10 tahun.

5 Feb

genap 4 hari berpindah ke terengganu. tempat lama. tempat yang pernah menyaksikan pembesaran anak-anak encik napis dan puan noraini selama 7 tahun.

sebagai yang pernah menetap di sini pada 10 tahun yang lepas, saya akui. banyak sangat-sangat-sangat perbezaan.

kawan2 ayah masih ramai yang saya kenali. sungguh, usia menjamah mereka, tetapi keramahan yang dipancarkan tetap sama. subhanallah! baik nya mereka.

pakcik pa, setia lagi memandu bas sekolah untuk anak2 kakitangan.
pakcik mahari, masih lagi berkhidmat sebagai pemandu van.

kalau yang kakitangan pun sama juga. jika dulu pangkatnya konduktor, kini sudah bergelar penolong pengurus. jika dulu pangkatnya penolong pengurus, kini sudah menjadi pengurus. tidak kurang juga yang dahulu nya, pengurus kanan kini menjadi pengurus wilayah. tahniah! tahniah untuk semua.

tahniah kepada, semua bapa yang gigih bekerja memegang tampuk pemerintahan keluarga. menyara anak-anak hingga dewasa. rakan2 yang dahulu sama-sama berlari dan bermain tatkala menanti bas kemari, sudah berjaya ke menara gading. tidak kurang juga jasa bonda-bonda. sama ada yang suri rumah tangga mahupun yang bekerja.

pengalaman! pengalaman mengajar seseorang untuk menjadi lebih baik daripada 10 tahun yang dahulu. pengalaman mendidik kita menjadi mahir dalam bidang yang diceburi. pengalaman mematangkan. pengalaman mendewasakan. [oho! mungkin miminapis perlu belajar banyak daripada ayat2 ini. matanglah fizikal dan mental!]

izat dan najwa. bersekolah di sekolah lama along dan angah nya. dahulu, saya pernah bertandang ke sekolah lama ini. berjumpa dengan seorang guru. guru lama, yang masih setia disitu.
apabila di tanya, “cikgu, cikgu kenal kami lagi tak?” dibalasnya, “hoo. kenal! ingat muka. tapi saya lupa nama. tapi saya ingat, anak encik napis!” herk~ okeh! saya dan along yang mendengar, sungguh pasrah. nama ayah jugak yang diingat. tapi tak kisah lah.

sekolah lama yang dahulunya kecil, sudah besar. bangunan2 baru di tambah. dahulunya ada 2 padang. 1 padang untuk lelaki. 1 padang untuk perempuan. asing-asing. lokasi padangnya juga berbeza. lelaki di atas bukit, ditepi sekolah. perempuan di bawah bukit di kiri sekolah. tapi itu dulu. sekarang, di padang perempuan di dirikan bangunan. bagi memenuhi permintaan penjaga yang mahu memasukkan anak-anak mereka ke sekolah itu.

rumah yang diduduki sekarang pernah diduduki oleh uncle damanhuri. dahulu masa kecil, pernah bermain-main bersama nadiah dan kak fatimah disini. dahulu, gemar datang ke mari dan duduk di bilik study, sebab banyak mainan, buku cerita dan ada air-cond. tapi sekarang semuanya perlu di atur kembali, sendiri. banyak yang perlu diubah suai. di cat semula.

menurut emak, rumah ini sudah lama tidak diduduki oleh sebuah family. dalam masa 10 tahun, pengurus2 nya bertukar ganti. bermula daripada uncle damanhuri, kemudian uncle haji hassan, kemudian uncle (ape ntah, lupa nama -_-“), kemudian uncle tukiman. semua pun tak membawa keluarga masing2.

alasan yang saya pernah dengar daripada ‘aunty’ yang tak mahu tinggal di kompleks perumahan, bersama suami adalah, “sudah bosan tinggal di dalam ‘hutan’. nak duduk di rumah sendiri di luar ‘hutan’.”

kerja ada yang susah, ada yang senang. bergantung kepada individu untuk menilai nya. ayah pernah cakap, “rasa nak letak jawatan. nak jadi pengurus biasa je. letih. selalu kena pergi meeting ke kuala lumpur. kena lawat ladang wilayah timur.”

saya simpati. tak sampai hati dengar ayah cakap macam tu. anak-anak nampak kerja ayah mudah. dapat kereta, dapat itu, dapat ini. hakikatnya, kepenatan ayah yang tanggung. anak-anak, hargailah ibu bapa anda!

Dan Kami perintahkan kpd manusia (agar berbuat baik) kpd kedua orang tuanya. Ibu nya telah mengandungnya dlm keadaan lemah yg brtmbah-tmbh, dan menyusunya dlm usia 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dn kpd kedua org tuamu. hnya kepda Aku kembalimu. Surah Luqman, ayat 14.

saya respon kepada ayah, “ayah, suruh lah diorang buat meeting rotate tempat.” saya memberi idea berdasarkan pengalaman rotate tempat berusrah. haha!
ayah kata, “bukannya ramai pun pengurus wilayah nya. dalam 4, 5 orang je. kalau rotate lagi susah. nanti kena pergi perak!” okeh! saya realise idea saya kurang bagus. tapi tak pelah. paling tidak, saya mencadangkan.

yang dahulu kecil, kini sudah besar. pokok-pokok sawit semua sudah ditebang, untuk penanaman semula. maka, dari atas bukit ini boleh nampak rumah-rumah yang dibawah. cantik! mak kata, “macam pemandangan kat pulau jawa.”

10 tahun yang mendewasakan. 10 tahun yang banyak memberi perubahan.

10 tahun. apa yang kita buat? berubah kah kepada yang lebih baik? berusaha kah kita mencari diri sendiri dalam 10 tahun ini? 10 tahun ini, kanak-kanak sudah berubah menjadi belia. bagaimana dengan perangainya?

saya pernah bertanya kepada emak, “emak, anak buah mak dah ada yang nak kahwin. nanti anak-anak mak pulak. mak terasa tak anak-anak mak dah besar?” emak dengan selamba menjawab, “tak. tak rasa langsung anak-anak dah besar. sebab dari yang tua sampai yang kecik, perangai sama je.” haha. baik, mak!

imbas kembali 10 tahun kebelakangan. bagaimana diri kita? tatkala persekitaran berubah. tatkala bangunan didirikan. bagaimana dengan pembangunan diri? tatkala usia menjamah diri, bagaimana pelaksanaan ibadah kepada Ilahi?

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

4 Responses to “10 tahun.”

  1. tasha February 5, 2010 at 7:32 pm #

    wah. dah berpindah pergi dari negeri adat perpatih ini ye?
    huu asif ya ukhti. tak update kisah2 awk pun.
    dah lama juga x berhubung. huheh.
    tak apa, insyaALlah jumpa dalam rabitah.

    heh ini aneh. but i actually miss u.
    (ok, x tahu kenapa tiba2)

  2. miminapis February 6, 2010 at 12:18 pm #

    yea yea!
    ada orang rindu kite. haha!

    pindah terengganu sampai ayah pencen je.
    then, insyaAllah kembali ke negeri perpatih balik.😀

  3. Nadiah February 25, 2010 at 2:05 am #

    salam mi,
    wa, pindah ke sana kah?
    kene visit nih🙂

    • miminapis February 25, 2010 at 4:50 pm #

      a’ah. sila la singgah. dah macam duduk tepi highway dah.😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: