cari diri di sekolah nanti.

23 Jan

seorang adik akan mendaftar di seseri pada 2 februari 2010 ini. seorang lagi bakal pewaris serikandi negara. insyaAllah.

saya bertanya, “apa expectation awak untuk masuk ke seseri, sekolah perempuan semua?”
si adik menjawab, “dah biasa sekolah campur. so, rasanya akan shock jugaklah.”
sahaja mahu mengorek lagi, langsung saya kata, “shock yang macam mana? bukan lagi best ke? kan semua perempuan. bebas nak buat apa2, kot”. tanpa saya lupa meletakkan perkataan ‘kot’ di situ.
di balasnya, “yalah, dah biasa bergaul dengan lelaki. kawan-kawan saya semua kata nanti ‘no life'”

tanya pada diri, ‘life’ macam mana yang kita mahu kan?
jika sudah terang dan jelas ‘life’ yang kita mahu, di mana-mana sahaja pun kita diletakkan, kita akan cuba utk mendapatkan ‘life’ tersebut.

cuma ingat, kehidupan (life), cara hidup seperti yang diajar oleh Islam, akan lebih membahagiakan diri, insyaAllah. cuba cari dan kenali diri semasa hidup di SESERI.

di SESERI tiada pelajar lelaki. semoga kehidupan lebih tenang, tanpa gangguan cinta-cinta monyet. kalau ada pun, tinggalkan ia di luar gate sekolah. tetapi, berusahalah untuk tidak!

kita punya tanggungjawab yang lebih besar.
tanggungjawab ke atas diri; utk menuntut ilmu supaya diri tidak dibiarkan kosong.
tanggungjawab ke atas ibu bapa; utk tidak mengecewakan mereka.
tanggungjawab ke atas sekolah; utk bersama2 menaikkan nama sekolah. bukanlah kerana mahu dipandang orang, tetapi utk menjaga prestasi sekolah. (p/s: ramai orang yang akan sponsor sekolah kita, kalau kecemerlangannya di tradisi kan.)
tanggungjawab kepada agama; kenali diri! pastinya agama memerlukan anda utk menyebarkannya.

Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang di langit dan di bumi berserah diri kepada-Nya, (baik) dengan suka mahupun terpaksa, dan hanya kepada-Nya mereka dikembalikan? Ali-‘Imran: ayat 83.

orang selalu kata, “selalunya budak sekolah perempuan lah akan culture shock, bila keluar sekolah. asyik nak kawan dengan lelaki je nanti.” hoho~ saya sangat menentang statement ini. tapi, saya tak nafikan ia nya mungkin pernah/sedang terjadi kepada serikandi-serikandi.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

selamat mendaftar kepada para pelajar tingkatan empat, tahun 2010, Sek Men Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur!🙂

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

2 Responses to “cari diri di sekolah nanti.”

  1. husnatajri January 23, 2010 at 3:20 pm #

    salam mimi..adk ko dpt seseri eyh?

    • miminapis January 23, 2010 at 7:16 pm #

      eh tak lah.
      ada seorang adik ni, dri putrjaya.
      akan mndaftar di seseri nnti.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: