hanya yang mempunyai kepercayaan.

16 Jan

Perjalanan menaiki kereta api dari KL Sentral ke Padang Besar, mengajar diri untuk perlunya seseorang itu mempunyai kepercayaan dan tahu mengapa diri ini dijadikan oleh-Nya.

Tidak kira apa jua keadaan, solat tetap didirikan. kerana asasnya itu rukun islam. keadaan jalan kereta api yang tidak rata menyebabkan kenderaan tersebut sering bergoyang-goyang. mahu berdiri tegak pun agak susah, walau seketika. jadi, di surau (yang terdapat dalam tren) ada makcik-makcik yang solat secara duduk sahaja. kata seorang makcik, “kalau tak mampu nak solat berdiri, awak solat duduklah. makcik tak tahan. jadi makcik nak solat duduk.” kata saya dalam hati, “takpelah. nak rasa juga solat berdiri dalam keadaan macam ni. uji ketahanan diri!” tambahan pula, sebelum itu saya terlihat seorang remaja perempuan mampu bersolat dalam keadaan berdiri. lagi pula, sementara menunggu giliran (kerana suraunya yang kecil), ada satu saf jemaah lelaki yang juga mampu bersolat secara berdiri.

kalau tidak kerana adanya kepercayaan kepada Satu Kuasa Yang Maha Hebat, tidak mungkin  seseorang itu mampu dan mahu menunaikan solat dalam keadaan yang mencabar sebegitu. sedangkan banyak rukhsah yang telah diberikan kepada kita dalam tuntutan menunaikan solat. kalau tidak boleh berdiri, lakukan secara duduk. kalau tak boleh, lakukan dengan isyarat mata. Subhanallah! pentingkan solat tu? sehinggakan rukhsah nya diberikan dengan menggunakan isyarat mata. mahu tak mahu, solat tak boleh tinggal, itu wajib, jangan diabaikan.

hanya yang berkepercayaan akan melakukannya dengan rela, tanpa berdalih. kepercayaan kepada Yang Esa. kepercayaan kepada wujudnya hari pembalasan, kelak.

Al-Imran, 101: “…Barangsiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sungguh, dia diberi petunjuk kepada jalan yang lurus.”

Maksu bercerita tentang bagaimana kepercayaannya kepada orang-orang gaji mulai pudar. Satu demi satu peristiwa di alami. semua peristiwa mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam menaruh kepercayaan kepada orang sekeliling. bukanlah bermaksud sentiasa mahu berfikiran negatif, cumanya diambil pertimbangan antara yang positif dan negatif.

lagi, saya diajar tentang kepercayaan. kali ini kepercayaan terhadap sesama manusia.

manusia zatnya cukup berbeza dengan Sang Penciptanya. Allah mengetahui apa yang tidak kita ketahui. manusia, walau ahli dukun, bomoh, mahupun tabib yang ‘kononnya’ boleh mengetahui nasib manusia, hakikatnya mereka juga ada khilafnya. mereka tidak mengetahui seluruh perjalanan kehidupan manusia, kalau ada pun, ia nya cuma ramalan.

sebab itu peri pentingnya untuk kita meletakkan seluruh kepercayaan hanya kepada Allah, Tuhan Pencipta.

percaya kepada orang gaji, kadang kala tuan akan dikhianati, lagi teruk jika aib nya di jaja kesana sini.

percaya kepada Allah, menyebabkan kita hanya berserah diri kepada-Nya, walau dalam apa jua keadaan sekali pun. kita yakin dan percaya kepada Allah, kerana kekuasaan-Nya yang dapat dilihat di sekeliling kita. juga, kerana nikmat-Nya yang sentiasa melimpah ruah kepada hamba-Nya.  melalui pemerhatian kepada keadaan sekeliling, ditambah dengan peranan akal yang sihat dan mahu berfikir, jadinya, kita sangat percaya kepada Allah!

apabila percaya kepada Allah, paling tidak manusia akan berdoa. kerana firman-Nya dalam

Asy-Syura, ayat 26; “Dan Dia memperkenankan (doa) orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta menambah (pahala) kepada mereka dari kurnia-Nya…”

apabila percaya kepada manusia, apa yang kita akan buat? kepercayaan seorang pengurus kepada anak buah akan menyebabkan dia menyerahkan tugasan kepada anak buah. akhirnya si pengurus bertawakkal kepada Allah, setelah kepercayaan diberikan. jadi, sebenarnya kepada Allah lah tempat bergantung.

kita mahukan sesuatu dalam hidup. ada kalanya Dia tidak mengizinkannya berlaku. kerana, Dia tahu yang terbaik untuk hamba-Nya, tambahan pula, kita percaya, bahawa Dia tidak pernah membebankan hamba-Nya.

Al-Baqarah, ayat 286. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat (seksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya…”

sekali lagi faktor percaya memainkan peranan. percaya (beriman!) kepada ayat-ayat-Nya!

“Lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji.”

kadang-kala manusia juga mungkir janji. manusia berjanji untuk memakmurkan bumi Allah, tapi terjadi juga penindasan di sana sini.

kesimpulannya, bukanlah ‘jangan menaruh kepercayaan kepada manusia’, tetapi ‘berilah kepercayaan sepenuhnya kepada Allah, dalam apa jua keadaan sekali pun’.

Dia datangkan cabaran untuk menguji tahap keimanan. kerana kelak, siapa yang berjaya menempuh cabaran diberi balasan yang setimpal di akhirat. Dia datangkan cabaran kepada manusia untuk memenuhi bekalan kita ke akhirat. kepercayaan kita jua lah yang menentukan bekalan yang bagaimana yang akan kita bawa.

contoh, si A didatangi ujian, tidak cemerlang dalam peperiksaan. A kemudiannya merasa jatuh. A merasakan usahanya dan doanya selama ini sia-sia. Langsung tidak lagi istiqamah dengan ibadat-ibadatnya. akhirnya kepada Allah dia lupa. (na’zubillah.)

si B pula didatangkan oleh-Nya ujian yang sama. sebiji dan serupa. tapi, dia percaya (yakin!) dengan kata-kata-Nya dalam

surah Al-Ankabut, ayat 2: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,”Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji?”

B yakin bahawa ujian yang didatangkan Allah adalah untuk menguji tahap keimanannya. sejauh mana dia mengawal emosi serta diri, apabila ujian daripada-Nya datang menghampiri. dengan ujian itu, dia menginsafi segala kesalahan dan kelalaian diri, dan berusaha untuk berdiri kembali, sambil mencari redha Ilahi.

2 situasi yang sama, yang membezakan seorang yang berkepercayaan dan tidak (kurang) berkepercayaan.

jadi lah seorang yang percaya/beriman kepada Yang Layak!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: