cerita seorang hamba 3.

8 Jun

“Usah memperlekehkan usaha orang lain.”🙂

hakikatnya, semua perbuatan manusia bergantung kepada Allah SWT. Allah SWT yang akan menilainya. mungkin sumbangannya kecil, dan impaknya sedikit, namun masih ada yang menilai.

tapi, sudah tentu manusia ini mahukan sesuatu yang di matanya, impak itu besar.

demonstrasi bukan satu2 nya jalan menunjukkan bangkangan. tetapi, itu adalah salah satu cara. sedangkan banyak lagi cara boleh dilakukan.

saya cuma teringat, satu perjanjian yang telah ditandatangani dengan pihak penaja, MARA, sebelum terbang ke new zealand. malah, diingat kan semula oleh pihak penaja baru2 ini.

Sebagai penaja, perlu saya ingatkan Kontrak Perjanjian Skim Pelajar Cemerlang dibawah perkara 4 , 5 dan 6 yang telah semua tandatangani:

Antara petikan perkara 5.1 Pelajar tidak boleh pada bila-bila masa dalam masa berjalan kuatkuasa perjanjian ini,…. mengambil apa juga bahagian dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan di mana-mana tempat oleh apa-apa pertubuhan, badan atau kumpulan orang, iaitu penghasutan atau tunjuk perasaan yang pada pendapat Majlis MARA adalah memudaratkan kepentingan Malaysia atau sesuatu institusi pendidikan;

Perkara 6. Jika pelajar melakukan pelanggaran terhadap mana-mana hal dalam Fasal 4 dan 5 Perjanjian ini, Majlis MARA boleh menuntut budibicara mutlaknya :

61. menamatkan Perjanjian ini dan dengan itu, tanpa menyentuh hak-hak Majlis dibawah perjanjian ini., pelajar tidaklah lagi mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah Perjanjian ini.

6.2 penamatan perjanjian ini menurut fasl 6.1 Fasal ini adalah akhir dan muktamad.

saya teringat bahawa saya telah menandatangani perjanjian. jika saya langgar, saya mungkir janji. mungkir janji itu bukan kah salah satu ciri-ciri orang munafik? itu yang bermain di fikiran saya.

mereka (pihak penaja) mungkin tidak tahu, tapi Allah SWT tahu. Dia menilai dan melihat. kadang2 kita akan buat perkara dengan menyatakan dalam hati, “takpelah, aku buat begitu begini, untuk agama Allah SWT. untuk keadilan.” tapi, bukan ke ada perkara2 lain yang perlu diambil berat juga?

saya yakin, JIKA SAYA BENAR2 MAHU MEMBANTU, MEMANG AKAN ADA CARA/JALAN LAIN YANG BOLEH SAYA LAKUKAN, SELAIN MELANGGAR JANJI. hakikatnya, Allah ada. Allah juga lah yang membantu saya dalam mencari penyelesaian untuk membantu. Alhamdulillah, Allah sayang!🙂

ciri-ciri ini bukan hanya termaktub di dalam perkara2 yang berkaitan dengan agama semata2, malah dalam hidup kita sehari-hari. jika kita mungkir janji dengan non-muslim pun, sebenarnya kita tetap telah mungkir janji. jika tidak mampu untuk kota kan janji, usah berjanji, kelak akan menzalimi diri.

semua orang marah. semua orang geram. secara jujurnya, saya sendiri sudah lali, mendengar cacian dan makian terhadap israel laknatullah. kerana, saya sendiri pun begitu. setiap kali ada serangan, kita akan tersedar kembali. macam tu lah kita, (oh, maaf, mungkin bukan ‘kita’, tetapi ‘saya’.)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

mana usaha dan ikhtiar kita yang berterusan dalam membantu palestine? saya sendiri mencari-cari usaha berterusan yang saya dah buat.

demonstrasi hanya dibuat ketika ada serangan, jika tiada serangan, senyap lah.
(Alhamdulillah! Saya nampak ikhtiar yang dibuat disitu.) mungkin kalau mahu ditulis tentang demonstrasi ini, banyak soalan yang saya terfikir2 dan pernah pun saya bincang bersama rakan-rakan yang rapat.

tapi, apa yang saya pegang, kita tak perlu memandang rendah usaha orang lain, kerana mereka punya ikhtiar. dan, hanya Allah SWT yang mampu menilainya. kita hamba-Nya, tidak perlu susah2 memikirkan kerja2 Allah SWT.🙂

saya mencari usaha berterusan yang boleh kita sama2 lakukan, sekaligus dengan cara ini kita mampu meningkatkan hubungan kita dengan Allah (habluminAllah), insyaAllah.

jom! kita berusaha untuk menyelamatkan bumi Palestine daripada terus dijajah oleh Israel laknatullah, dengan:-

* sentiasa, selalu, hari-hari MENDOAKAN mereka.
ingat! ingat! ingat! dan faham lah, bahawa DOA ITU SENJATA ORANG MUKMIN. dan, saya amat2 pasti bahawa BERDOA adalah apa yang kita mampu dan boleh! untuk lakukannya hari-hari, mahupun setiap saat!
(saya seorang yang yakin dengan perbuatan ‘DOA kepada Allah’. hanya kepada Allah, Allah dan Allah!)
* cari masa2 dimana DOA kita akan didengar oleh Allah SWT.
bangunlah di tengah malam, berqiamullail disamping menDOAkan mereka. setiap kali selesai membaca Al-Quran, DOAkanlah mereka.
* daripada mengupdate status Facebook dengan status2 yang tidak menambahkan amal, updatelah dengan status2 yang dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang isu Palestine.
* berusaha untuk mengubah diri, menjadi Muslim yang sebenar2 Muslim. yang terjaga adabnya, yang terjaga masa lapangnya, yang terjaga cara pemakaiannya dan lain2. Palestine hanya akan dibebaskan oleh orang-orang Islam yang kuat pegangannya terhadap islam. orang2 yang benar2 yakin janji Allah SWT pada setiap masa! bukan hanya pada waktu2 tertentu, seperti ketika demonstrasi sahaja.

saya suka sekali untuk menekankan point yang terakhir. point yang bagi saya amat dan perlu untuk dititikberatkan. ingatlah bahawa PALESTINE TIDAK AKAN BEBAS SELAGI UMAT ISLAM TIDAK BERUSAHA UNTUK MENGIKUT SYARIAT ISLAM DENGAN SEBENAR-BENAR NYA. KEBATILAN YANG DIBUAT OLEH ISRAEL HANYA AKAN BERJAYA DI HANCURKAN OLEH MUSLIM YANG SEBENAR-BENAR MUSLIM!

AYUH LAH PERBAIKI DIRI!

Semakin ramai umat islam yang tersasar dari landasan islam, semakin lambat lah proses untuk kita memperoleh Palestine semula. Kerana Palestine itu tanah suci, tanah kelahiran para anbiya’, hanya Muslim yang suci (baca: mengikut syariat secara keseluruhan) yang mampu membebaskannya.

pendek kata, untuk mendapatkan amal yang muntij, tidak dhaif, perlulah untuk kita melakukan sesuatu dengan niat yang ikhlas untuk membantu agama Allah, juga, ISTIQAMAH bukan bermusim!

sedangkan antara mereka2 yang mengaku pembawa agama Allah SWT (baca: dai’e) juga ada kalanya tersasar. niatnya satu, iaitu untuk agama Allah, tapi, kadang2 wujud rasa sombong, ego dan iri hati terhadap sahabat2 yang turut membawa agama Allah.

tidak boleh melihat sahabat ini lebih daripada diri sendiri, macam2 strategi dilakukan untuk konon menjadi kumpulan pembawa agama yang hebat. yup! itu tak salah, malah, memang Islam memerlukan orang2 yang hebat.

tapi, untuk hal mereka yang sama2 mengaku pembawa agama Allah, bersatu lah!
tidak guna mengamalkan win-lose situation sesama muslim.🙂
marilah, mengamalkanwin-winsituation… supaya umat islam itu kuat! saya ulang, UMAT ISLAM itu yang kuat, bukan kumpulan atau diri sendiri.

(teringin untuk belajar sirah perjuangan Rasulullah SAW dan sahabat. bagaimana mereka berusaha untuk menghadapi musuh, selain daripada berdoa dan menjaga hubungan dengan Allah? apa yang mereka lakukan dalam menghadapi musuh islam dan kezaliman yang sangat dahsyat?)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

-tulisan ini hanya sesuai untuk mereka yang dalam keadaan seperti saya. yang sudah berjanji, dan sudah menandatangani perjanjian. pendirian ini AKAN berubah mengikut keadaan. mungkin, apabila tempoh perjanjian tamat, saya akan turut berdemo. mungkin.. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, dan Dia jugalah yang memegang hati ini.

ya muqallibal qulub tsabbit qulubana, ‘ala dinika ya Allah. ameeen.
seeru ala barakatillah!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

One Response to “cerita seorang hamba 3.”

  1. hudhud October 10, 2010 at 8:38 pm #

    trime kasih atas perkongsian..seperti kena pada msanyer..sdang mengalami sedikit konflik dgn penaja..doakn semuenyer selesai dgn baik=)

    salam ukhwah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: