jangan complain, bersyukur!

2 Dec

melihat awan di luar. gerakannya tidak begitu ketara, jika hendak dibandingkan dengan pergerakan awan yang cukup laju di wellington.

apabila tiba di malaysia dari wellington 2 minggu lepas, keluar sahaja dari lapangan, terdetik dalam hati “sekarang baru aku tahu dan rasa apa yang dikatakan oleh fakta, “malaysia mempunyai iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun.” kerana terasa perbezaannya. di welly, cuacanya sentiasa sejuk dan kering. (ye ke kering? ye lah kot.😀 )

jika di welly, sentiasa mahu berdamping dengan encik heater. hingga bil elektrik naik melambung. pernah mencecah NZD500 sebulan. maka, perlu minta bantuan ayah untuk tanggung perbelanjaan bil. di sini, panas sedikit, segera di capai remote control air cond. suhu di set kepada 16 darjah celcius.
setiap kali keluar makan dengan keluarga, mak tanya, “nak makan kat mana?” saya balas, “tempat yang ber’air cond’!”. along balas, “kau mengada.”

di welly saya belajar hidup sederhana. di sini, hidupnya semua tersedia.

di sini, kadang kala saya rindu pada hidup di sana. apabila di sana, kadang kala saya sangat dan mahu pulang ke malaysia.
————————————————————-
maka sebenarnya, apa yang kamu mahu?

tidak. saya tidak mahu complain.🙂 teringat pada salah satu rules kami di mukhayyam badar yang lepas.

tidak boleh complain. kalau complain kena denda. dendanya ucap ‘astaghfirullahal’azim’. kemudian, ucap ‘alhamdulillah’.

di welly dan di sini.

dua situasi dan tempat yang berbeza. di welly, terasa seperti dalam kepompong. kawan2 sekeliling, esp mereka2 yang saya gauli, kebanyakkannya rakan2 yang baik. yang ke arah pemikiran yang matang. dengan housemates (macam ramai je housemates, 2 orang je pun.), tatkala kami ada sesi tazkirah (walaupun sekejap cuma), kalau saya ‘memberi’, housemates, kadang kala boleh menambah2, jika dalam penyampaian saya itu ada lompong nya. kami memberi dan menerima.🙂

tapi di sini, lain. saya tidak lah keluar untuk mencari mad’u, seperti ada yang melakukan itu. kerana, adik2 di rumah juga perlu dibentuk. saya suka. sudah dua kali apabila selesai solat berjemaah, adik yang bongsu berkata, “angah, nanti angah cerita2 lah pasal islam ye. kita jangan bukak telekung lagi eh.” saya suka apabila adik yang bongsu itu bertanya itu dan ini. kerana, paling tidak, saya tahu otaknya bergerak dan mahu berfikir.

saya suka dengan soalannya yang ini. tadi, saya terangkan padanya tentang surah al-baqarah, ayat 208.
tentang ‘masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan.’

mimi : apa yang wawa faham dengan ayat tu?
wawa : masuklah islam.
mimi : siapa kena masuk islam?
wawa : orang india dengan orang cina lah.

jawapannya membuatkan saya sedar. saya tak pernah berfikir bahawa akan ada orang yang jawab begitu. mungkin kerana selama ini, saya bersama dengan kelompok yang ‘senang faham’ dengan ayat-ayat dalam Al-Quran, jadi saya kurang terdedah kepada jawapan2 yang (bagi saya) ‘luar biasa’.

saya tidak berniat pun mahu menyentuh tentang orang yang bukan islam. maka, saya bacakan semula ayat itu kepada nya. “wahai orang2 yang beriman! masuklah ke dlam islam secara keseluruhan dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan. sungguh, ia musuh yang nyata bagi kamu.”

mimi :a’ah. betullah tu. tapi, dengar balik ayat tu, Allah kata, “orang2 yang beriman…” kan?
wawa : a’ah.
mimi : siapa orang yang beriman tu?
wawa : kita lah.
mimi : haa.. tu lah.
—————————————————–

saya ada bertanya pada afiqah (pikah) dan wawa. apa itu islam?

wawa : islam tu islam lah. sembahyang, puasa.
mimi : ye ke? tu je?
wawa : ye lah.. alaaa..apa tu? ustazah wawa ada cakap, tapi dah lupa.

mimi : pikah, islam tu agama ke?
pikah : erm, tak jugak. ustazah kita ada cakap, tapi lupa apa perkataan dia.
mimi : cara hidup?
pikah : haa…
mimi : eleh, ye ye je lah kau kan? [haha~ jahat je lah, ayat kau mimi~]

berbanding wawa (7tahun), pikah (12tahun) lebih banyak diam. mungkin juga ketika itu pikah leka membca sesuatu di skrin laptop.

saya kata, islam itu cara hidup, gaya hidup.

saya tak ingat soalan yang bagaimana keluar dari mulut saya, langsung dijawab oleh wawa,

wawa :…ye lah, kalau Allah tak bagi kita jadi orang islam, nanti kita jadi macam cika.

haha~ okeh. ini lagi lah saya tak tahan. sebab kebanyakan jawapan2 daripada wawa, adalah unexpected!

cika adalah jiran kami yang berbangsa india. selalu menjadi rakan permainan wawa.

beberapa hari lepas, wawa ke rumah cika untuk bermain bersama. pada masa yang sama, sepupu kami, kimi (9tahun) turut berada di rumah saya. maka, mereka bertiga bermain bersama.

along bercerita, semasa dalam perjalanan menghantar kimi pulang ke rumahnya, kimi membuka cerita.

kimi : kak long. kak long nak tahu tak, tadi kan, masa kat rumah cika, wawa ajak cika masuk islam.

apabila along ceritakan semula kepada saya, saya pun tak sangka si kecil itu seberani itu.

mak membalas, “biasalah tu. dia nak ikut angah dia lah tu. bawak usrah”

saya diam. tidak mahu respons apa2. dalam masa yang sama bertanya, “bila masa pulak aku bawak usrah? masa kat seseri pernah lah. itu pun on off je. zaman seseri dah 4tahun berlalu kot.”

apa2 pun, kadang2 saya suka melayan pertanyaan nya.🙂
—————————————————————-

di dapur, emak gemar memasang radio.

wawa berjoget2, sedangkan saya menolong emak menggoreng telur.

wawa hampir. “Angah, kalau kita dengar lagu kan, lepas tu kita joget2. tu ibadah ke?”

mungkin dia terkesan, kerana sebelum itu, saya ada kata, buat sesuatu tu sebab Allah, baru kata ibadah.kalau betul buat, kalau salah jangan buat.

saya balas, “wawa rasa ibadah ke?”

wawa : ntah, tak kot.
mimi : erm, kalau nak joget2 tak tentu hala, baik tak payah.
——————————————————

tadi, pesannya, “angah, bangun pagi2 kejutlah wawa eh.”

baik~! insyaAllah.

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

One Response to “jangan complain, bersyukur!”

  1. CAHAYA KELEMBUTANKU December 2, 2009 at 5:46 am #

    bagus adikku itu…~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: