berlabuh FlyHigh 2010.

5 Feb

alhamdulillah. jumaat hingga ahad lepas, berlangsung satu pre-departure program untuk para pelajar yang akan ke new zealand dan australia. anjuran intelek, dengan kerjasama iluvislam.com.

yang menariknya, ada antara peserta yang bukan ke nz/oz, turut menyertai program ini. program ilmu, jangan di tolak, jika ada kesempatan.

sempat saya bertanya kepada beberapa peserta, “Apa yang awak harapkan daripada program ni?” rata2, mereka menjawab, untuk mendapatkan perkongsian tentang kehidupan di oz/nz, tentang universiti dan tak kurang juga ada yang menjawab, sebab mahu dapatkan ilmu. kiranya ada yang datang tanpa mengetahui tujuan program yang sebenar, tapi mereka yakin ada sesuatu yang mereka akan kutip daripada program ini.

seorang peserta, dari kolej MARA Seremban, berkata, “saya yakin pengalaman akan mengajar kita. sebab saya dah lalui. pengalaman menyertai program ini sendiri akan mengajar saya.”

pengalaman!

mungkinlah kalau saya boleh elaboratekan sikit maksud di sebalik ayat peserta ini.

pengalaman, sesuatu yang kita lalui. perjalanan untuk hadir ke program, menaiki komuter, berjumpa dengan orang sekeliling yang pelbagai ragam, serta mendaftar sebagai peserta program, adalah pengalaman. berada di dalam program, melihat orang-orang bertungkus lumus mengadakan program, mendengar penyampaian daripada penceramah, juga adalah pengalaman. daripada pemerhatian (melihat), gerakkan otak untuk berfikir dan menilai. bukan lihat semata, malah insyaAllah, kuatkan juga tekad bahawa suatu hari nanti, aku akan cuba untuk memberi. memberi kepada masyarakat sekeliling. walau tidak mampu untuk mengadakan program, paling tidak berkongsi melalui blog. kalau tak mampu, guna status di facebook pun sudah cukup. manfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin.

ustaz hasrizal tanpa jemu menyebut, “erti hidup pada memberi. memberi dengan kasih sayang!” i like!

dapat berjumpa rakan2 sekolah lama. seseri!
nor syazwan salim lim (adioda, onci), dan nabilah yazid(bakerara, onci). kedua2 nya sedang menuntut di perth dalam bidang farmasi.

juga, berjumpa rakan2 se kolej persediaan.
asmak, naima dan solehin. dua di adelaide, seorang di sydney. ketiga2 nya menuntut dalam bidang kejuruteraan.

betul lah kata kak yanti dan kak dati. “insyaAllah, awak tak sorang2 nanti.”
memang, Dia kan ada.

hari pertama, peserta dan fasi dibahagikan kepada lokaliti masing2. berada dalam LDK untuk sesi ice breaking.

seorang peserta di agah oleh fasi, “kenapa bintang? kan bintang ada tahi. tahi bintang.” dibalas oleh peserta tersebut, “oh, itu cuma istilah. itu sebenarnya kita panggil komet. cuba tengok cucur badak. dalam tu bukan ada badak pun!” okeh~

kami juga bertuah, sebab ada ‘peserta yang tak di undang’. sangatlah best pengalaman dengan ‘peserta’ yang ini. ‘peserta’ ini sangat lincah. beberapa cubaan telah dibuat untuk ‘meminjam’ belon2 dan bola ping pong kami. tapi tidak berjaya. cubaan nya untuk ‘mengambil’ air botol dan sebekas nougat dari australia sahaja yang berjaya.

saya pun hanya sempat menyertai program hingga sabtu petang. kerana besok hari nya, kami sekeluarga akan berpindah dan mengangkut barang ke terengganu.

insyaAllah semoga semuanya peroleh manfaat. menambahkan jaringan persahabatan walau merentas laut Tasman.


memberilah dengan kasih sayang!
[maksud tersurat yang perlu di dalami.]

Wahai hamba-hambaKu! Bahawa sesungguhnya hanya amalan kamu yang Aku akan perhitungkannya bagi kamu, kemudian Aku sempurnakan pembalasannya. Maka barangsiapa yang mendapat kebaikan maka hendaklah dia memuji Allah dan barangsiapa yang mendapat selain kebaikan, maka janganlah dia mencela kecuali mencela dirinya sendiri. (potongan daripada hadis 24, himpunan imam Nawawi)

syukur alhamdulillah di atas keberjayaan program! berjaya itu subjektif!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

4 Responses to “berlabuh FlyHigh 2010.”

  1. ifa ramlee February 6, 2010 at 9:35 am #

    Assalamualaikum miminapis!!!
    kaifahaluk?
    wah….bestnye dpt ke flyhigh🙂
    “ustaz hasrizal tanpa jemu menyebut, “erti hidup pada memberi. memberi dengan kasih sayang!”” >>>> i like too!😉

  2. miminapis February 6, 2010 at 12:16 pm #

    wa’alaikumussalam wbt iffah ilham~!
    alahai. tak reti nk reply dlm bahasa arab. -_-”
    alhamdulillah, sihat.😀

    tu la. best!
    awak buat summer school eh?
    wah! dah nk exam lah ni.
    selamat, ye!

  3. najwa ensem February 6, 2010 at 8:33 pm #

    salam..wah2 menarik2..cm nk join tp xlayak..haha..
    ow ye..sok jumpe ustz hasrizal kt ipoh..
    ade seminar dgn beliau kt sepital ipoh..
    jeles x???

  4. a.solehin February 10, 2010 at 2:03 am #

    gamba monyet gak yg bertuah dpt masuk kn😛
    yup..sgt suka juga.erti hidup pada memberi dengan kasih sayang.

    p/s : teruskan senyum nampak gigi😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: