kisah suatu petang

13 Mar

petang semalam, selepas solat asar berjemaah di rumah mira, eka n fnab, ternampak sekeping kertas yang tertampal di board bilik mira. ‘sayyidul istighfar’. pemberian daripada arwah nenek mira kepada nya. sweet! mira menambah, katanya arwah neneknya dahulu tidurnya awal. tetapi bukan terus tidur. diamalkan oleh arwah sayyidul istighfar dan ada sepotong zikir yang mira sebutkan. saya masih lagi dalam usaha mencari zikir itu. yang pastinya, zikir itu ada dimainkan di Astro Oasis.

selama ni kita asyik membaca ‘sayyidul istighfar’ ketika membaca al-ma’thurat. kadang2 bacaan kita sangat express. ntah apa yang dikejar. ambil lah masa untuk memanjang kan waktu dengan Nya. kerana Allah setiap masa dengan kita. tetapi bagaimana diri kita? astaghfirullahal’azim. walaupun kadang2 ketika itu kita dalam perjalanan membuat kerja untuk agamaNya, ada masa nya kita lupa untuk mengingatiNya. lalai nya diri!

Vodpod videos no longer available.

more about "Sayyidul Istaghfar", posted with vodpod

Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh, Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang. surah An-Nahl, ayat 18.

mira menambah lagi. bercerita tentang suatu kisah pengajaran. pengajarannya sangat ringkas, tetapi mendalam. mendalam, bagi mereka yang berfikir, dan sentiasa mahukan redha Allah ke atas diri.

“ummi mira kata, kalau sesiapa berkelakuan buruk terhadap ibu bapa mereka, sekejap/sekelip mata sahaja Allah SWT akan tunjukkan balasan kat dunia ni.”

ketika itu apa yang melayang-layang di fikiran saya adalah satu hadis yang berbunyi, “keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa manakala kemurkaan Allah terletak kepada kemurkaan ibu bapa”. betapa tingginya darjat yang Allah berikan kepada ibu bapa kita! bagaimana kita? kadang2 ibu bapa diketepikan dalam urusan kita.

apa yang saya pegang adalah, bagi report tentang diri setiap minggu kepada mak dan ayah. supaya mereka tahu apa yang kita buat. kerana, ada nasihat tersendiri yang akan kita perolehi daripada mereka. mohon doa daripada mereka.

—————————————————————–

kebelakangan ini, selalu terfikirkan ini:-

setiap orang ada potensi dalam diri.

seorang pengurus restoran. ada 2 orang pekerja. pekerja A berbakat dalam memasak kueytiaw. pekerja B pula berbakat dalam memasak gulai kawah. langsung, dihantarnya pekerja A ini ke kursus memasak kueytiaw. sedangkan pekerja B tidak. kerana, masalahnya pekerja B ini banyak belajar daripada pengusaha restoran lain. maka, pengurus restoran ini bimbang kelak pekerja B ini akan pergi berkhidmat ke restoran yang lain. bukan kah, bakat itu jika digilap, insyaAllah akan bersinar? fikirkanlah. untuk apa restoran dibuka? adakah untuk bersaing dalam perniagaan semata-mata? bukankah yang paling penting adalah ‘menjamu’ pelanggan dengan baik? apakah yang kita pilih? win-win situation, atau win-lose situation?

-oh, keuntungan dalam ‘berniaga’ pun perlu jugak. itu kan strategi~-

terpulanglah. fikirkanlah.🙂

berbuat kerja kerana Allah? think twice! make sure it’s from your heart.
think twice, miminapis! Allah knows.

Allah knows, Zain Bhikha- “every thought I had and every word I share, He knows”

saya selalu teringat satu artikel daripada surat khabar yang ayah pernah suruh saya baca sebelum saya fly dahulu. meaningful. sangat dan amat! terima kasih Allah! terima kasih ayah!


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: