eid adha!

27 Nov

assalamualaikum wbt,

mahu mengucapkan selamat eidul adha kepada semua.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

sekadar perkongsian,
semasa dalam perjalanan ke cyberjaya petang tadi, kedengaran suara penyampai radio.
katanya, perkataan ‘aidil’ yang selalu digunakan oleh kebanyakan orang selama ini, adalah kurang tepat.
lebih tepat jika digunakan ‘eidul’.
sebab nya, saya tidak pasti.
[mungkin ada kaitan dengan perkataan arab? wallahu’alam. saya tidak reti berbahasa arab.]

baru-baru ini saya ada membeli sebuah buku, ‘riwayat bidadari syurga’, karangan munif ahmad.
insyaAllah, mahu berkongsi disini.
sedikit sebanyak ada kaitannya dengan eidul adha.

tentang peristiwa Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as, dan Hajar.

disebabkan ketaatan kepada suruhan Allah SWT, Hajar redha ditinggalkan oleh suaminya Nabi Ibrahim as, di tengah-tengah padang pasir yang kering kontang, bersama-sama anaknya Ismail.
Hajar berkata, “Kalau begitu kehendak-Nya, sudah tentu Allah SWT tidak akan mensia-siakan kami. Aku redha.”
subhanallah! hebatnya keimanan beliau!

menurut penulisan dalam buku tersebut lagi, Hajar adalah wanita pertama yang telah melabuhkan pakaiannya untuk melindungi kesan tapak kakinya daripada dijejaki oleh Sarah, madunya.

Antara doa-doa yang diucapkan oleh Ibrahim as adalah:

a) surah Ibrahim, ayat 37.
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman berdekatan rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”

b) surah Ibrahim, ayat 38.
“Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami lahirkan, dan tidak ada sesuatu pun yang tersembunyi bagi Allah, baik yang ada di bumi ataupun yang ada di langit.”

larian Hajar dari Bukit Safa ke Marwah, telah dijadikan rukun oleh Allah SWT di dalam ibadah haji dan umrah.

keredhaan yang ditunjukkan oleh Hajar ini sedikit sebanyak mengajar kita, terutama kaum hawa.
pengorbanan seorang isteri dan hamba kepada Yang Maha Esa.

bagaimana dengan diri kita?
redha dengan setiap ujian? berkorban untuk agama?

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂
nur syamimi mohamad napis.

One Response to “eid adha!”

  1. rahim othman November 29, 2009 at 12:41 am #

    yup..bersangka baik kepada ALLAH adalah kunci kepada penerimaan setiap ketentuan dn ujian drNYA….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: