kerana kartun itu

26 Oct

kerana kartun itu.. menyedarkan!

kerana kartun itu.. membuatkan saya sedar rezeki dan nikmat-Nya yang melimpah kepada hamba-Nya yang Dia kehendaki!

————————————————

melihat dan membaca kartun ini, saya kira kartun nya memberi peringatan yang biasa kepada kita.

iLuvislam.com : KERANA 10SEN

daripada satu butir bicara, kepada butir bicara yang seterusnya saya baca, hinggalah tiba pada butir bicara yang ini,

“Kau bertuah tahu? Kau masih ada seorang ayah yang masih mampu menyara hidup keluarga kau. Paling kurang, kau hargailah pengorbanan ayah kau. Hargailah pemberian daripada hasil titik peluh ayah kau. walaupun nilainya sekecil nilai 10 sen.”

mahu menangis pun ada. tetapi saya lebih kepada terasa, mungkin kerana kena pada batang hidung sendiri pada masa ini.

sepatutnya tiket untuk saya pulang ke Malaysia pada 27hb november ini. sedangkan peperiksaan tamat 12hb november. ketika itu, insyaAllah, rakan2 yang lain semuanya sudah pulang ke Malaysia. hanya saya seorang yang lambat pulang nya.

baru-baru ini, ada masalah menghimpit diri. itu ini. mulanya, saya cuba juga untuk bersabar dan diam. pendam seorang diri.

dalam keadaan sekarang yang mahu exam, maka, saya rasa saya tak boleh tahan sorang2. sedangkan, di dalam doa juga ada mengadu kepada-Nya. ditentukan oleh-Nya untuk perlu saya bercerita kepada seseorang. maka, biasalah, along lah orang nya!

“Along, aku nak balik malaysia sekarang jugak!”

“Kau ni pehal?”

“……………………”

“along, mintak ayah belanja aku tiket balik malaysia yang baru weh..😦 “

pada mulanya, memang kena marah juga dengan ayah. sebab kalau cancel flight 27hb tu, maka akan burn lah tiket tu.

nana (adik dibawah saya) kata, “kau suka menyusahkan ayah kan?” kurang asam betul!!😡 tapi, ayat tu tak cukup psycho lagi la, nana.😀

pagi itu, bangun awal sebelum subuh. dpt YM daripada along,

“weh, ayah tanya kalau beli tiket baru, bape lagi duit kau yang tak cukup?”

waaaaaaaa….. *rasa nak loncat-loncat di pagi jam 4 itu*

ketika YM dgn family,

ayah: berapa lagi duit tak cukup?

mimi: …………..

ayah: nanti cakap dengan along ye. ayah bagi duit kat along nanti, mintak dia transfer kan.

mimi: haa.. dengar tu along, jangan kau songlap plak~! hahaha.😛

along: woi, mana pernah aku songlap duit la!

alhamdulillah.🙂 baru mendengar berita itu, rasa bersyukur pada Yang Maha Esa. tersungkur sujud seorang hamba-Nya dengan pemberian nikmat dan rezeki itu.

walaupun, belum lagi beli tiket yang baru, tapi saya bersyukur sangat2! sebab, Allah atur kan segala-galanya!

Dia yang telah melembutkan hati ayah.

Dia yang telah memberikan rezeki kepada kami sekeluarga.

Dia yang telah menenangkan hati ini.

Allah! Allah! Allah! subhanallah. alhamdulillah. allahu akbar.

dan saya kira, jika ditakdirkan Allah, dalam masa yang terdekat ini, jika ada halangan yang menyebabkan saya tidak dapat pulang awal ke malaysia, saya redha.🙂 [tapi, mahu ucap juga, “na’uzubillah”..🙂 ]

kerana saya tahu, masih ada kasih sayang-Nya itu!🙂

—————————————————————

sebelum itu, saya ada telefon emak,

“sabar je lah. lagi sebulan kan nak balik. sekejap je tu.”

biar pun masa tu, mak tak menjanjikan untuk dapat beri saya balik awal, tapi, alhamdulillah, saya sudah tenang juga.

before tu, along dah bagi macam2 nasihat, tapi still, saya tak boleh terima jugak~! [haha. along, mungkin kurang kasih sayang mu ketika memberikan nasihat itu. tak pe! usaha lagi~😛 ]

—————————————————————

insyaAllah, 17november 2009 ini, genap lah saya dan rakan2 batch, setahun berada di bumi Allah, wellington ini.🙂

tapi, saya mahu pulang awal dari itu! insyaAllah dengan izin Allah.🙂

—————————————————————-

maka, kena belajar betul2 untuk exam ini.

bak kata kartun tu, “…Paling kurang, kau hargailah pengorbanan ayah kau…”

ye, pengorbanan ayah, emak dan semestinya encik MARA! heh~😀

oh, okeh. pengorbanan along jugak. sebab along yang bagitahu kat ayah.

“ayah, mimi dah sakit jiwa dah kat sana..” cehh~ tak abes-abes nak exaggerate kalau cerita pasal aku~

—————————————————————–

terfikir juga, insyaAllah, jika diizinkan Allah untuk saya pulang awal ke malaysia, apa yang perlu saya buat?

saya perlu manfaatkan duit yang telah ayah laburkan untuk tiket saya pulang ke malaysia tu. bukan sedikit nilainya! tapi, disebabkan anaknya yang mengada ini, ayah tak kisah. asal kan anak nya gembira~!

oh, sedih pulak.😦

mahu ajar nana dan rakan2 nya biology dan add maths, insyaAllah. mereka akan duduki SPM tahun depan.🙂

ada lagi beberapa perkara yang saya fikirkan; insyaAllah, ada manfaat nya kepada orang sekeliling.

Allah lah Perancang Yang Maha Hebat, sedangkan kita hanya mampu merancang.🙂

semoga Allah merantaikan amal dan pahala yang akan saya lakukan ketika pulang cuti ke malaysia nanti, kepada ayah dan mak. (Oh, MARA jugak. along jugak~)🙂

miminapis, lillahi Ta’ala, okeh?!

—————————————————————

kepada pelajar-pelajar victoria university of wellington, new zealand.

selamat menduduki peperiksaan!🙂

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

One Response to “kerana kartun itu”

  1. CAHAYA KELEMBUTANKU October 26, 2009 at 12:29 pm #

    x ckup kasih syg ye..ak mmg x pnah bg nasihat kat org dgn kasih syg..nak2 ko..dr kocik sampai bosar, suko menyusahkan den~ haha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: