satu hari di pompeii.

12 Apr

“Cuti Easter ni pergi mana? Ada join trip ke mana-mana ke?” tanya seorang sahabat. “Oh tak. Duduk Welly (Wellington) je kot,” saya membalas. Cuti ini berbeza dengan cuti-cuti pada tahun lepas. Jika tahun lepas, setiap kali cuti, di dalam kepala mesti ada perancangan untuk ke luar Wellington. Tapi untuk cuti kali ini, saya menyedapkan hati dengan slogan, “Welly! Macam-macam ada”.

Kain rentang yang di letakkan di sepanjang jalan di Lambton Quay, menarik perhatian saya. “A Day In Pompeii” yang bertempat di Te Papa Museum. Kain rentang yang berlatar belakangkan warna hitam coklat dan beberapa gambar ‘orang’, benar-benar menarik perhatian saya. Semasa pertama kali membacanya, “..Pompeii.” Terdetik di dalam hati, “Macam pernah dengar perkataan tu.” Lantas saya mengimbau cuti musim sejuk pada tahun lepas. Ketika itu saya dan beberapa orang kakak senior ke Melbourne untuk jalinan musim dingin. Kak Akmar, seorang kakak yang banyak membantu kami sepanjang kami berada di Melbourne pernah bertanya, “ Awak nak pergi muzium? Sekarang ada pameran tentang Pompeii. Kalau untuk kita, orang Islam, Pompeii ni ada kaitan dengan kisah kaum Nabi Lut as. Kalau ada masa boleh akak bawak awak ke sana, insyaAllah.” Akibat kekangan masa yang ada, niat untuk ke pameran Pompeii di Melbourne, terpaksa di batalkan.

Tetapi, perancangan Allah itu Maha Hebat. Jika dikatakan oleh-Nya untuk tetap ‘menghantar’ hamba-Nya ke sebuah pameran, supaya kelak dapat di manfaatkannya, maka, akan terjadi lah. Alhamdulillah, cuti Easter ini saya dan seorang sahabat, Maskidah, berkesempatan untuk ke sana. InsyaAllah, pelaburan sebanyak 12 dollar itu akan saya manfaatkan dalam penulisan ini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sehari sebelum ke Te Papa Museum untuk pameran tersebut, saya telah membuat sedikit pembacaan tentang kaitan Pompeii dan Sodom (negeri kaum Nabi Lut as seperti yang di nyatakan dalam tafsir Al-Quran). Terdapat banyak video di youtube yang memaparkan tentang Pompeii ini. Pada malam itu, saya berusaha untuk mencari bahan bacaan di internet, langsung membuat pembacaan dan rujukan daripada tafsir Al-Quran.

Pompeii adalah sebuah tempat yang teletak di Itali, dan sehingga sebelum ia di jumpai, Pompeii merupakan sebuah bandar yang telah ‘terbenam’. Hal ini berlaku apabila letusan gunung berapi yang berasal dari sebuah gunung berapi aktif yang terdapat di situ. Gunung tersebut adalah Mount Vesuvius. Sehingga berlakunya letupan tersebut, tiada seorang pun daripada penduduk di situ yang tahu bahawa gunung tersebut adalah sebuah gunung berapi yang bakal meletup pada bila-bila masa! Dalam tempoh kurang daripada 24 jam, seluruh kawasan Pompeii telah musnah ditimbus oleh bahan-bahan yang telah diluahkan oleh Mount Vesuvius itu.

Semasa menunggu giliran sebelum menonton sebuah video ringkas yang memakan masa 30minit, kami melalui laluan yang memaparkan susur galur penceritaan bagaimana terjadinya bencana tersebut, yang bermula pada awal gegaran dapat dirasakan, iaitu bermula pada awal waktu pagi.

Subhanallah, Maha Suci Allah! Ketika itu saya benar-benar terkesan! Terkesan dengan pembacaan dan rujukan yang telah saya buat pada hari sebelumnya.

Didalam Al-Quran, surah Al-Hijr, ayat 65-66,

“Maka pergilah kamu pada akhir malam beserta keluargamu, dan ikutilah mereka dari belakang. Jangan ada di antara kamu yang menoleh ke belakang dan teruskanlah perjalanan ke tempat yang diperintahkan kepadamu. Dan telah Kami tetapkan kepadanya (Lut) keputusan itu, bahawa akhirnya mereka akan ditumpas habis pada waktu subuh.”

Juga, pada surah Hud, ayat 81,

“Mereka (para malaikat) berkata, “Wahai Lut! Sesungguhnya kami adalah para utusan Tuhanm, mereka tidak akan dapat mengganggu kamu, sebab itu pergilah bersama keluargamu pada akhir malam dan jangan ada seorang pun di antara kamu yang menoleh ke belakang, kecuali isterimu. Sesungguhnya dia (juga) akan ditimpa (seksaan) yang menimpa mereka. Sesungguhnya saat terjadinya seksaan bagi mereka itu pada waktu subuh. Bukankah subuh itu sudah dekat?”

Allahu Allah! Terlihat oleh kami kebenaran dan keselarian penceritaan yang di letakkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran dengan kajian yang dibuat oleh manusia.

Semasa dalam kawasan pameran, turut di letakkan body cast manusia dan seekor anjing yang dijumpai oleh arkeologis semasa ‘pembongkaran’ bandar Pompeii. Ketika itu hanya perkataan, “Allah” bermain di bibir dan hati saya. Ketika saat Allah menetapkan sesuatu kejadian, tiada siapa yang dapat lari mahupun mengubahnya. Terdapat body cast seorang lelaki yang dikatakan berada di penjara, berusaha untuk melepaskan diri. Juga, body cast manusia yang sedang duduk sambil menekup mulutnya, seperti dalam keadaan ketakutan. Body cast seekor anjing yang dalam keadaan ‘meronta’ juga turut diletakkan di dalam pameran tersebut.

Ketika melihat body cast ini, kami bertanya sesama sendiri, “Eh, macam simen je kan.” Maskidah bertanya kepada saya, “Bukan ke kalau kena lava gunung berapi, kita akan terbakar? Jadi, ada ke bentuk lagi?”. Macam-macam lagi persoalan yang bermain di fikiran kami ketika itu. Tambahan pula, ilmu kami sangat cetek tentang perkara-perkara seperti batu-batuan dan lain-lain. Kami bertemukan jawapan nya apabila meneruskan lagi perjalanan kami di pameran tersebut.

Berdasarkan pembacaan kami dalam pengembaraan di Pompeii, yang memakan masa hampir 1 jam setengah, apa yang menyebabkan manusia-manusia ketika itu terawet, adalah kerana keadaan mereka yang dilitupi oleh beberapa lapisan batuan yang dikeluarkan oleh Mount Vesuvius. Setiap lapisan dikenal pasti berdasarkan jangka hayat (life time) setiap batuan yang meliputi body cast yang dijumpai. Hal ini bermakna bahawa letupan Mount Vesuvius ini berlaku bukan hanya dengan sekali letupan, malahan lebih daripada itu.

Allahu Allah! Sekali lagi saya terkesan dengan pembacaan yang telah saya buat melalui tafsir Al-Quran dan tafsir Ibn Kathir di internet.

Di dalam surah Hud, ayat 82,

“Maka ketika keputusan Kami datang, Kami menjungkirbalikkan negeri kaum Lut, dan Kami hujani mereka bertubi-tubi dengan batu dari tanah yang terbakar,”

Juga, dalam surah Asy-Syu’ara’, ayat 173,

“Dan Kami hujani mereka (dengan hujan batu), maka betapa buruk hujan yang menimpa orang-orang yang telah diberi peringatan itu.”

Dinyatakan juga dalam surah Al-Hijr, ayat 74,

“Maka Kami jungkirbalikkan (negeri itu) dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang keras.”

Untuk mereka yang mahu berfikir, adakah anda merasakan segal ayang dinyatakan di dalam Al-Quran ini adalah kebetulan semata-mata? Tiada satu apa pun yang berlaku secara kebetulan, melainkan ianya memang tertulis dalam perancangan Allah SWT.

Jika selama ini, ketika membaca tafsir Al-Quran, saya hanya merasakan ianya sebagai hujan batu yang biasa. Hujan batu seperti hujan batu yang melanda Wellington, ketika musim sejuk. Hakikatnya, hujan batu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kaum Nabi Lut as ini adalah hujan batu yang luar biasa! Hujan batu yang batunya sangat panas!

Apa yang kami perasan daripada pameran tersebut, tidak dinyatakan keadaan sosial masyarakat Pompeii ketika itu. Hanya ada dinyatakan bahawa masyarakat ketika itu sangat kaya dengan harta benda. Keadaan masyarakat juga digambarkan sebagai masyarakat yang sudah maju.

Kehidupan sosial kaum Nabi Lut as seperti yang digambarkan oleh Al-Quran adalah, mereka melanggar sunnatullah yang telah di tetapkan. Mereka mengamalkan homoseks, langsung bertindak zalim kepada diri mereka sendiri dengan tidak meletakkan sesuatu dengan hak.

Hal in jelas dinyatakan dalam Al-Quran, dalam surah Hud, pada ayat 78 dan 79.

“Dan kaumnya segera datang kepadanya. Dan sejak dahulu mereka selalu melakukan perbuatan keji. Lut berkata, “Wahai kaumku! Ini lah puteri-puteri (negeri)ku mereka lebih suci bagimu, maka bertakwalah kepada Allah dan janganlah kami mencemarkan (nama)ku terhadap tamuku ini. Tidak adakah di antaramu orang yang pandai? Mereka menjawab,”Sesungguhnya engkau pasti tahu bahawa kami tidak mempunyai keinginan (syahwat) terhadap puteri-puterimu; dan engkau tentu mengetahui apa yang (sebenarnya) kami kehendaki.”

Kesombongan kaum Nabi Lut as akhirnya membawa musibah kepada diri mereka sendiri. Ingkar pada arahan Allah SWT, menentang sunnatullah, sedangkan segala kesenangan yang dimiliki mereka adalah kerana Pemurahnya Allah SWT.

Untuk cuti ini saya mungkin tidak dapat menambahkan koleksi gambar-gambar pemandangan di kawasan-kawasan New Zealand; sama ada di North Island, mahupun South Island. Namun, saya belajar sesuatu. Saya belajar sejarah dan apa yang berlaku pada kaum Nabi Lut as.

Alhamdulillah, tiada apa yang sia-sia, walaupun ada yang berkata, “Rugi lah duduk di oversea, tapi tak pergi berjalan-jalan.” Adakah sia-sia, apabila anda hanya melaburkan 12dollar, ditambahkan dengan sedikit pembacaan, kemudian anda kongsikan dengan rakan-rakan yang lain? Bagi saya, tidak! Tarbiyah yang anda terima perlu untuk disebarkan, perlu untuk dikongsikan, agar yang ‘terlalu selesa’ di ‘panas’kan dengan kisah-kisah sejarah yang pernah menimpa umat yang terdahulu.

Cuti musim panas yang lepas, banyak yang saya belajar daripada Kak Zaffan Khalid dan Kak Intan Nadia; mahupun secara direct mahupun indirect. Salah satunya adalah, “Awak kena berkongsi dengan orang lain. Awak kena belajar untuk memberi, kerana itu satu kepuasan. Macam yang ustaz Hasrizal selalu sebut, “Erti hidup pada memberi”.”

Tiada yang sia-sia. Manfaatkan masa anda.

Saya kongsikan juga video yang saya perolehi daripada youtube.
Vodpod videos no longer available.

Vodpod videos no longer available.

more about "Perished Nations: The End of Pompeii", posted with vodpod

Si hamba masih hidup. Alhamdulillah.
“Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana, ‘ala dinika ya Allah.”

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

7 Responses to “satu hari di pompeii.”

  1. team GIGI April 12, 2010 at 8:18 pm #

    salam..tenkiu dgn info nih..xpnah tau pn pompeii ni ada kaitan dgn kaum nabi Lut a.s. menarik2..nk g tgk gak nnt.. =)

  2. hana April 12, 2010 at 11:51 pm #

    mekasih la mimi. walaupun da gtau ari tu. tapi baca lagi. hehe..

    “erti hidup pada memberi”. lama dah dengar ayat Ustaz Hasrizal ni. tp baru terfikir blog juga satu wadah untuk memberi🙂

  3. Nadiah April 13, 2010 at 6:41 am #

    oh, menarik2…

  4. CAHAYA KELEMBUTANKU April 14, 2010 at 12:21 am #

    haa,kan bagus mcm ni..holidays g lawat muzium, cost pun murah..xper, nanti along da keje, kte g round melbourne plak ye~ hehe =p..btw, satu perkongsian yg mantap!

  5. sha April 14, 2010 at 10:51 pm #

    salam..terima kasih utk perkongsian ini..🙂
    hehe, teringat satu scene dalam citer laskar pelangi,lebih kurang begini juga, “hiduplah utk memberi dengan sebanyak2nya..”

    walau di mana kita berada, walau di overseas atau tanah air, selagi mana hati masih ingin memerhati diikuti dengan pemikiran ttg kejadian2 di sekliling kita, dengan cara ini pun masih boleh dapat pengajaran… insya-Allah😀

  6. su_zul April 25, 2010 at 9:51 pm #

    salam ziarah:)

    kawan kak yanti:P

    perkongsian best! mabruk:)

  7. trendymuslimah May 5, 2010 at 2:13 pm #

    salam ziarah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: