nyah-bosan.

27 Feb

alhamdulillah, tiba sudah di bumi Allah, wellington.
stafford house kediaman baru.

———————————————————————————–

saya selalu perasan, apabila buka facebook, pasti akan ada yg menulis di status masing2 “..bosan..”. mungkin tidaklah sama sebijik statusnya, tapi perkataan “..bosan..” itu tetap ada.
pelbagai gaya tulisan, “b0San”, “bosan”, “BOSAN!!”, dan macam2.

sedangkan banyak perkara yg boleh dilakukan. masa lapang MEMBUNUH anda? fikirkan!

waktu lapang adalah masa untuk kita motivate kan diri. waktu lapang adalah masa untuk kita mengulang kaji pelajaran. waktu lapang adalah masa untuk kita merapatkan ukhuwah sesama Muslim. waktu lapang adalah masa untuk anda LEBIH MENDALAMI ISLAM. pendek kata, banyak perkara yang boleh kita lakukan di masa waktu lapang.

*perhatian : untuk semua aktiviti di atas, tidak bermakna hanya pada waktu lapang sahaja anda boleh lakukannya. aktiviti di atas adalah antara apa yg boleh anda lakukan ketika waktu lapang.

bagi mereka yang gemar membaca, cambahkan pengetahuan anda kepada umum. kongsikan pendapat anda, pembacaan anda kepada orang lain. kerana, tidak semua orang tahu apa yang anda tahu. kemudian, salurkan kepada pihak yang anda mahu. contohnya, website seperti iluvislam.com, alumni pelajar islam SBP, akhbar-akhbar, majalah-majalah,

pendek kata, sebenarnya, sebagai seorang yang mengaku cinta pada islam, benci kepada perkara yang melalaikan sehingga boleh memesongkan diri dari memperoleh syafaat-Nya, ISI LAH SETIAP MASA ANDA DENGAN BAIK!

bosan? – membaca! membaca! membaca! membaca apa? sudah pasti membaca bahan yang akan mencambahkan pengetahuan anda. (umat islam kan perlu menjadi seorang yang knowledgeable. itu pun jika tidak mahu diri sendiri (diri sendiri yang membawa imej islam) di pandang rendah.)

bosan?
– berjalan-jalan lah keluar. ambil masa untuk muhasabah diri. pandang awan. lihat laut. perhatikan burung-burung yang berterbangan. imbas kembali masa-masa lalu anda hingga ke hari ini. insyaAllah! insyaAllah! anda akan BERTEMU DENGAN KESIMPULAN, “astaghfirullahal’azim. kecilnya aku berbanding Pencipta ku!”, “subhanallah! subhanallah! hebatnya ciptaan Allah!”….BACK TO BASIC.

Al-Mulk; ayat 19
“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu.”

bosan? – buatlah apa sahaja yang anda mahu asalkan sentiasa ingat bahawa Allah SWT sentiasa memerhati. ingat bahawa Allah sentiasa memerhati – buat sesuatu yang disukai-Nya, tinggalkan apa yang di larang-Nya. bantulah agama-Nya. cuma ingat, “islam tidak memerlukan kita, TETAPI kitalah yang memerlukan islam”

Fatir; ayat 15.
“Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Maha kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.”

fikirkan = kita sering cakap,”tak cukup masa nak pegi majlis2 agama, majlis2 ilmu, sebab kerja sekolah banyak, assignments bersepah-sepah, nak catch up study lagi.” tapi, saya sangat-sangat yakin, dalam 24 jam itu, bukan setiap jam kita isi dengan mengulangkaji pelajaran semata-mata. penat buat kerja sekolah, kita akan ‘stop sekejap’. apa yang kita buat semasa ‘kita stop sekejap’ tu?

hadis 12- Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

4 Responses to “nyah-bosan.”

  1. solehin February 27, 2010 at 5:14 pm #

    sangat berterima kasih🙂

  2. sab February 27, 2010 at 6:46 pm #

    Jazakillah khairan jaza’ kak mimi : ) for shaaring…

  3. Nur Syamila February 28, 2010 at 4:51 pm #

    Salam Mimi=)

    Semakin kita dewasa, rasa macam semakin x patut kita akan berasa bosan. Sebab makin dewasa, makin bertambah tanggungjawab, makin bertambah kesedaran diri untuk laksanakan tanggungjawab dan buat apa yang patut sebagai seorang yang dewasa kan?

    • miminapis March 1, 2010 at 5:00 pm #

      wa’alaikumussalam wbt sya~🙂

      a’ah betul2. kalau masa kecik, kita boleh kata kita tak tau apa2. lagipun, masa zaman kecik2, semuanya terhad.

      sekarang kita dah besar. duduk asrama, n etc. kita dh boleh berfikir sendiri, insyaAllah, mana yang baik dan buruk nya. jadi, sepatutnya kita dah tahu dan realise tujuan penciptaan kita. buat kerja2 kita yang Allah SWT.

      penting nya utk kita selalu muhasabah diri. dekatkan diri dgn Al-Quran, ambil mood utk sentiasa mendampingi suruhan dan ajaran islam.🙂

      go sya!!😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: