fikir dan baca.

17 Oct

akaun facebo0k sudah di deactivate kan. kerana mahu walk the talk~!

maka, sahabat2, saya mohon untuk add saya di YM.๐Ÿ™‚ miminanor[at]yahoo[dot]com, dan, sila perkenalkan diri ye. takut nanti saya tak approve pula. wellyian, kmsian, seserian! (sagacious,vivacious,orion,calyx,zenith,valiant)๐Ÿ˜‰ , iluvislam, etc.

dalam usaha mahu walk the talk ini, sebenarnya banyak je lagi gaya hidup yg perlu diubah. berblogging ini pun, jika tiada manfaatnya, maka, usaha walk the talk itu masih belum berjaya.

mungkin la selama ni, saya tak berapa nk kisah. tapi selepas artikel ini keluar, maka, saya kena lebih berhati-hati. mahu tak mahu, memang dan sangat perlu walk the talk~

kerana, bukan seorang yang membaca artikel itu, malah lebih. jika seorang pembaca artikel itu faham dengan apa yang mahu disampaikan, dan ambil iktibar daripadanya, maka, bagaimana saya? takkan mahu terus di takuk lama? sedangkan ketika ini orang berlumba-lumba untuk memperbaiki diri.

tangan ini yang menaip di papan kunci. mata ini yang menjadi saksi. jadi, tiada guna menulis jika tiada perubahan pada diri. tiada guna menulis jika di hati tidak selari dengan perbuatan.

saya tidak takut diumpat orang, “cakap tak serupa bikin..,” dan lain-lain. tetapi saya lebih takut ancaman-Nya yang lebih besar. yang Maha dahsyat. sekali lagi, mahu saya qoute kan surah As-Saff, ayat 2 dan 3 itu. heh~ (kalau kau tak ambil pengajaran lagi, tak tahu lah nak cakap apa miminapis oiy~!)

๏ดฟูŠุฃูŽูŠู‘ูู‡ูŽุง ุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ุกูŽุงู…ูŽู†ููˆุงู’ ู„ูู…ูŽ ุชูŽู‚ููˆู„ููˆู†ูŽ ู…ูŽุง ู„ุงูŽ ุชูŽูู’ุนูŽู„ููˆู†ูŽ ๏ดพ

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

๏ดฟูƒูŽุจูุฑูŽ ู…ูŽู‚ู’ุชุงู‹ ุนูู†ุฏูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู† ุชูŽู‚ููˆู„ููˆุงู’ ู…ูŽุง ู„ุงูŽ ุชูŽูู’ุนูŽู„ููˆู†ูŽ ๏ดพ

(Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Jika dibenci manusia, insyaAllah, kita boleh sahaja hidup. kerana bukannya manusia yang memberikan kita segala nikmat hidup ini.

tetapi jika dibenci Allah? nau’zubillahi minzalik. mungkin kah dapat untuk kita hidup dengan tenang; dunia dan akhirat?

maka, elakkan diri daripada melalukan perkara2ย  yang dibenci Allah, miminapis! [insyaAllah, saya usaha!๐Ÿ™‚ ]

berdasarkan komen pembaca, saya pelik, kenapa susah untuk difahami artikel itu. bahasanya tinggi sangat ke? (wow~! hebat betul penulis nya, kalau bahasa yang digunakan itu tinggi sangat~!๐Ÿ˜› )

marilah, saya jawabkan bagi pihak penulis artikel itu.๐Ÿ™‚

penulis artikel kata, dia tak berhak untuk menyuruh orang tutup atau buka akaun facebook.

ada orang guna facebook utk tujuan menyampai dan menyeru kepada kebaikan. jadi, jika penulis artikel tu suruh tutup akaun facebook, maka, tak ke silap disitu? menghalang orang menyeru kepada kebaikan? tidak mungkin mendatangkan amal yang baik kepada diri.

tapi, ada juga yang menggunakan facebook dengan tujuan untuk keep in touch dgn kwan2 dan ahli keluarga.

bila saya fikir balik, saya ini telefon keluarga pun tiap-tiap minggu. kadang-kadang, selang 3 hari pun mahu call lagi. YM dengan along, nana, tak usah nak cakap la berapa kali seminggu. walaupun sekejap2, dengan hanya menegur, “oiy..” paling tidak kacau dengan meletakkan banyak2 emoticon, maka, tak terasa lost contact dengan mereka.

bila fikir lagi, memang ada sahaja manfaat yang saya dapati daripada facebo0k itu. saya banyak baca post yang diletakkan oleh kak zaffan, kak deynarashid, dan beberapa lagi orang, rata-rata pun post yang menyedarkan.๐Ÿ™‚ tetapi kakak-kakak ini ada blog, maka boleh saja saya ke blog mereka.

ntah. bila fikir lagi, saya banyak juga melagha nya di sana. sedangkan banyak lagi kerja yang perlu dibuat. hadis 40 pun tak khatam lagi. dan saya ini senang betul terinfluence dgn benda-benda yang mengarut.

maka, sebab itulah saya membuat keputusan untuk deactivate faceb00k itu.

tetapi, satu lagi yang saya terfikir, “macam mana nk tahu perkembangan kawan2, kakak2 dan super junior di seseri? takkan nak add semua orang di YM? lagi pula nnti kalau ada reunion, mestilah nak pergi. sekarang pun dah ada meeting alumni setiap awal tahun. kalau boleh mesti nak join…” untuk soalan ini saya tiada jawapannya lagi. (heh~ apa2 pun, seseri dan seserians masih saya fikir kan~!๐Ÿ˜› )

buat masa sekarang ini, itu lah. memang mahu jauhi diri daripada perkara yang melagha-lagha.

perhatian: ini saya jawab bagi pihak penulis artikel itu sahaja. tiada kaitan dengan siapa-siapa. kerana, insyaAllah, saya kenal penulis artikel itu siapa dan bagaimana orangnya.

tentang kaitan yahudi dan facebook itu pula, itu lah. masih belum ada kesahihannya. penulis artikel itu kata lagi, dia hanya mampu mencari maklumat di alam maya ini. dengan membuka satu laman web kepada satu laman web yang lain. kemudian, berusaha untuk mencari perkaitan antara 1 organisasi ini dengan 1 organisasi yang lain. lihat nama orang-orang yang terlibat, itu sahaja. untuk bertanyakan sendiri kepada developer faceb00k itu, penulis artikel itu kata, dia tak buat.

mungkin juga, saya mahu quotekan komen daripada seorang pembaca merangkap krew kepada laman artikel tersebut,

Leokid on October 05 2009 22:22:59
Duk kat FB asyik buang masa usha2 profile orang, maen2 apps, etc sampai berjam2.
Duk kat iuneety asyik buang masa, usha2 profile org, maen2 games etc smpai berjam2.
Kalau dah diri sendiri tu sukakan lagha, tukar la ke buatan yahudi ke, buatan USA ke, buatan Malaysia ke, hakikatnya tetap sama gak.
Pointnya sekarang ni kat mana? kat diri atau kat facebook @ iuneety @ sal.am @ hatta iluvislam ?
Tepuk dada, tanya iman.

yup! saya setuju. terima kasih saudara!

kerana yang penting diri kita ini. kalaulah diri kita ini tujuannya sentiasa betul, mana mungkin mudah untuk kita terjerumus ke dalam perkara-perkara yang melalaikan.

yang penting, saya mahu kata, saya deactivate faceb00k itu untuk kebaikan diri saya sendiri. bukan kerana yahudinya facebook itu, ataupun bukan kerana ramai orang Palestine yang terbunuh dek ramainya pengguna faceb00k!

tapi, sekiranya satu hari, segala dakwaan terhadap facebo0k itu benar, maka, memang saya tidak akan teragak-agak untuk menutup terus akaun facebo0k! (ye lah~ sekarang kan baru deactivate.)

————————————————————-

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

ada orang kata, apa guna memboikot kerana nak tak nak diorang untung juga. nak tak nak, diorang hidup juga.

ada juga kata, kalau macam tu jangan lah guna laptop, sebab ada intel. juga, barangan daripada israel.

kalau begitu, tak apa lah. anda mahu degil dan tetap dengan pendirian anda, teruslah. kerana saya juga ada degilnya dan pendirian saya sendiri!

saya tak mampu memboikot barang2 sekecil2 cip komputer, tetapi insyaAllah, saya mampu boikot benda2 seperti makanan, dan keperluan diri. paling tidak, saya berusaha jugak, sebagai tanda sayang kepada saudara sesama muslim saya~

“correct me if I am wrong.” tidak bermaksud saya akan mengikut apa yang orang kata semata-mata tanpa berfikir. untuk menyuruh saya mengikut kata-kata anda, perlu untuk saya fikir.

saya akan fikir, “adakah itu yang disyariatkan oleh islam?” “itu ke sebenar2 ajaran islam kepada aku?”

“correct me…” jika anda rasa anda ada dalil daripada Al-Quran dan sunnah yang meyakinkan saya, bahawa apa yang anda kata itu betul-betul mengikut islam, dan niat anda adalah untuk kita sama-sama mencapai redha Allah!

jika tidak. maaf, memang saya akan fikir berkali-kali. kadang-kadang berminggu-minggu!

dahulu ada yang tulis ini kepada saya,

u ask ppl to correct u if u’re wrong.but it seems like u’re not ready to be corrected.pls, only write thing you actually DO mean.ok mimi?

harap sekarang sudah mengerti, wahai sahabat.๐Ÿ™‚ kerana perdebatan sesama manusia, terkadang emosi nya lebih daripada rasional. dan, tika itu, syaitan akn berusaha untuk menyakinkan kita bahawa diri kita ini lah benar.

maka, apa yang perlu ialah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah.

p/s: saya akui juga. ada beberapa perkara saya ditegur oleh orang. alhamdulillah, terima kasih. tetapi orang itu tidak memberikan dalil nya. maka, pada mulanya, saya susah untuk terima. semakin saya berfikir, semakin saya membaca tntg islam, semakin hari saya di dalam usrah, alhamdulillah, saya ketemui dalil nya! alhamdulillah, kini saya boleh terima apa yang ditegur oleh orang yang dahulu itu.๐Ÿ™‚ maka, sebenarnya antara cara untuk kenal islam ialah berfikir dan membaca!

—————————————–

secara jujurnya, sehingga sekarang saya sendiri masih ragu-ragu bagaimana cara mualamat dan berkomunikasi yang dibenarkan oleh islam, antara lelaki dan perempuan. dan semestinya, benda ini saya terfikir-fikir hingga sekarang.

saya pernah sahaja mengikuti perbincangan pembelajaran dengan rakan2 sebatch. ada lelaki dan perempuan. kadang-kadang bergurau juga kami. tetapi itulah, saya ada gerak hati sendiri. jika saya rasa sebenarnya kejadian itu tak patut berlaku, maka saya akan senyap, dikala rakan-rakan lain bergurau senda. tapi, tak dinafikan juga, kadang-kadang saya pun terikut sama. sekadar senyum pada lawak yang dibuat oleh mereka. sebagai tanda hormat.

sebab apa?

ntah. saya terfikir tentang peristiwa fitnah al-kubra yang berlaku terhadap isteri Rasulullah SAW, Siti Aisyah ra. sedangkan ketika itu, hanya Aisyah yang menaiki unta, dan Safwan mengenderai unta dari bawah. sampai sahaja di Madinah, setiap orang membicarakan peristiwa itu. dan fitnah ke atas Aisyah semakin besar.

saya terfikir, memang lah kita sekarang tak rasa apa pun, bila ada kawan yang lelaki dan perempuan bergurau.

sebab? sebab benda tu dah normal sekarang. masalahnya, normal yang sekarang tu, betul ke? itu ke cara yang islam ajar?

hari tu, semasa daurah yang sekejap, seorang muslimin ni cakap, Rasulullah SAW pun ada bergurau dengan sahabiah. tetapi tidak dia jelaskan gurau nya yang macam mana. tapi, saya yakin, gurau nya Baginda SAW bukannya seperti gurau anak muda remaja sekarang ini. kadang-kadang, guraunya tanpa ada rasa malu. astaghfirullahal’azim.

——————————————————————-

semalam, saya YM dengan salah seorang krew iLi.com juga. eka. saya tanya satu soalan kepada eka. kemudian, saya kaitkan peristiwa itu dan ini. saya kaitkan dengan setiap emel yang kami terima.

kemudian, eka balas, “heh.. miminapis.. suke sangat berfikir๐Ÿ˜› “

a’ah, saya pun perasan. saya ini suka sangat berfikir. itu dan ini. cuma berharap, apa yang saya fikir ini mengikut landasan-landasan islam. insyaAllah~!

kata seorang akhawat di melbourne, “fikir masalah umat eh?” heh~ ye ye je!

kadang-kadang saya kesian juga dengan eka. banyak benda saya bercerita dengan eka. kadang-kadang banyak yang meninggalkan persoalan. kerana dari satu benda saya fikir dan tanya. fikir dan tanya.

kesian dia. hehe~

———————————————————-

bila fikir fikir balik, sebenarnya banyak benda yang saya fikir. maka apa maksudnya?

maksudnya, banyak perkara tentang islam belum saya dalami. belum saya ketahui.

miminapis, malulah pada diri! takkan nak islam sekadar pada I/C!

—————————————————————–

cakap pasal berfikir, semalam, test BIOL114, maka saya hadapi sedikit masalah.

namanya pun sudah biology, maka memanglah ada essay. pulak tu bernilai 20markah.

punyalah banyak benda saya fikir tentang gastrulation; bermula daripada blastrula, dividing into 3 embryonic germ layers, kemudian setiap satu proses sbelum organogenesis, di dlam sea urchins, jadi saya sedar saya banyak habis masa disitu.

mahunya tidak. perlu diingat gastrulation yang berlaku dalam sea urchins, frog and chick. kemudian setiap hormone. namanya juga sudah berbelit-belit. elok-elok namanya somite, saya tertukar kepada simote! haiyyoo~ cikgu, baik hati sikit boleh? buat buat faham sahaja lah istilah-istilah saya itu ye. iskk~

———————————————–

maka, sebenarnya berfikir itu perlu. juga, perlu ada guidenya.

dalam kehidupan, fikir perlu ada limit. kerana kita ini hanya manusia. tentang kekuasaan Allah SWT, kerja-Nya, semua itu bukan urusan kita untuk berfikir. kerana? kerana kita memang tidak mampu untuk berfikir mengenainya. tak tercapai dek akal!

dalam exam, mungkin kena banyak hafal dan faham. supaya tak keliru.bila dah faham dan tak keliru, maka, tak perlu fikir banyak, tulis sahaja apa yang ada di dalam otak itu ke atas kertas! masa pun insyaAllah cukup.

semalam maskidah kata, “soalan maths ni pun ambik masa 3 hari nak selesaikan.” solusi saya, “mungkin mas boleh kata kat cikgu nanti, nak jawab soalan exam dalam masa 3 hari.” hehe.๐Ÿ˜›

—————————————————————–

syawal berbaki 4 hari. bagaimana puasa 6 di bulan syawal? habis sudah? alhamdulillah.๐Ÿ™‚

p/s: fikir itu berbeza dengan ragu-ragu, ye! selepas berfikir, dapat solusinya, maka, insyaAllah! hilang ragu-ragu!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.๐Ÿ™‚

5 Responses to “fikir dan baca.”

  1. ekac0mey October 19, 2009 at 2:39 pm #

    wahh kak..perlu la kan nk mention eka salah sorg krew iLi..senget~~~ ;p

    oh btw..anda mmg sorg yg suke berfikir..ade bagus ade buruknye..kt mane buruknye?eka rase mimi lgi tau mane baik mane buruk..so xperlu kot eka cite kt sini..lagipon bahasa eka xbombastik cm bahasa mimi..heh๐Ÿ˜›

    teruskn berfikir..๐Ÿ˜‰

    • miminapis October 19, 2009 at 2:49 pm #

      haaa… senget, senget… senget betol2 kang~!๐Ÿ˜›

      baik, mak! [haha~]๐Ÿ˜›
      insyaAllah, saya tahu baik dan buruk tu.
      kalau nk tegur, tegur la eh. saya sudi terima, insyaAllah.

      p/s:xde maknanya, bahasa kite bombastik~๐Ÿ˜›
      tetiba kite nak cakap, “eh, eh, eka baca blog?? wow!”

  2. atie seseri November 5, 2009 at 3:08 am #

    assalamualaikum..
    akak..
    sy ad..
    ley call akak tiap minggu..
    hahah..
    aaa..
    blog nie mmg bt sy fikir..
    tajuknye pun dh bt sy fikir..
    bkan baca dan fikir ke?
    x bce lg mcm mne nk fikir?
    aiyoo..
    tp..
    ape yg akak tulis nie ad btolnye..
    sy sokong!

    WASSALAM..

  3. hujjati November 14, 2009 at 8:30 pm #

    salam ziarah, blog walking =)
    peristiwa di sebalik isteri Rasulullah SAW, Siti Aisyah ra. menaiki unta itu terjadinya peperangan jamal menentang khalifah yg ke-4 sayyidina Ali kw menyebabkan org islam mati beribu-ribu orang di kedua-dua belah pihak. sedangkan Rasulullah saw sudah melarang isterinya jgn keluar rumah selepas kewafatannya..

  4. rahim othman November 28, 2009 at 3:29 am #

    salam wrb….juz to make sure is mark zuckenberg (facebook inventor) really a jewish ??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: