perkhabaran dari sana.

1 Dec

tatkala ini, Switzerland melarang pembinaan menara masjid di negara nya, lantas menyebabkan azan tidak dapat dilaungkan kepada masyarakat sekitar.

ini bukannya kali pertama kita mendengar masalah pencabulan terhadap islam.

dahulu, saya berhabis masa menonton video The Arrival. berusaha untuk memahaminya untuk suatu tugasan. sedikit sebanyak mendedahkan saya kepada konspirasi-konspirasi yang ada. namun, konspirasi, tetap konspirasi. saya pun bukanlah seorang yang percaya kepada teori konspirasi seratus peratus. tetapi, apabila didedahkan kepada sesuatu, membuatkan saya terfikir dan mahu berfikir. sedangkan, ada banyak lagi benda yang perlu kita tahu tentang sesuatu fakta yang diberikan. lagipula, bagi saya, teori ini adalah ‘berat’.

apabila terbaca dan terdengar tentang penindasan2 yang berlaku kepada islam dan umatnya, setiap kali itulah saya akan teringat kepada video tersebut.

terfikir juga, sebenarnya saya benar-benar telah mengosongkan ruang pemikiran daripada pengaruh-pengaruh sekeliling ke? benar-benar tidak terdoktrin dengan apa-apa?

cuma perlu bersedia. segala apa yang ada dihadapan kita perlu untuk kita nilai; sesuai atau tidak untuk diterima ke dalam diri, sebelum ia menjadi gaya hidup dan cara hidup kita.

sedangkan, apabila melihat permainan catur (chess), seperti ada satu perasaan di dalam diri. tidak tahu bagaimana mahu ditulis dengan perkataan. saya juga pernah membaca satu hadis, dimana, permainan catur itu tidak dibenarkan. hadis tersebut saya baca pada himpunan hadis Muslim, yang saya punyai dalam bentuk pdf. sangat banyak hadis di dalamnya. keseluruhannya ada 1850 mukasurat. saya mendapat salinan ini daripada carian di internet, kemudian saya download. memandangkan slinan himpunan hadis ini saya dapati daripada carian saya sendiri di internet, jadi, saya tidak dapat menentukan sama ada sumbernya adalah betul atau tidak. dan, saya pun tidak tahu untuk bertanya kepada siapa untuk mengesahkan salinan itu adalah betul atau tidak.

melalui apa yang saya baca, tidak ada lagi hadis yang pelik-pelik. jadi, sekarang, saya hanya membaca hadis-hadis tersebut dan berusaha untuk beramal selagi (dalam pengetahuan saya yang cetek ini) tidak bertentangan dengan agama.

bila-bila masa saya teringat dan mahu membaca, saya akan membuka nya. dan saya pun tidaklah baca mengikut turutan. skip-skip juga. (-_-“)

bila sudah membaca hadis-hadis tersebut, ada juga beberapa perkara yang membuatkan saya tertanya. kenapa? apa peristiwa yang menyebabkan terbitnya hadis itu? bukanlah mempersoalkan kenapa sesuatu itu disuruh dan dilarang, tetapi saya lebih kepada suka untuk mendengar dan mengetahui apa peristiwa yang terjadi sebelum dan selepas hadis itu diriwayatkan. (saya suka mendengar cerita!šŸ˜€ )

oh, okeh! sebenarnya nak cakap pasal azan tu tadi. semasa membaca tentang perkhabaran switzerland itu, saya teringat tentang satu bacaan yang telah saya buat beberapa hari lepas. tajuknya, “mengapa perlu dengar azan?”. artikel oleh Dr Azhar Sarip, di dalam tabloid iluvislam, keluaran karangkraf.

saya mahu memetik perenggan yang terakhir.

Jika kita dapat menjadikan pengakuan kehebatan adalah milik Allah SWT semata-mata sebagia satu tabiat dalam hidup kita, maka sedikit demi sedikit ego kita akan terhakis. Tanpa kita sedar, penyerahan diri bulat-bulat akan dapat kita rasai. Jika kita berada dalam keadaan ini, pasti kita tahu betapa manisnya iman.

di dalam azan, ada tanda kita membesarkan dan mengagungkan Allah. “Allahu Akbar”

di dalam azan, kita menyatakan persaksian bahawa Muhammad SAW sebagai utusan Allah. “Asyhaduanna Muhammadur Rasulullah.”

semua orang tahu tentang itu, kerana semua orang boleh menyebut.

tetapi berapa ramai yang menyelami makna yang sebenar?

persaksian bahawa Muhammad sebagai Rasul Allah, adakah cukup dengan hanya menyebut di dalam azan dan solat? sudikah kita memikul tanggungjawab yang pernah dipikul oleh Baginda SAW dahulu?

berapa ramai yang sudi, di kala dunia penuh dengan kesenangan yang tiada henti ini?

astaghfirullahal’azim.

wallahu’alam. correct me if I am wrong.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: