jom jadi fasi!

9 Dec

saya selalu mendengar dan membaca suatu fakta. faktanya, kanak2 adalah peringkat di mana ilmu mudah digarab oleh seseorang itu. tetapi, saya sendiri tak pernah lihat contoh nya sendiri.

mahu di aplikasikan pada diri, mungkin kah untuk saya menjadi kanak-kanak kembali?

pulang dari KPO, ahad lepas, memang saya terasa amat penat.

2jam lebih berdiri dalam komuter, dengan keadaan berasak-asak, amat kurang saya gemari. ataupun, sebenarnya, memang saya tidak gemar. namun, syukur juga, paling tidak saya ada pengangkutan untuk pulang ke seremban.

ayah dan emak sudah sedia menunggu di stesen komuter untuk menjemput. sampai di rumah lebih kurang jam 9malam. sepanjang perjalanan pulang, saya langsung tidak berkata apa, membaringkan badan di dalam kereta, cuba melelapkan mata. emak dan ayah sahaja yang berbual berdua.

tiba di rumah, saya turunkan beg, langsung di sambut oleh adik yang bongsu yangberlari dari tingkat atas.

katanya, “angah, ni ibadah!” sambil memegang beberapa helai kertas. saya senyum, langsung membawa diri dan beg ke tingkat atas. di dalam hati saya berkata, “apa benda lah budak ni?” ketika itu memang saya tak ingat langsung.

ketika di bilik, wawa mendekati, “angah, ni kertas-kertas ibadah yang angah suruh wawa dgn pikah buat tu.”

subhanallah! ketika itu baru saya teringat. saya merasakan bahawa ada kemahuan pada dirinya.

sebelum ke KPO, saya katakan kepada adik, “korang kena tulis dalam kertas sebarang ibadah yang korang dah buat sepanjang angah takde kat rumah nanti. paling kurang pun, angah nak ada 5.”

itu adalah antara apa yang saya mahu lakukan ketika pulang cuti summer ini. saya mahu ajar adik-adik saya untuk sedar kejadian diri. dari mana datangnya mereka. ke mana mereka akan pergi selepas hidup di dunia ini. sedar bahawa setiap saat, kita perlu ingat bahawa ada Yang Memerhati. juga, ada yang setia mencatat amal.

disamping, bersolat jemaah di awal waktu bersama mereka, dan menunjukkan kepada mereka video anak-anak islam yang saya perolehi di youtube.

saya sering ingatkan mereka, untuk setiap benda yang kita buat, “ingat, untuk beribadah kepada Allah. jadi kita tak boleh buat benda jahat. kalau buat benda jahat nnti Allah marah. maka, tidak jadilah ibadahnya.”

dalam usaha mengingatkan diri dan adik2, sebenarnya banyak yang saya belajar. banyak ilmu yang perlu saya tambah dalam diri.

ada sekali, si adik bermain. kemudian, saya mengacau nya, dengan niat sahaja mahu bergurau. langsung di tanya oleh si adik, “angah, ibadah ke tu?” langsung saya malu pada diri. namun, bersyukur, kerana Allah masih sayang kan saya dengan menyuruh si adik menegur saya.

selesai solat, biasanya kami akan berwirid ringkas. pada minggu awal saya pulang, wawa tidak pernah mengikut apabila wirid di baca. dia hanya berdiam diri di sebelah saya. dia tidak tahu mungkin. tapi, bagi saya, biarlah. walaupun dia tak tahu, paling tidak dia diam dan mendengar.

kini, perubahan ada pada dirinya. dia mula sedikit demi sedikit mengikut.

saya nampak apa yang dikatakan oleh orang, “kanak-kanak ibarat kain putih. kita lah yang mencoraknya.”

setiap kali ada masa, saya akan persoalkan padanya tentang sekeliling. dan sebenarnya, mereka mahu berfikir, dan mahu memahami.

fitrahnya manusia, kadang-kadang terlupa. tambahan bagi orang yang baru hendak bermula. jadi, peranan kita lah untuk terus berusaha untuk menegur dan menasihati. saya akui juga, untuk sesuatu perkara itu, ada kalanya adik-adik saya ini melawan. bukan dengan perkataan, tetapi melalui perbuatan. di situ lah perlunya untuk kita memainkan peranan dengan lebih berkesan. bagi saya, mereka bukanlah tidak mahu, cuma perlu untuk di kerah. perlu diketuk pada permulaan ini. insyaAllah, jika kita istiqamah dalam mendidik mereka, dalam masa yang sama, beri pengetahuan, boleh saja untuk mereka ikut.

saya katakan pada diri, “bukan ke before balik bercuti dahulu, kau dah niat untuk ajar adik-adik betul? maka, kena buat!”

kesedaran datang apabila suatu hari saya terfikir; di sana, saya mahu menyampaikan kepada rakan-rakan. jika tidak tidak banyak pun sedikit. tetapi, adik-adik (darah daging sendiri) bagaimana? jadi, mulai saat itu saya niat untuk bersama-sama ‘membangun’ dengan adik-adik.

mungkin ini lah apa yang dikatakan oleh kak zaffan semasa KPO tempoh hari, “jadi fasi kepada adik (ahli keluarga)  sendiri juga!”

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

3 Responses to “jom jadi fasi!”

  1. daus December 9, 2009 at 5:26 pm #

    lama tak surf sini..dah tak ada smiley. Tahniah for attending kpo

  2. miminapis December 9, 2009 at 6:04 pm #

    terima kasih.

  3. suhana_nur December 27, 2009 at 2:21 am #

    alahai..comelnya cara mimi didik adik2..
    akak pun terkesan dengan kata-kata zaffan tempoh hari.

    sayang adik sekarang menjawabnya lebih hebat bersulam fakta..haha
    kakak kene lebih kreatif membentuk adik2x sambil musahabah diri..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: