misi.

17 Nov

semalam saya lihat adik saya yang kedua solat pagi, Subuh. dia bakal menerima keputusan UPSR nya dalam masa yang terdekat ini.

dia bersolat dengan hanya pakai baju sekolah, stokin dan tudung.

saya sahaja bertanya dan menduga si adik berumur 12 tahun, “pikah, kenapa solat tak pakai telekung? boleh ke?”

pikah : boleh je. dah tutup semua aurat.

mimi : mana tau boleh? orang lain kan semua pakai telekung.

pikah : ustazah kite kata boleh, asalkan tutup semua aurat. ustazah kite pun buat masa amali solat kat sekolah hari tu.

mimi : oo eh? kira nya boleh solat tak pakai telekung ni?

pikah : boleh!

bagus! kecil lagi sudah tahu. saya cuba membandingkan diri sendiri dengan adik saya yang kedua ini. saya ketika berumur 12 tahun, perangai pun masih keanak-anakan lagi. apa orang buat, saya buat, TANPA bertanya.

dibandingkan dengan pikah (afiqah), dia agak matang pada usia 12tahun ini. banyak benda apabila saya bandingkan diri saya sendiri, pada umurnya, sebenarnya saya ini lagi teruk.

dlm hati, “target mad’u!”😀

pulang dari sekolah petang, saya dan pikah duduk di ruang tamu. saya menonton movie “ketika cinta bertasbih” di laptop. pikah di sisi menjamah makanan petang.

saya bertanya,

mimi : pikah, dah tengok ke cerita ni? ketika cinta bertasbih.

pikah : dah.

saya kata dalam hati, okeh, line clear!

mimi : pikah, kenapa manusia ada dekat dunia? kenapa Allah jadikan manusia?

pikah : ntah. tak tahu.

mimi : habis tu, kenapa kita semua ada kat dunia? makan je eh? tak pun, pegi sekolah, lepas ambil peperiksaan, lepas tu masuk SBP. tu je eh?

pikah : (tersengih). ntah, tak tahu.

mimi : cuba tolong ambil kan Al-Quran (tafsir) angah, kat atas. kat dalam bilik angah.

pikah : okeh. jap.

saya tunjukkan dan meminta nya membaca ayat 56, surah az-zariyat. ayat basic untuk semua manusia tahu.

usai membaca ayat tersebut, saya minta untuk dia cakap balik apa yang dia faham.

mimi : jadi, kenapa Allah jadikan manusia?

pikah : untuk beribadah kepada Allah.

mimi : dalam ayat tu “Aku” siapa? “Aku” perintahkan kepada siapa?

pikah : “Aku” tu Allah lah. perintahkan kepada manusia dan jin.

mimi : haaa.. betul! betul! beribadah tu maksudnya apa?

pikah : kita kena bersujud kepada Allah.

mimi : bersujud tu macam mana? sembahyang je eh?

pikah : ye lah kot.

mimi : beribadah tu kita buat semuanya kerana Allah. ni tengah menghadap laptop ni pun, kita kena pastikan ianya sebagai ibadah. ni tgh makan ni, baca ‘bismillah’ tak tadi?

pikah : baca.

mimi : haa. tu lah. kiranya semua benda pun kita kena buat kerana Allah kan. daripada situ kita fikir lah. “aku buat ni kerana Allah. rasa2 aku buat ni, benda yang betul ke salah?” kita kena selalu fikir macam tu. kalau kita rasa salah, kita jangan buat. ni (sambil pegang dan tunjuk tafsir Al-Quran), buku yang lengkap kan. jadi kita kena selalu baca Al-Quran.

pikah : a’ah. betul-betul.

saya berhenti di situ. saya tidak mahu membuatkan dia terasa ‘berat’. saya yakin, adik saya yang kedua ini, mampu menerima. kerana, bagi saya dia seorang yang cepat menangkap dan nampak cepat matang.

lagipula, saya tak rasa terlalu cepat untuk dia tahu, tentang tujuan kewujudan manusia di atas muka bumi ini.

tengah hari ini tadi, saya bertanya kepadanya,

“pikah, dah khatam Al-Quran kan? nak belajar hadis? nak tahu?”

“hard disk?”

“hadis la…”

“ohoo… boleh je.”

“jom! angah ajar eh? lepas maghrib.” insyaAllah!

bismillahi tawakkaltu alAllah. walahaulawala quwwata illa bilLah.🙂

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

One Response to “misi.”

  1. CAHAYA KELEMBUTANKU November 20, 2009 at 10:27 pm #

    bagusla..along ajar “hard disk”, angah ajar “hadith”..bru balance! =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: