‘bagaimana menghilangkan lelaki’ ?

3 Dec

mari saya qoute kan ini dahulu,

No Boy—friends! The easiest way to ensure that you don’t end up falling in love with some guy before you’re ready to get married is to avoid making friends with boys. Of course in school you have to interact with boys all over the place, but that doesn’t mean you should be best buds with them. Probably 90% of relationships begin from friendships. Chances are you’re not ready for marriage, your parents aren’t ready to let you get married, you’re still in school and your crush is not the sort of fellow you want to spend the rest of your life with, so just avoid being friends with him in the first place. It really is the best formula for saving yourself from needless temptation.”

untuk mendapatkan link artikel penuh bagi perenggan di atas, dapatkannya di akhir post ini.😀

——————————————————————————————————————————–

beberapa hari lepas, saya ada menegur beberapa orang rakan di YM. mengucapkan selamat hari raya aidil adha.

seorang ini, saya kenal sejak berada di tingkatan 3. kemudian, dengan perancangan Yang Maha Hebat, kami berada di kolej persediaan yang sama.

antara apa yang di katakannya di dalam YM itu, “aku takut nak tegur kau. sebab kau dah masuk usrah sekarang.” saya berkata dalam hati, “so?” di tambahnya lagi, “kalau di (sebuah tempat di australia) ni, budak2 perempuan yang usrah, mana ada nak cakap dengan lelaki,”

dalam jangka masa setahun lebih saya tidak berurusan dengan mana-mana lelaki, kecuali jika ada urusan, termasuklah dia, banyak persoalan yang bermain di fikiran yang mahu saya tanyakan kepadanya. tapi, biarlah. saya pun malas mahu memanjang manjangkan YM. sekadar untuk ucap ‘selamat hari raya aidiladha’ dan mendengar khabar rakan2 sahaja.

saya tanya lagi, “dulu kat kolej pun ada usrah jugak. jadi?” di balasnya, “usrah kat oversea ni lain sikit.” saya tak tahu apa yang lainnya, malas mahu bertanya, malas mahu meleret-leret.

usrah di oversea lain sikit? itu masih menjadi tanda tanya. saya tak tahu di tempat nya bagaimana. tetapi, bagi saya, sepanjang usrah yang saya ikuti, tiada pelajaran2 yang extreme di ajar, kami tak di ajar untuk boikot lelaki, TETAPI….

di dalam pengisian usrah-usrah, kami DIAJAR cara pergaulan yang dituntut oleh islam.

untuk sesuatu perkara, jika terang-terangan di lihat salah, maka tegur. beri pelajaran kepada mereka.

saya suka pada ayat seorang ustaz ini, apabila di tanya kepadanya bagaimana nak menegur seorang yang non-Muslim, tetapi dia berminat untuk memeluk islam. “dalam keadaan dia yang tak tahu banyak tentang islam, kita jangan terus marah dia kalau kita nampak dia berpegangan tangan dengan yang bukan mahram, minum arak, (n etc). kita beritahu dia apa yang patut, apa yang tak. cuba BETULKAN dan beri pelajaran tentang AKIDAH.”

dengan akidah (pegangan) yang mantap, insyaAllah, akan timbul perasaan mahu amar makruf, nahi mungkar.

bagi saya, itu jugalah yang dibuat di dalam usrah kami. ya, budak-budak usrah, semuanya orang islam. tetapi, ‘budak usrah’ seperti saya, masih banyak yang perlu saya belajar, untuk mengejar ‘masuklah islam secara keseluruhan’ itu.

mungkin lah saya mahu bercerita. saya punyai seorang rakan. saya boleh kata, saya kenal dia ini orang yang bagaimana; semasa di kolej dan saya nampak perubahan padanya semasa di welly. dia pernah berkata kepada saya, bahawa dia berasa beruntung berada dalam kelompok yang memahami. (mungkin saya mahu betulkan ayatnya, ‘kelompok yang BERUSAHA untuk MEMAHAMI ISLAM’🙂 ) ” _____ tak tahu apa akan jadi, kalau _____ tak masuk usrah. takde orang yang nak bimbing.” katanya.

perhatian : mohon untuk tiada salah tafsir. bukanlah maksudnya, ‘budak2 usrah baik, manakala budak2 tak usrah tak baik’.🙂 kiranya nak kata, bila ada kefahaman, ada pengetahuan tentang sesuatu, ia akan membuatkan kita berfikir. membuatkan kita tahu mana salah dan silap nya perbuatan kita. kerana, kalaulah rakan2 yang pernah mengatakan saya, ‘budak baik’, ‘otak suci’, (pa pe lah lagi), sebenarnya saya pun baru je join usrah secara serius di welly. sebelumnya, saya tiada usrah yang serius. cuma jika ada pertanyaan, saya tanya pada kakak2 yang saya kenal. saya baca di internet. saya curi-curi baca buku2 ayah. no pain, no gain!

yang penting adalah kefahaman. kalau pun ada antara kita yang stock ‘anti-usrah’ tegar tok-tok, (heh~ ada ke?), boleh saja ambil buku-buku, ataupun mencari ilmu-ilmu tentang islam, di laman web. usrah itu hanya medium, hidayah itu hanya daripada Allah.🙂 tetapi, berapa ramai yang begitu?

untuk ‘saya’ yang agak ‘malas’ ini, dengan adanya usrah, paling tidak, saya ada pengisian. ‘saya’ ni malas membaca kan. jadi, datang usrah, dengar apa yang kakak naqibah sampaikan. tak faham tanya. bila dah faham, amalkan. maka, jadilah, “usrah itu berakhir dengan al-fatihah, dan bermula dengan tasbih kafarah dan surah al-asr!” -saya tidak tersalah susun perkataan ini.-

kakak2 naqibah juga ada peruntukan masa untuk mereka mendapatkan ilmu, muhasabah diri dalam penyampaian, dan juga berkongsi apa yang mereka tahu dengan rakan2 dan adik2.

saya kata pada rakan di YM itu, “usrah itu medium untuk dapatkan ilmu. jika ada kemahuan untuk tahu, ada usaha ke arahnya, boleh je kita nak dapatkan ilmu tu.” di tambahnya, “tapi, budak2 usrah lah budak2 baik.” ye ke? maka, peringatan kepada saya! dan budak2 usrah, sila jadi baik!

tetapi, jika di luar, jika ada melihat budak2 usrah yang perangai nya ntah apa2, bagi saya, sebenarnya, dia tidak mewakili usrah nya.

“eleh, budak usrah buat jugak.” pertanyaan saya, “jadi?”

sebab itu, kita jangan ikut budak usrah, tetapi kita ikut ilmu (yang betul), yang budak usrah tu dapat. sumbernya, sudah tentu Al-Quran dan sunnah. nak senang, supaya tidak terpesong, jangan ikut orang! ikut yang baik sudey~😀

disini pentingnya untuk kakak2 naqibah (terutamanya), dan budak2 usrah untuk muhasabah diri. ingat, ilmu tanpa amal, tidak berguna! samalah seperti, kita tahu bahawa di mulut, enzyme nya amylase. tetapi di dalam peperiksaan, kita tulis, enzyme di mulut adalah protease! maka, terang tang-tang dapat markah 0 disitu.

lagipula, bila kita dah tahu, kita perlu beritahu orang. amar makruf, nahi mungkar. jika tidak, salahnya pada diri kita.

beratnya jadi budak usrah kan? hehe. nak tak nak, kita kena jugak! kena apa? kena TAHU tentang islam. sebab memang kita ini di lahirkan islam. title ‘islam’ itu ada pada diri.

analogi lagi! kita ni ada jawatan sebagai pengurus sebuah syarikat. maka, tugasnya pada kita. bila kita tak buat kerja, pengarah syarikat marah. ditolaknya gaji. tiada bonus!

begitulah kita. Allah bagi kita tanggungjawab sebagai khalifah. ada tugas. kena buat. kalau pengarah syarikat boleh tolak gaji kita dan tiada bonus, sesungguhnya murka Allah itu lagi dahsyat. macam mana nak buat kalau kita takde ilmu, kan? jadi, tuntutlah ilmu untuk memberi dan berkongsi.

[tiba2 teringat pada diri yang ‘sunyi sepi’ dikala cuti ini. berapa banyak ‘kerja’ kau dah buat, miminapis? baca sahaja itu dan ini, kemudian ‘pendam’ simpan sorang2. paling tidak cerita pada adik-adik dan emak. ingat mimi, masa lapang bakal membunuh jiwa yang kosong!]

saya teringat pada kata-kata seorang doktor ini. ringkas, tapi membuat kan kita berfikir. doktor itu bercerita-cerita dengan ayah semasa menjalankan proses ‘berkhatan’ adik saya yang lelaki itu. saya dan emak juga berada di dalam bilik untuk menemani ayah dan izat. ayah di sisi izat.

ayah dan doktor itu bercerita tentang politik tanah air dan politik setempat. tentang itu saya tak berapa nak tangkap perbualan mereka. hinggalah apabila doktor itu berkata “macam manusia lah. bila ditanya,’tahu tak tentang kiamat?’. orang akan jawab, ‘tahu’. tapi, mereka tetap dan masih lagi berlengah.”

tahu tentang kiamat, dosa pahala. tapi apa yang kita buat? cukupkah dengan hanya berkata, “nak tak nak semua orang pun kena masuk neraka dulu.”, “lambat lagi nak tua”. confirm ke hayat ini sampai ke tua?

teringat pada soalan psycho yang pernah saya tanya pada adik (mungkin ketika itu perasaan malas menyelubungi dirinya, maka pelbagai alasan disediakan), “bila nak mengaji? semalam tak mengaji kan?”. di balasnya, “nak mengaji dengan ustazah kat sekolah.”
mimi : meh angah ajar.
wawa : tak nak!
mimi : kenapa?
wawa : nak tunggu ustazah ajar tahun depan.
mimi : wawa confirm ke wawa akan hidup tahun depan?
wawa : ye lah!
mimi : mana wawa tahu?
wawa : wawa kecik lagi!
mimi : haa.. banyak lah kau!

bila banyak kali di asak dengan soalan tentang ‘hidup’ dan ‘mati’, dia berkata, “angah ni, janganlah kata macam tu.” (dalam hati saya kata, “haaa.. tahu pun kau takut.”) saya balas, “kalau macam tu, jom mengaji!”

hingga kini, saya masih lagi berfikir2 sama ada tindakan saya itu betul atau tidak. sesuai atau tidak berkata2 begitu pada kanak2 kecil.

okeh, panjang sudah!

permulaannya, sebenarnya saya mahu berkongsi satu artikel ini. saya sangat suka!!🙂

jika yovie&nuno punyai sebuah lagu yang bertajuk “menjaga hati”, saya mahu menyampaikan sebuah ‘lagu’ yang bermotifkan “menjaga diri”, melalui artikel “How To Lose A Guy”.🙂

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

2 Responses to “‘bagaimana menghilangkan lelaki’ ?”

  1. nurul atiqah December 4, 2009 at 5:24 pm #

    assalamualaikum..

    akak..

    “usrah itu berakhir dengan al-fatihah, dan bermula dengan tasbih kafarah dan surah al-asr!”

    npe susunnye mcm nie?

    jelaskan?

    boleh..?

    time kasih..

    :p

  2. Areda December 9, 2009 at 4:26 am #

    nice entry..lots of input…thanks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: