Cerita seorang hamba.

28 Mar

Assalamualaikum wbt,

Cerita ini tentang seorang hamba. Dia hamba yang sentiasa berusaha mencari redha Tuannya. Tidak pernah oleh dia melihat Tuannya itu, tetapi, dia yakin Tuannya itu ada. Buktinya, Tuan nya memberikan segala-galanya kepada dia, kadang-kadang tanpa dia minta. Tetapi kerana sifat Maha Mengetahui, Maha Mengasihi, Tuannya tetap memberi. Alhamdulillah, kata si hamba, “masih ada yang sayang!”

Dia hamba. Semasa kecil, si hamba ini hidupnya biasa2. Senang dalam pemberian keluarga, yang hakikatnya, semuanya Tuan yang beri. Si hamba ini ada seorang kakak. Suatu hari, pulang dari sekolah rendah, si kakak mengajak, “jom kita ikut ayah sembahyang nak?” Persetujuan di minta daripada ayah.

Ketika itu, satu kumpulan nasyid sedang mengingkat naik. Hamba ini suka mendengar lagu2 yang di dendangkan.
Satu lirik yang benar-benar menangkap hati hamba, ketika dia bergelar anak kecil adalah, “..Iman tak dapat diwarisi, Oleh seorang ayah yang bertakwa..”

Ketika itu hamba ini anak kecil. Banyak main, barang kali. Ke sekolah pun kadang2 perlu dipaksa. Solat pun perlu dikerah oleh ibu bapa. Satu hari, hati si anak kecil hamba ini terdetik, “Ayah rajin bersolat. Pagi2 lagi, suara ayah dah kedengaran membaca Al-Quran. Kalau pergi jalan2 pun, ayah tak pernah tinggal solat. Rajin puasa sunat. Tetapi aku?”..Langsung, lirik lagu “..Iman tak dapat diwarisi, Oleh seorang ayah yang bertakwa..” berlegar2 di fikirannya.

Hari-hari zaman sekolah rendah si hamba di lalui nya seperti biasa. Suatu hari dia terbaca di dada akhbar. Menyebut tentang seorang anak muda Malaysia yang berjaya memasuki salah satu universiti terkemuka dunia ketika itu. Di kaca televisyen turut memapar perkara yang sama. Di sekolah, guru-guru memperkatakan perkara yang sama. Dia memasang niat, “Aku nak belajar di luar negara!” Si hamba belajar, belajar dan terus belajar di sekolah.

Si hamba ada emak. Suatu hari emak si hamba bercerita tentang sekolah2 hebat di tanah air. Si hamba terus di’motivasi’kan untuk terus berjaya dalam hidup. Emak nya kerap menyebut ‘sekolah sains’,’sekolah kolam ayer’,’kolej tunku kurshiah’. Hati kecil si hamba terdetik, “Oh, aku kena masuk sekolah2 ni. Harapan mak dengan ayah ni!”

Hari-hari si hamba terus dilalui dengan motivasi2 secara indirect yang diterima daripada ayah dan emak nya.

Hingga kini, dengan izin Tuan si hamba, dia sering mengimbau kenangan2 lama semasa hidup nya dahulu. Bagaimana bermulanya si hamba kepada si hamba yang sekarang. Si hamba merasakan dahulu, setelah beberapa perkara di laluinya, dia sering patah semangat. Si hamba ketika itu lupa (ataupun sebenarnya tak tahu bahawa Tuan nya sentiasa ada!).

Suatu hari ketika pulang ke kampung. Si hamba gemar duduk di tengah-tengah seat kereta. Diantara emak dan ayah, kerana dari situ, pemandangan di hadapan kereta dapat dilihat dengan jelas. Si hamba terpandang 1 papan tanda. Hingga kini apabila melihat papan tanda itu, si hamba akan teringat diri nya yang dahulu. Terdetik dalam diri, “Alhamdulillah, Allah masih mahu aku berada dalam islam. Allah masih mahu memberi aku hidayah. Allah memberi hidayah pada hamba-hamba-Nya yang meminta! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah!”

Tentang papan tanda. Papan tanda itu ada 2 gambar. Gambar kanak-kanak lelaki dan perempuan, yang memakai pakaian konvokesyen. Konvokesyen kanak-kanak tadika. Ditengah-tengah nya tertulis nama tadika itu. Nama nya adalah nama sebuah gereja. Si hamba yang ketika itu masih kecil, pernah bertanya, “Tu papan tanda apa? Papan tanda sekolah tu ke?”. Si emak menjawab, “A’ah. Sekolah tu pun tempat diorang sembah Tuhan diorang.” Di tanya nya lagi, “Mana Tuhan diorang?”. Si emak menjawab, “Tu.” Dalam keadaan kereta yang di pandu laju oleh ayah, si hamba tidak sempat melihat ‘tu’ yang dimaksudkan oleh emak nya.

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung, si hamba keliru sendiri. Di sekolah, dia belajar, Allah Tuhan kita. Allah tak boleh di lihat dengan mata kasar. Tetapi, kenapa Tuhan mereka boleh dilihat? Lain ke Tuhan mereka dan Tuhan si hamba? Soalan itu ditinggalkannya tanpa berjawab.

Bermula dari saat itu, apabila melalui papan tanda tersebut, pada setiap kali pulang ke kampung, si hamba akan berkata dalam hati, “Tu Tuhan diorang.” ‘Bersih’ sungguh hati si anak kecil hamba ini. Semua nya di terima bulat2.

Anak-anak itu lahirnya ke dunia memang bersih. Ibu bapa berperanan untuk mengolah anak-anak ini. Ibu bapa yang cinta pada agama akan berusaha untuk mendidik anak-anak kepada hidup yang lebih terarah. Kehidupan yang mempunyai kepercayaan. Kepercayaan kepada Allah SWT, adalah yang utama. Maka, ibu bapa sendiri perlu berperanan dalam memberi makanan rohani kepada anak-anak. Lalai nya ibu bapa, di bimbangi akan turut melalaikan anak-anak.

Tetapi! Ingatlah. Anak-anak juga ada peranannya. Ibu bapa hantar ke sekolah untuk menuntut ilmu. Ilmu Allah itu luas. Carilah semaksimum yang boleh. Ibu bapa sediakan kemudahan internet. Ke arah mana ia digunakan? Anak-anak, itu peranan anda pula.

“Akhlak anak-anak teruk. Salah siapa?”

Si hamba sejak kecil sudah dilatih secara informal oleh ayah untuk tidak meletakkan kesalahan di tempat orang lain. Apa-apa pun tengok diri sendiri dulu. Jangan terlalu mudah mengatakan kesalahan orang tanpa berfikir. Fikir secara rasional, daripada pelbagai sudut.

“….Salah siapa?” perlu ditukar kepada, “Apa peranan anda?”

‘Anda’ sebagai ibu bapa.
‘Anda’ sebagai anak-anak.
Berperanan lah! Berperanan seperti yang di ajar oleh islam.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Si hamba masih hidup. Alhamdulillah.
“Ya muqallibal qulub, tsabbit qulubana, ‘ala dinika ya Allah.”

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

One Response to “Cerita seorang hamba.”

  1. solehin April 11, 2010 at 8:07 pm #

    lame x update?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: