KPO di asrama damai.

7 Dec

alhamdulillah, KPO berakhir sudah~πŸ™‚

jutaan terima kasih kepada semua krew yg terlibat.

terima kasih di atas segala usaha yang telah di lakukan untuk memastikan kelancaran program selama 3hari 2malam itu.
terima kasih di atas segala pembentangan; sedikit sebanyak membuat saya berfikir itu dan ini.
terima kasih

————————————————
seperti biasa. saya ini perasaan nya lambat datang. semalam, tidak berapa terasa tentang perpisahan (sementara) setelah tamat program. pagi ini, ketika mengemas barang2, terlihat pada cenderahati yang kami dapat. semalam, saya tak berapa nak tengok apa yang tertulis di atasnya. pagi ini baru perasan. ianya adalah bait2 doa rabitah.πŸ™‚

subhanallah! satu perasaan hadir dlm hati. terus saya buka video ‘doa rabitah’ yang pernah saya download di youtube satu ketika dahulu. maka, sekarang ini, hanya doa ini, video ini yang berkumandang di tingkat atas, rumah encik napis dan puan noraini.πŸ™‚

pagi ini juga, setelah mengactivate kembali facebook, terus mengintai intai facebook kak intan nadia dan kak zaffan. heh~ sungguh takde kerja~!πŸ˜›

setelah baca komen kak intan dan kak zaffan pada status kak intan, terasa mahu mengalir air mata. (oh, saya ke yang excited lebih2?) gembira. yang sangat. alhamdulillah. selama ini mengetahui perkembangan kakak2 ini melalui blog mereka sahaja.

alhamdulillah, dapat jumpa kembali kak intan setelah setahun lebih tak jumpa. dan berjumpa kak zaffan buat pertama kali. saya pernah beri mesej di inbox kak zaffan, saya kata, “akak, saya nak kawan dengan akak boleh?”.Β  semasa di nz, ketika bertandang ke rumah kak deney, saya selalu juga mengorek cerita daripada kak deney. heh~ maka, saya kira banyak juga yang saya tahu; tentang itu dan ini.πŸ˜€

—————————————————————————————

jumaat lepas, cadangnya mahu gerak sahaja dari bahau seawal jam 6pagi ke KL, dengan ayah. ayah ada meeting di KL pada jam8pagi. along menawarkan diri untuk menjadi driver, hantar ayah ke pejabat ESPEK, kemudian hantar saya ke KL sentral, tetapi ayah menolak.πŸ˜€

jadinya, jam 8.30pagi barulah bertolak dari rumah ke kl sentral. mulanya along mahu menghantar dengan menaiki kancil, tetapi emak pula menawar diri untuk menghantar dengan menaiki pajero. mak kata, “hujan-hujan ni, nanti takut air naik. takut tersekat dalam banjir je kancil tu.” haha~ along agak kebengangan apabila kancil nya itu di kutuk.

tiba di kl sentral, dari jauh saya sudah nampak kak intan dan kak zaffan bersama krew2 yang lain. tetapi disebabkan pada masa tersebut hanya kak zaffan dan kak intan sahaja yang saya kenal, maka, saya terus menuju ke arah mereka.πŸ˜€ kemudian bersalam dan bertanya nama pada krew2 yang lain. pada waktu tersebut, secara jujur, memang saya tak dapat ingat pun nama-nama mereka. -_-” dan semestinya, wakutu ta’aruf sesama krew adalah masa saya yang saya tunggu.πŸ™‚

menaiki komuter hingga tiba di tempat yang kami tujui, iaitu Asrama Anak Yatim Damai, Kuang.

—————————————————————————————-

semasa di sana, saya banyak belajar secara formal dan informal.

keadaan di asrama anak2 yatim tersebut membuatkan saya sedar macam2.

disana, mandinya di kolah. biliknya sudah tentu seperti sebuah asrama yang mempunyai dorm. makannya di kantin. solatnya di surau. ada tazkirah.

mengenangkan kembali, terasa beruntung nya diri. saya tidak prefer bilik yang berkongsi, tambahan pula dengan kuantiti orang yang ramai. saya cuma terfikir, mungkin ada di antara anak2 di asrama tersebut yang mempunyai keinginan yang sama seperti saya. tapi, mana mungkin untuk mereka memilih-milih, untuk demand sesuatu yang sangat2 selesa. alhamdulillah, masih ada tempat berlindung. masih ada tempat untuk mendapat ketenangan daripada segala perkara yang telah berlaku di masa silam.

ada waktu senggang antara maghrib dan isyak. di saat krew2 perempuan yang lain di bilik dan di bahagian dewan menjalankan urusan masing2, saya membawa diri ke surau. ke surau untuk berjumpa dan beramah dengan anak2 di situ.

saya berkenalan dengan seorang adik ini. umurnya baru 10tahun. saya kira, tubuhnya agak kecil berbanding dengan kanak2 yang berumur 10tahun yang lain. wallahu’alam. macam biasa, saya berborak2 dengan adik tersebut. pada mulanya dia agak malu-malu.

sebenarnya sepanjang berprogram di situ, saya kerap juga ternampak adik ini. hanya senyuman saja yang saya berikan. pernah sekali, ketika selesai solat zohor (atau mungkin, asar) hari jumaat, adik ini memanggil saya dari jauh. dipanggilnya, “akak! akak baju merah!” dalam masa yang sama, ada pula rakannya yang lain yang memanggilnya. jadi, saya tak sempat untuk berborak dengan adik ini.

di pertemuan yang lain, adik ini menegur saya lagi. ketika itu saya sedang mencari hanger untuk dipinjam, bersama kak intan (kalau tak silap). adik itu menegur, “hai akak! hai akak tembam!” haha~ cehh! saya dengan tak senonoh nya pergi menjelir pada adik ini. langsung, saya mengadu pada kak intan, “akak! budak tu kata saya tembam.” haha~ ‘allergik’ okeh!πŸ˜›

ketika pertemuan di surau tu, setelah solat berjemaah bersama2 dengan adik2 di situ, kami bersalam. sambil itu saya bertanyakan nama mereka, umur. ada seorang adik ini, baru mendapat keputusan UPSR. saya bertanyakan keputusannya, alhamdulillah, adik ini mendapat 4A 1B.πŸ™‚ memang, di kala beribu pelajar di luar sana mendapat 5A, memang keputusan mereka lagi bagus daripada adik ini.

tetapi, apabila saya memikirkan keadaannya di asrama itu membuatkan saya kagum. sedangkan, adik saya yang juga baru mendapat keputusan 5A dalam UPSR, saya tidak berasa apa sangat. (cuma, gembira dan bersyukur kepada Allah, kerana alhamdulillah, adik saya ini dapat menggembirakan hati mak dan ayah.)πŸ™‚

kerana, saya tahu, keadaan keluarga kami ini, jauh lebih beruntung.Β  mahu berjalan jauh2, ayah akan bawak. mahu makan sedap2, ayah bayarkan. berbanding dengan adik tersebut, saya kira keadaannya cukup sederhana.

memang mereka juga ada pergi berjalan kemana-mana, tapi bezanya disini adalah, berjalan2 nya mereka bersama2 rakan2. kami, berjalan2 nya kami adalah bersama keluarga. sudah tentu perasaannya dan keadaannya adalah berbeza, bukan?

sedangkan, di nz, ketika berjaulah bersama rakan2 dan kakak2 senior, ada waktunya saya sedih. saya sedih kerana rindu mahu jalan2 bersama mak ayah dan adik beradik!

——————————————————————————

berbalik pada adik yang telah saya temu bual pada waktu Maghrib di surau itu. mulanya, saya bercadang untuk membaca Al-Quran, tetapi, adik itu asyik memandang saya, sambil gula-gula di genggam di tangannya. gula2 itu diperoleh nya dalam sukaneka yang telah disertai nya pada sebelah petang.

macam2 saya tanyakan padanya. ayahnya seorang warga indonesia, dan kini telah pulang ke indonesia sambil membawa seorang kakaknya ke sana. adik itu tinggal di asrama tersebut bersama 2 orang kakaknya, seorang adik lelaki dan emaknya.

saya bertanya,

mimi : bila ayah awak nak balik sini?
adik itu : tak tahu.
mimi : awak rindu ayah awak?
adik itu : rindu.
mimi : ayah awak selalu telefon emak? telefon awak ke?
adik itu : tak. tak pernah.
mimi : oo, jadinya awak atau emak awak la eh yang telefon ayah?
adik itu : tak jugak. mak tak tahu no. telefon ayah. ayah pun tak tahu no. telefon mak.
mimi : oh ye ke? awak rindu tak nak duduk sama2 dengan ayah dan emak?
adik itu : rindu! (sambil mengangguk). tapi, dulu, masa sama2, ayah asyik pukul mak. kesian mak.
(saya terdiam. hati saya tersentuh.)
mimi : oo. mesti awak sayang sangat sangat kat emak awak kan?
adik itu : sayang sangat! saya tidur dengan emak. kesian emak. kakak2 semua dengan kawan2 dia je. kalau emak sakit, saya jagalah.
mimi : emak awak selalu sakit ke?
adik itu : demam.
mimi : ohh. saya pun sayang mak saya. tapi, buat masa ni, saya dapat jumpa mak saya setahun sekali je.
adik itu : kenapa?
mimi : sebab saya belajar jauh. tak dapat nak balik rumah selalu.
adik itu : akak, akak jaga lah emak akak betul2.

jujurnya, saya sangat terkesan dan tersentuh dengan pesanan adik itu. sangat!

sayangnya adik itu pada emaknya setelah pelbagai peristiwa di laluinya sepanjang 10tahun kehidupannya di atas muka bumi Allah ini.πŸ™‚ alhamdulillah, perasaan kasih sayang antara ibu dan anak itu hadir di dalam hati mereka, dan kami!

saya juga tanya kan ini,

mimi : awak suka duduk sini?
adik itu : suka! banyak pergi program. jalan-jalan. orang-orang datang. dapat buat qiamullail. solat sama2.
mimi : bagus!

kami berbual-bual lagi tentang hal lain. saya masuk kan juga soalan2 lain,

mimi : awak tahu apa itu islam? cuba awak bagitahu saya apa itu islam? hehe.
adik itu : (tersenyum)

ketika itu, saya bersama syazwani (krew yg berumur 16tahun) dan ain (krew yg berumur 20tahun).
langsung mereka kata pada saya,

syazwani : akak, akak tanya soalan tingkatan 1 pada dia. mana dia nak tahu.
mimi : dia tak tahu lah kita kena bagitahu!πŸ™‚

kami berbual dan berkenalan hingga masuknya waktu isyak. setelah isyak, ada beberapa slot yang telah di program kan kepada kami.πŸ™‚ maka, tidak dapat lah saya untuk meneruskan lagi perbualan.

terima kasih adik! terima kasih diatas pesanan yang ringkas, ataupun mungkin bagi sesetengah orang, pesanan itu biasa sahaja. tapi, bagi saya, (mungkin pesanan itu iklas lahirnya dari hati adik itu) ianya satu pesanan yang luar biasa! alhamdulillah, dihadirkan oleh Allah keinsafan, kesedaran pada diri.

————————————————————————————————

pagi, kami ada kuliah subuh. pagi sabtu bersama ustaz suhaimi (pemilik tempat tersebut). saya amat tertarik dengan persoalan yang dibawa oleh beliau.

bulu kening dan rambut kita jaraknya tak sampai seinci kan? tapi kenapa zat nya berbeza? bulu kening kita tak boleh nak memanjang lagi, sedangkan rambut kita sentiasa memanjang dan tumbuh.

subhanallah! a’ah kan. saya sendiri tak pernah perasan tentang itu. itulah kuasanya Allah. ilmu-Nya yang pelbagai, merangkumi seluruh bumi dan alam semesta tidak mampu dicapai dan ditandingi oleh sesiapa.
apa yang disampaikan oleh ustaz pada saya lebih kepada motivasi, mengingatkan kembali kita tentang kejadian manusia. betapa kerdilnya kita di sisi-Nya, namun, kita selalu melawan dengan arahan-Nya.

pagi subuh ahad, kuliah telah diberikan oleh ustaz syed kadir.

beliau menyebut tentang 10 muwasafat tarbiyah yg perlu ada dlm usaha membawa islam.
membawa islam dlm keadaan berilmu dan mesti berjiwa besar!

untuk bercakap tentang islam, semua orang pun boleh. tapi bezanya adalah ilmu yang ada pada diri seseorang.
ramai orang boleh bercakap dengan general, berapa ramai orang yang boleh bercakap dengan ilmu yang benar?
—————————————————————–

apa yang saya dah buat, cakap, lalui di KPO, ada antaranya turning point pada diri.

ramai yang cakap, “oo, ni ke miminapis?” itu ini. jangan di expect tinggi dan terlalu memuji. bimbang akan lupa diri. bimbang lupa kepada Yang Memberi.

hakikatnya, saya biasa saja.πŸ™‚ sedangkan, dalam setiap slot yang dilakukan sepanjang program pun, saya tidak bercakap di depan. memegang microphone pun, hanya dikala saya perlu untuk membentang di hadapan.

jika hendak di bandingkan dengan kak zaffan, kak intan, hidayah, kak fizah dan krew2 lain yang banyak bercakap di hadapan, memang saya ini biasa saja.

bagus-bagus dan hebat-hebat juga sebenarnya krew2 iluvislam.πŸ™‚ alhamdulillah.

—————————————————————–

dan, sebenarnya, banyak yang saya perlu belajar.

pada hari terakhir, seorang krew, berpangkat kakak kepada saya menghampiri saya ketika selesai solat zohor di surau.πŸ™‚ kakak krew ini bercerita dan meluahkan sesuatu kepada saya. saya sangat hargai kepercayaan yang diberikan oleh kakak tersebut kepada saya. kepercayaan yang dibina dalam masa 3hari perkenalan, pertemuan. Allah lah Perancang nya! subhanallah.

saya sedar kelemahan saya disitu. saya memang kurang pada bidang daya pujuk. sedangkan semasa di sekolah dulu pun, saya dapat C, bagi bidang daya pujuk. -_-”

kakak tersebut bertanya setelah selesai bercerita, “boleh tak akak nak peluk awak?”. mungkin dengan cara itu, segala keresahan dan apa yang bermain di fikirannya akan terurai. tapi, saya membalas, “akak, saya seganlah. hehe.” ntah pa pe je lah perangai~

mujur, kakak tersebut memahami. daripada situ juga, kami belajar untuk kenal lebih lagi.πŸ™‚
saya beritahu sahaja pada akak itu, saya ini bagaimana. namun, saya tahu, banyak lagi yang perlu saya ubah pada diri. tambahan pula, mengenangkan kehidupan yang bakal saya lalui di nz tahun hadapan.

semasa makan bersama, ada yang menawarkan diri untuk menyuap, (biasalah~ mahu jalinkan lagi kasih sayang sesama muslimatπŸ˜‰ ), saya balas, “tak nak. saya segan lah. hehe”. sama saja keadaan nya di nz.

insyaAllah, we will see, sampai bila saya akan berubah.πŸ˜€ kerana saya tahu, saya perlu biasakan diri kelak.
———————————————————————
saya suka pada semua perkongsian ilmu yang disampaikan oleh pembentang. pembentangan yang diselingi dengan video2, perkongsian pengalaman dan lain2.πŸ™‚

juga, suka pada sesi riadah di petang hari, bersama adik2 di asrama tersebut.
bertemakan “iluvislam ceria”.πŸ˜‰ jika kumpulan tersebut, membuat silap, seluruh ahli kumpulan akan dicorengkan muka dgn cat tepung yang berwarna pink, hijau atau oren.
pada pertengahan permainan, hanya ahli kumpulan saya yang tidak dicorengkan muka lagi. kemudian, kak intan nadia menegur, “mimi, tak aci. muka awak takde (warna) lagi.” saya tak ingat saya balas apa. kak intan balas lagi, “siap awak malam ni, kat bilik nanti. haha.” saya balas kembali, “takpe, saya tidur nanti sambil tutup muka!” heh~ ntah2 pa pe perangai.πŸ˜›
sejurus selepas itu, ditakdirkan-Nya, seluruh ahli kumpulan saya terpaksa dicorengkan muka. redha!πŸ˜€
tanpa di duga juga, salah seorang ahli kumpulan kami (salah seorang adik di asrama itu) jatuh dan kakinya cedera. saya tak tahu apa yang terjadi kepadanya selepas itu, kerana dia kemudian diuruskan oleh krew2 lelaki.

sesi doa wehdah, sebagai penutup KPO 2009, juga antara yang saya suka dan sangat hargai.πŸ™‚
mungkinlah, di saat ramai krew2 perempuan yang menangis, saya tidak. saya mudah sebak, sukar menangis. malah, saya sempat mengusik seorang krew perempuan yang berpangkat adik, “haa.. nangis lah tu.. nangis lah tu..”. dibalasnya, “eleh, tak! saya tak nangis pun. saya nak tengok kak mimi nangis.” hanya kepada dia saya berani berkata begitu, kerana dia suka mengusik saya, itu dan ini. tambahan, sifatnya yang selamba menyebabkan saya mudah selesa.

seorang kakak ini memeluk saya, sambil berkata, “akak kagum dengan awak sebab awak sangat menjaga ikhtilat.” saya balas, “semua orang pun boleh. mungkin, kita kena kuat sikit.” saya tahu saya ini biasa saja, kerana saya banyak (BANYAK!) belajar daripada kesilapan.πŸ™‚ kiranya saya juga pernah buat silap. yang penting, kita belajar daripada situ.

maka, marilah kita sama2 selalu muhasabah diri. insyaAllah.πŸ™‚
———————————————————–

saya menegur, bukan bermakna saya marah, mungkin lebih kepada menyedarkan.
kerana, biasalah. kadang2 sesuatu benda yang sudah menjadi kebiasaan, kita terus melakukannya, tanpa sedar perkara itu betul atau tidak.

mungkin rakan2 usrah saya yang pertama dahulu (nz), tahu. saya pernah menegur secara general, dengan keadaan yang sebak juga. memikirkan kita ini pegangnya pada islam. muslimah ini perlu dijaga setiap aspek. kerana mulianya seorang perempuan, diangkat oleh islam. maka, jagalah diri.πŸ™‚

hal nya di nz, mungkin berbeza. tapi, yang penting, untuk setiap perkara yang mahu dilakukan, fikirkan kita ini membawa imej islam. insyaAllah! saya juga sedang berusaha. sedangkan, banyak kali juga saya ditegur.

saya tak nafikan jika ada yang berbeza pendapat dengan saya.πŸ™‚ ada yang berjumpa dengan saya personally, memberikan pendapatnya. saya tak nafikan, tiada satu pendapat pun yang salah. malah, saya hormat, kerana dia sudi untuk jumpa saya kembali, kemudian memberitahu itu dan ini. cuma jika ditanya tentang pendapat saya, itu lah dia. saya punyai prinsip dan pendapat sendiri. namun, kami tak dapat berbincang lama, tambahan pula, dia seorang krew lelaki. jadi, tidak banyak masa untuk kami berbincang.

saya sayang kalian atas dasar kita sama2 mahu melihat ‘islam my way of life’ benar2 di praktikkan.
insyaAllah, agar Allah SWT melindungi kita dan usaha kita.πŸ™‚

————————————————-
ini adalah antara pemegang gelaran di KPO 2009.

peserta hyperactive : kak zaffan khalid.
lagi 2 title, saya tak ingat apa dia. maaf! tetapi masing2 di sandang oleh fahzan dan anuar.

fasilitator yang sempoi : saudara ruzaini ibrahim.
fasilitator yang mantap : kak suhana hamzan.
————————————————————

semoga berjumpa lagi, insyaAllah!πŸ˜‰

wallahu’alam. correct me if I am wrong.πŸ™‚

13 Responses to “KPO di asrama damai.”

  1. AsNiza December 8, 2009 at 12:01 am #

    “saya tak tahu apa yang terjadi kepadanya selepas itu, kerana dia kemudian diuruskan oleh krew2 lelaki.”

    Alhamdulillah, ketika majlis penyampaian, adik ini ikut serta, siap bergaduh2 dengan kawan2nya (akak kena damaikan, huu~ budak lelaki, biasalah =) )

    Then tanya die cmne kaki dia, die tunjukkan kaki dia, katanya dah Ok..cuma sakit skit time berlari.. alhamdulillah kalau die tak apa2.. ^_^

    • miminapis December 8, 2009 at 2:56 am #

      oho. alhamdulillah~!πŸ™‚

      terima kasih kak asniza.
      (cuma saya dan Dia je yang tahu kenapa saya ucapkan terima kasih)πŸ™‚

  2. intan nadia taib December 8, 2009 at 10:51 am #

    update yang sungguh pantasπŸ™‚ cik miminapis adalah diantara mereka yang selalu mengingatkan akak untuk tidak membiarkan blog akak b’sawang.thank u for your kind reminder.

    alhamdulillah,i’m glad to see u and others too.seronok melihat perbezaan dan persamaan miminapis di kali pertama akak berjumpa kamu dan the recent ones.manfaatkan cuti ini untuk polish kebolehan kamu k?jadilah seorang survivor,permata yang tetap berguna walau dicampak ke mana2 sekalipun hatta ke bulan atau planet asparagus.

    mimi,nampak sangat ke kita ni addicted dengan internet?haha..anyhow,let’s use it for the beneficial of ummah,inshaAllah..t care love~

    • miminapis December 8, 2009 at 12:16 pm #

      hehe. nama pun tengah bercuti. sambil2 buat kerja yang dah 6 minggu bertunggak, sambil2 buat blog~πŸ˜›
      [tapi, saya rasa mcm lagi byk berblog, drp buat kerja~ iskk!😦 ]

      planet asparagus? wow! haha~

      oh, lupa~! akak, kalau akak tak nak blog akak bersawang, akak boleh beli ladybird home helper, hasil ciptaan kumpulan saya masa KPO yang lepas. haha~!πŸ˜›
      murah saje! RM150~ ada ISO 9003 lagi.πŸ˜›

  3. kak suhana_nur December 8, 2009 at 5:40 pm #

    salam, sebab mimi ada tulis nama akak kat sini, jadi akak pun terasa nak komen..

    banyak juga yg akak belajar dari mimi dan semua org.
    harap akak juga akan jadi lebih baik, dan tegas dalam beragama.

    maaf atas kelemahan kami selaku JKP. banyak sangat kelemahan terutama dalam aspek kerohanian dan ikhtilat..akak nampak hal tu.
    tapi semua teguran kami berterima kasih & ambil positif.

    semoga mimi terus berusaha, tak mo ponteng kelas ya..sebab keberkatan guru tu lah resepi kejayaan dalam hidup seseorang. tak kisah la siapa guru tu pun. (^^,)

    • miminapis December 8, 2009 at 5:52 pm #

      hehe. biasalah tu. kita semua belajar daripada setiap orang dripada kita kan?

      saya suka tengok akak dapat present dengan selamba nya di hadapan.
      hehe.πŸ˜‰

      adehh~ kantoi sudah di blog ini.
      insyaAllah, saya try untuk tidak ponteng kelas tahun depan. hehe.
      akak doakan saya kuat!
      kuat utk mendaki bukit2 di wellington, seterusnya tiba dengan selamatnya di uni.πŸ˜€
      kuat utk mengharungi angin2 kuat di wellington, cuaca sejuk di sana juga.πŸ˜‰

      best dapat kenal akak dan fasi2 yang lain.πŸ˜‰

  4. Suhana Amiril December 9, 2009 at 8:01 pm #

    Assalamu’alaikum tuan rumah~!!

    Saje singgah sini untuk ucap terima kasih..

    Terima kasih atas peringatan semasa sidang dewan telah tamat. Hihi. Masa tuh mmg dah nak banjir.. kui3.

    Syabas kak..

    • miminapis December 9, 2009 at 8:11 pm #

      wa’alaikumussalam suhana.πŸ™‚

      banjir? maksudnya? maaf lah. saya ini kadang-kadang lambat pick up jugak.πŸ˜€

      kekuatan daripada Allah. maka, kepada Dia lah sepatutnya pujian diberikan.
      alhamdulillah.

  5. qeela December 11, 2009 at 3:53 am #

    salam ziarah akak…mohon copy link yerr…

    hahaha..akak nangis ke???
    saya sebak gak..tapi control arr masa tuhhh…
    tak nak kantoi nga akak…

    btw,best dapat kenal nga akak….

    • miminapis December 11, 2009 at 4:07 am #

      hehe. mana ada saya nangis la.
      mesti la kena control depan qeela. haha~πŸ˜›

  6. zaffankhalid December 11, 2009 at 5:09 pm #

    wah…panjang lebar!

    • miminapis December 11, 2009 at 5:12 pm #

      herk~

      teringat kata2 akak masa dalam komuter.
      bezakan antara ‘bercerita’ dan ‘menyampaikan fakta’.

      maka, saya sedang bercerita di sini. -_-“

  7. najwa ensem January 11, 2010 at 2:26 am #

    salam..ow,baru perasan umah anak yatim tu kite pnah g..jd sukarelawan kt sne..besh3..

    hmm..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: