perkongsian untuk sahabat, tentang sahabat

5 Jun

Dia hamba-Nya.
Alhamdulillah, dia belajar tentang sejarah. Sejarah para sahabat Rasulullah SAW yg seharusnya menjadi iktibar kepada ummat terkini.

Seorang kakak yg sudi berkongsi ilmu, sangat dihargai perkongsian ilmu itu.
Allahu Allah! Terima kasih untuk nikmat ilmu itu. Di saat orang sekeliling bersifat endah tak endah, sebenarnya Engkau memandang hamba-Mu yg seorang ini.
hamba itu bersyukur! Alhamdulillah, atas kasih sayang-Nya.

Dia hamba-Nya. status hamba itu sepatutnya membuatkan si hamba lebih sedar tntang kelemahan diri.
Status hamba yang sepatutnya menyebabkan si hamba ini lebih mahu memberi kepada hamba-hamba yang lain.

Nah, sahabat. Si hamba itu mahu kongsikan dengan mu apa yg telah dia pelajari.
Maaf juga atas entry yg lewat ini.

——————————————————————————————–
Kenali 2 orang Abdulllah yang pernah melakar sejarah dalam sejarah Islam.
Abdullah Ummu Makhtum dan Abdullah Ibnu Mas’ud.

Abdullah Ummu Makhtum, seorang buta yang disebut ceritanya oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. (masyaAllah! pasti hebat orang nya ini) di sebut Allah didalam surah ke 80, iaitu surah Abasa, juga di dalam surah An-Nisa’ ayat ke 95.

Secara umumnya, di dalam surah Abasa, Rasulullah SAW ditegur oleh Allah SWT kerana memalingkan muka baginda tatkala Abdullah datang kepada baginda, untuk meminta Rasulullah SAW mengajarkan kepada beliau apa yang telah diajarkan oleh Allah kepada baginda.

Melalui surah ini dapat dilihat bahawa Allah (baca: dan islam) mengangkat darjat orang kurang upaya (OKU). jika Allah SWT sendiri mengangkat darjat OKU, mana mungkin kita hamba-Nya yang serba kekurangan ini memandang rendah kepada golongan OKU.

Allah SWT menegur Rasulullah SAW secara terus, langsung membibitkan rasa insaf ke dalam hati baginda SAW. Sejak daripada itu, baginda SAW tidak lagi menyisihkan Abdullah.

Abdullah juga adalah antara orang yang terawal memeluk islam dan walaupun sifatnya buta, namun semangat beliau untuk memberi dan menyumbang kepada islam, sangat tinggi.

Beliau berkeinginan untuk keluar berjihad dan menyatakan hasratnya kepada Rasulullah SAW. Beliau menyertai perang2 islam yang lain selepas perang Badar.

Sekali lagi Allah SWT menyebutkan kisah beliau di dalam Al-Quran, surah An-Nisa’, ayat ke 95.

“Tidaklah sama antara orang beriman yg duduk (yg tidak turut berperang) tanpa mempunyai uzur (halangan) dgn orang yg berjihad di jalan Allah dgn harta dan jiwanya. Allah melebihkn darjat orang-orang yg berjihad dgn harta dan jiwanya atas orang-orang yg duduk (tidak ikut berperang tanpa halangan). kepada masing2, Allah mnjanjikan (pahala) yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang2 yg berjihad atas orang yang duduk dgn pahala yg besar,” (4:95)

untuk bacaan lanjut mengenai kisah ayat ini, boleh rujuk di sini.

Abdullah, si buta yang berusaha untuk menghafal dan belajar Al-Quran. si buta yang menjadi petunjuk bagi si celik (baca: kita semua) supaya tidak memandang rendah kepada golongan OKU. si buta yang sentiasa berkobar-kobar untuk membantu islam, walaupun fizikalnya menghalang nya untuk keluar berperang.

Beliau juga telah dipilih oleh Rasulullah SAW untuk menjadi muazzin dengan Bilal bin Rabah. Apabila Bilal melaungkan azan, Abdullah akan iqamah. Dan begitulah sebaliknya. Pada bulan Ramadhan, salah seorang daripada mereka akan melaungkan azan untuk mengejutkan orang bangun sahur dan yang seorang lagi akan melaungkan azan untuk solat Subuh, juga menandakan bermula puasa untuk hari tersebut. Bilal lah yang akan melaungkan azan untuk mengejutkan orang utk bersahur, dan Abdullah akan melaungkan azan untuk menandakan bermulanya subuh.

Abdullah Ummu Makhtum, si buta yang dicelikkan Allah hatinya dengan sinaran dan petunjuk islam!
Allahu Allah!

juga, si buta yang syahid di medan perang dengan di tangannya memegang panji islam.

Refleksi diri : diri ini berkemampuan. mampu untuk keluar berdakwah (baca: menyebarkan islam), tapi tidak di manfaatkan. kesibukan dunia sentiasa dijadikan alasan. ceteknya ilmu tentang islam, bukan keuzuran. kerana hakikatnya, Abdullah Ummu Makhtum, pergi kepada Rasulullah untuk meminta supaya diajarkan ilmu, walaupun ketika itu Rasulullah SAW sedang berusaha untuk menarik para pembesar Quraisy untuk memeluk islam.

Maka, sebenarnya tiada alasan untuk kita, cuma tanya diri “MAHU ATAU TIDAK?”
jika “mahu”, sila lah mencari jalan dan jangan lupa berdoa kepada Allah supaya ditunjukkan jalan.
jika “tidak mahu”, reka lah seribu satu alasan! yang akhirnya kelak akan di tanya oleh Allah SWT.

sumber rujukan lain: sini
—————————————————————————————————-

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Abdullah yang kedua ialah Abdullah Ibnu Mas’ud.

beliau digelar sebagai Bayang2 Rasulullah SAW.

pada awalnya, beliau tidak pernah pun mengenali Rasulullah SAW secara personal.

sebelum memeluk islam, beliau mengembala kambing. suatu hari, ketika beliau sedang mengembala kambing, datang 2 orang lelaki dalam keadaan yg haus dan sangat letih, lalu meminta untuk diberikan sedikit susu daripada kambing jagaan nya.

dengan sifat yang penuh tanggungjawab dan amanah, beliau menolak permintaan daripada 2 orang lelaki itu dengan alasan kambing jagaan nya itu adalah milik tuan nya dan dia tidak berhak untuk memberikannya kepada sesiapa.

2 orang lelaki tadi berlalu dengan redha. 2 orang lelaki itu ialah Rasulullah SAW dan Abu Bakar, yang sedang lari daripada dikejar daripada orang-orang Quraisy.

selepas peristiwa itu, Abdullah berasa tertarik dengan 2 orang lelaki tersebut yang tidak pun menentang, mahupun memujuk supaya diberikan susu kambing itu. Akhirnya beliau mendapat tahu bahawa 2 orang lelaki itu adalah Rasulullah SAW dan Abu Bakar. Beliau memeluk islam dan mahu bekerja dengan Rasulullah SAW.

Beliau sentiasa bersama Rasulullah SAW sehingga kan perlakuannya adalah mirip kepada perlakuan Rasulullah SAW, disebabkan itu lah beliau digelar ‘Bayang-bayang Rasulullah’.

Abdullah Ibnu Mas’ud, bersekolah di ‘sekolah Rasulullah’ dan adalah orang yang paling bagus dan faham tentang Al-Quran.

Refleksi diri: teirngat pada hadis penjual minyak wangi dan tukang besi. jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, maka akan dapatlah kepada kita harumnya. begitu juga dengan tukang besi. maka, dengan siapa kita berkawan akan mempengaruhi keadaan diri kita.

teringat juga pada lagu ‘Tombo Ati’, yg mmbawa maksud ‘ubat hati’. Salah satu cara mengubati hati daripada mati adalah ‘bergaul lah dengan orang-orang soleh’. bergaul dengan orang-orang soleh tidak bermakna kita perlu terus mengabaikan orang-orang yang dianggap kurang soleh.

dengan orang yang soleh, kita seperti orang yang berkawan dengan penjual minyak wangi. maka kita mendapat harumnya.
dengan orang yang dianggap kurang soleh, kita jadilah penjual minyak wangi kepadanya. mudah-mudahan, dengan hati kita yang ikhlas untuk memberi dan berkongsi, hanya kerana Allah SWT, orang yang mendampingi kita akan turut mendapat harumnya wangian yang kita jual.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Allahu Allah!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: