topik sama.

21 Nov

mungkin mahu bercerita tentang telekung dan solat lagi.🙂

minggu ini kami sekeluarga sekali lagi mengikuti ayah bermesyuarat di kuala lumpur. selesai solat zohor bersama adik yang bongsu, berumur 7 tahun, dia bertanya kepada saya,

wawa : angah, angah bawak telekung tak? nanti kita boleh sembahyang sama-sama kat hotel.

mimi : tak nak bawak. (sengaja mahu menimbulkan persoalan pada diri nya.)

wawa : kenapa? angah tak nak sembahyang eh? angah tahu tak, kalau nk masuk syurga kita kena sembahyang?

adik yang bongsu ini memang terkenal dengan perwatakannya yang suka bercakap dan bercerita. emak menggelarkannya ‘mak enon’, kerana perangai nya dan sikapnya yang suka bercakap dan kadang-kadang seperti orang yang sudah dewasa! hingga kini gelaran ‘non’ atau pun ‘enon’ melekat pada dirinya. cuma kami adik beradik yang perempuan dan emak sahaja yang panggil begitu. ayah dan adik lelaki, tidak.

mimi : tahu.

wawa : dah tu, kenapa angah tak nak bawak telekung?

mimi : saja je.

wawa : tak pe. wawa tengok, nak tengok angah kemas telekung tak nanti.

mimi : wawa, boleh tak sembahyang tak pakai telekung?

wawa : (sengih) tak!

mimi : kenapa?

wawa : sebab tak tutup aurat.

mimi : kalau pakai tudung?

wawa : tak boleh jugak.

mimi : kenapa?

wawa : sebab tak tutup tangan. (sambil menunjuk ke arah tangan nya. berlengan pendek.)

mimi : kalau pakai baju lengan panjang?

wawa : tak boleh jugak. kena pakai jubah.

mimi : kenapa pulak kena pakai jubah?

wawa : ye la. nanti nampak kaki.

mimi : okeh. angah tak nak pakai jubah. tapi angah nk pakai tudung, baju lengan panjang dengan stokin. boleh tak?

wawa : tak boleh jugak.

mimi : kenapa pulak?

wawa : sebab stokin tu busuk.

mimi : (gelak. tak sangka pulak dia boleh fikir macam tu.) okeh. pakai lah stokin baru. yang wangi punya.

wawa : tak boleh.

mimi : kenapa?

wawa : tak boleh la.

mimi : eiy, jawab betul-betul. nak kena cubit?

akhirnya, perbualan kami menyimpang-nyimpang. masuk tentang tudung, Asiah (isteri fir’aun) dan lain-lain. sempat juga saya katakan padanya, boleh bersolat tanpa telekung, asalkan tutup aurat. baju jangan ketat.

dia hanya mengangguk.

kami berkemas-kemas. saya bawa juga telekung sebagai ‘syarat’ kepada si adik, supaya dia turut bawa. supaya nanti dapat bersolat bersama. insyaAllah.🙂

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

One Response to “topik sama.”

  1. CAHAYA KELEMBUTANKU November 25, 2009 at 5:26 pm #

    bagus adik2 ku ini..sejuk hati melihat~ haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: