time. my opinion. wallahu’alam. but yes, nahi mungkar itu perlu. kerana dia akan lebih memahami bahawa kenapa perbuatan tu tidak dibolehkan. dia akan lebih faham. cuma mahu membetulkan persepsi tadi, mungkin itu apa yang dimaksudnya dengan ayat yang hana sebut 1st tadi.🙂

    • miminapis June 27, 2010 at 11:55 pm #

      tentang yang kakak ditegur bertudung tu, ada lagi ayat yang detail, dimana kakak itu menegur saudara seakidahnya itu untuk bertudung disamping beberapa ayat lagi yang mengatakan bahawa bertudung itu hukumnya wajib dalam islam.
      sekaligus menunjukkan nahi mungkar telah dilakukan.
      tapi, kita tak cerita dalam tulisan ini.🙂
      macam kita katakan, kita tak cerita dgn detail.

      maaf.

      tntg yg 1st tu, kita tak nampak langsung ayat yg mengatakan bahawa ianya seiring.

      sebab dinyatakan,
      “..kalau dah buat amar makruf, maksudnya kita dah nahi mungkar..”

      maaf, kalau dengan kekhilafan kita, kita tak nampak maksud yang tersurat yg cuba disampaikan.

      dan, melalui perbincangan kita secara random dgn beberapa orang yg kita pilih, masih ada yang mengatakan bahawa ‘amar makruf dan nahi mungkar itu sama.’

      itu yg ingin diperbetulkan sebenarnya.🙂

      btw, thanks hana utk perkongsian.

      wallahu’alam.

  2. Linda Amin October 10, 2010 at 12:41 pm #

    terima kasih atas perkongsian..

  3. penuntutIlmu December 8, 2010 at 12:45 pm #

    perkongsian yang sangat menarik..di sini ada beberapa link yang juga menarik dalam membincangkan perkara ni

    http://keretamayat.blogspot.com/2006/04/bagaimana-mencegah-mungkar_17.html

    http://keretamayat.blogspot.com/2009/08/tak-cegah-mungkar-itu-sesat.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: