berhati-hati

18 Nov

ahad lepas; saya, mak, ayah dan along ke cyberjaya. untuk menghantar along pulang ke uni nya.

singgah di salah sebuah R&R untuk solat maghrib. tambahan pula, pada hari ahad, keadaan di lebuh raya sangat sesak.

usai solat, ayah menanti kami di luar kereta. seorang lelaki menghampiri ayah, katanya, dia datang dari negara jiran, dan mahu melihat duit baru dari malaysia.

ayah tanpa sebarang sangsi mengeluarkan wang kertas 10 ringgit. ayah kata kan, “this is the latest one.”

kemudian, lelaki berkenaan, meminta wang kertas yang lain. ayah berikan pula note 50 ringgit. agak pelik kerana lelaki tersebut meminta untuk melihat note yang lain, sedangkan pada pengetahuan saya, wang kertas 50 ringgit malaysia hanya ada 1 corak yang itu sahaja. ayah berikan lagi beberapa keping note 50 ringgit.

ayah katakan lagi, ” they are all the same and the latest!”. ayah agak berasa hairan apabila setelah beberapa keping duit diberikan, lelaki tersebut tanpa segan silunya mengira kesemua duit yang telah ayah berikan kepadanya.

jika benar dia hanya mahu melihat wang kertas yang baru dari malaysia, mengapa perlu di kira nilainya?

tambah emak lagi, kenapa orang itu menghampiri orang-orang awam? sedangkan ada sahaja stesen-stesen minyak dimana dia boleh hampiri dan bertanya. (itu pun kalau boleh~) emak kata, “mungkin sebab ada cctv, sebb itu dia tidak berani untuk ke stesen minyak.” wallahu’alam.

saya sambung, “dia tak tahu ke ada ‘cctv’ yang sangat besar tengah kawal dia sekarang?”

kenapa tidak ditukarnya awal-awal duit singapore kepada duit malaysia? tidakkah dia berhenti singgah di mana-mana tempat semasa sepanjang perjalanannya dari singapore ke hentian rehat di nilai itu? tidakkah dia berhenti untuk makan atau minum sebentar? paling tidak pun, isi minyak kereta. bukankah semua urusan itu memerlukannya menggunakan mata wang malaysia?

ayah juga berkata, lelaki berkenaan menunjukkan wang-wang kertas yang dimilikinya. semuanya dollar singapore, america, tetapi, ayah tidak dapat pastikan sama ada wang-wang berkenaan adalah yang benar atau yang palsu.

setelah mencurigai lelaki tersebut, lantas, ayah mengambil semula semua wang yang telah ayah berikan kepada nya, dan berlalu meninggalkan lelaki tersebut. ayah kata lagi, bahawa lelaki tersebut marah-marah sambil berkata, “don’t you believe me?!!”

biarlah. hati ayah sudah mengesan perkara yang tidak baik akan berlaku. maka, biarlah ayah mengikut gerak hati nya.

mungkin juga niat orang itu baik dan betul. tapi, caranya meragukan. terutama apabila dia mula mengira kesemua wang kertas yang diberikan oleh ayah. katanya mahu lihat sahaja, tetapi, akhirnya di kira.

entah lah. macam-macam. mungkin orang tersebut punyai rancangan nya yang lain.

cuma untuk zaman sekarang, kita perlu sangat berhati-hati. terutama pada orang yang tidak dikenali.

tatkala mendengar cerita ayah itu, emak berkata, “nasib baik tidak dijampi nya orang tu. takut juga kalau ‘disembur2’, langsung ayah terus bagi kunci kereta pada orang tu.” emak meleraikan ketegangan dalam cerita ayah.

berhati-hati lah!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.πŸ™‚

2 Responses to “berhati-hati”

  1. fairuz November 19, 2009 at 6:30 pm #

    Kak d tanya pasal baju. Dia kat msia skrg. Nnt txt dia k- 0174417307.

    • miminapis November 19, 2009 at 11:13 pm #

      baik kak~!πŸ™‚ saya dah text, tapi tak be’reply’ lagi.πŸ˜€
      kak d sibuk sikit kot. hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: