memori kembali lagi.

12 Oct

terasa mahu menulis juga.

asyik teringat tentang sekolah lama. sekolah di tengah bandar kuala lumpur itu. isk~ maka, tak sabar mahu pulang ke malaysia.🙂 mak kata, “jgn fikir benda lain, exam tu buat betul2!” baik, mak~!🙂

tapi tak kira, nak jugak ingat seseri. heh~ -_-

maka, tengah malam tadi, selepas menghadap lab report, search tentang seseri di alam maya ini.

22240444

saya jumpa video di utube. khai (bakerara, onci) yang uploadkan. rasa nya masa ni time tengah spm. sebab dlm video ni ramai prefects yg tak pakai baju prefects. antaranya fa sod, kay, zureen, adalah beberapa lagi.😀

walaupun videonya kabur, tapi, alhamdulillah, saya berjaya mengingati semua rakan batch~😉 jom, kawan2 batch ku yg terchenta! vivacious.. recognise semua org dlm video! heh~ (membuahkan amal tak rasa2?)

saat ke-17, yg pakai baju prefect dri kiri, miminapis, zaehan, dianaismail. (haha~) nak cakap sesuatu, tapi, xpelah. mungkin kita boleh YM2 ye nnti kawan2, insyaAllah.🙂

mira, imej anda pada saat ke-26. senang okey nak cam~!😛 are-da pun. are-da sebelah syud peng peng. kamu tak pakai baju prefect kan?😀

Vodpod videos no longer available.

more about “Lagu SESERI 2005“, posted with vodpod

masa ni batch kita je kan? a day before dinner kat legend hotel? wallahu’alam.

yang video di bawah ini, lagu seseri versi baru. nyanyian adik super junior kami. tak sure batch mana. 7th batch, valiant eh? sagacious, vivacious, orion, calyx, zenith, helios, valiant.

Vodpod videos no longer available.

more about “Seseri“, posted with vodpod

rindu sangat sangat!

rindu nak suruh mira ikatkan tie.😛 zaehan kata, “alaa.. kau ikat je macam mana pun, biarlah yang belakang lagi panjang drp depan, sebab nnti masukkan tie dalam vest jugak!” baik!😛

seseri (2)

rindu nak main-main announcement kat bilik pengumuman waktu weekend. masih ingat diana cakap, “eiy korang, kalau korang nk main-main announcement, kena buat dengan serius, jangan gelak2!” memang suka mencapub nama time weekend.

“assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. perhatian kepada saudari nur syamimi mohamad napis. saudari nur syamimi mohamad napis, dari kelas 5 Cattleya, anda diminta untuk hadir ke kantin sekarang juga kerana anda ada tetamu. sekian terima kasih.”

maka, memang ramai lah antara kami, golongan prefect ni yang main-main announcement. padahal tak de pelawat pun. saja nk main-main. mencapub! tapi, miminapis tak lah selalu. sebab every week pun parents datang. cuma kadang2 tu, kalau weekend pegi naik kelas. n kebetulan masa tu mira ke are-da ke sape2 je la prefect yg ditugaskan untuk buat announcement nak bertugas, maka akan ada lah dialog, “weh, sebut nama aku!” haiihh~😛

rindunya zaman sekolah. walaupun di seseri agak tension. di mana2 sahaja, semua orang akan ke sana ke mari dgn membawa buku di tangan. paling tidak pun, nota ringkas!

juga teringat ketika form 4. kelas biologi. tiba2, hujan air batu turun. maka, semua orang keluar untuk lihat. maka, apabila di new zealand ini, setiap kali hujan ais turun, saya pasti! akan teringat pengalaman di seseri itu! subhanallah. rindu sangat pada environment seseri. subhanallah. subahanallah. subhanallah.🙂

sweater batch

teringat tentang sebuah bilik kecil di dewan. exactly di tangga surau guru perempuan. katanya bilik tersebut adalah bilik bawah tanah yang menghubungkan dewan dengan rumah di tepi gelanggang anggerik sari itu. macam2 cerita misteri tentangnya. tetapi, kesahihannya hanya Allah SWT yang tahu.🙂

disitu juga serba sedikit kami diajar untuk menjadi seorang perempuan yang bermaruah.🙂

setiap malam kami akan makan beradab. iaitu waktu dinner. (tetapi waktu makan beradab yang formalnya ialah 2 kali setahun.) waktu tu, warden akan cakap (baca: beri peringatan) macam2.

pernah dahulu satu kes, saya tak ingat kes yang macam mana, tetapi waktu itu waktu outing.

maka, malamnya itu semua orang kena brain wash. “kamu semua nak jadi perempuan murahan kat tepi jalan ke???” haaa.. takut okeh, dengar warden marah macam tu! kami selalu diingatkan untuk jaga tingkah laku dan perangai di luar dan di dalam perkarangan sekolah.

ada sekali itu, waktu HKSBP ke? ke apa ntah. disebabkan ada segelintir yang buat hal, maka, satu sekolah kena marah. semuanya disebabkan oleh kerana ada diantara kami yang terlalu over dalam bergaul dengan lelaki!

memang sebenarnya tak tahan dengar perkataan2 yang teruk2. tapi, bagi saya itulah peringatan yang saya betul2 mengingatkan saya. tentang maruah diri seorang perempuan. kami bukan sekolah agama, tetapi, kami juga ada mnjaga adab dan pekerti seorang perempuan yang bermaruah.

prefect

ketika lawatan pengawas ke MCKK. cikgu kata mahu bawa pengawas. kerana, kami akan jadi wakil untuk melihat persiapan MCKK dalam mengendalikan sesebuah event. cikgu percayakan prefect kerana cikgu kata, cikgu tahu, kami yang prefect ini tahu mana yang elok dan tak elok. tahu jaga adab dan pergaulan. kerana, kami ini berkali-kali di tapis sebelum menjadi prefect! saya ingat lagi, satu demi satu interview dan penapisan yang perlu kami lalui sebelum kami benar-benar di layakkan untuk menjadi seorang pengawas.

tapi, saya tak lah mengatakan bahawa yang bukan prefect di seseri ni tak elok. langsung tidak bermaksud demikian! cumanya kami2 yang prefect ini cikgu lebih nampak. mungkin sebab pelajar2 biasa humble sangat time tu. baik2. tak kecoh2 sangat, mcm kami2 ni. hehe~😉 ye lah, time tu kan tak sampai setahun lagi di seseri.

hebat hebat vivacious semua kan??!! sayang koraanng sangat sangat!😉

PICT3300ini super junior. ambil gambar ini hasil carian di internet. kalau pada zaman kami dahulu, selalunya prefects akan berkumpul mcm ni selepas perhimpunan pagi.🙂

13242076134546lini barisan senior kami. pioneer. sagacious! ini baju makan beradab kami.🙂

1_247087734lini pula baju outing kami.🙂

————————————————————-

Vodpod videos no longer available.

more about “unic- satu tekad“, posted with vodpod

ketika ini mendengar lagu Satu Tekad-UNIC, maka ianya didedicate utk kalian. batch vivacious yang dirindui! amat dan sangat!😉

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna

Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa

Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa

Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah

Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam

“Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah”

mari kawan2, kita saling tunjuk menunjuk kepada jalan yang betul, jalan-Nya yang lurus!🙂

tengok pada rangkap terakhir. jom kita sama2 hayati!! “…menuju ke puncak dgn iman di dada!..”

insyaAllah. insyaAllah!😉

p/s: hijjaz kata, “rindu itu adalah anugerah dari Allah. insan yang berhati nurani punyai rasa rindu…”😉

wallahu’alam. correct me if I am wrong.🙂

9 Responses to “memori kembali lagi.”

  1. najwa October 12, 2009 at 11:28 pm #

    salam..yup2..akk supe snio sy..sy 4th batch,calyx..heee~
    n uma epi dlu..hot to go selamanya!

  2. ainz October 15, 2009 at 7:40 pm #

    sedih baca entry ni.. ;( aish, ko ni suka buat orang rasa rindu kat sekolah..haha
    take care kat new zealand tu, k.. bestnya kalo dpt lawat ko kat sana.. jaga diri, jaga iman. sama-sama~😉

    • miminapis October 15, 2009 at 8:27 pm #

      a’ah. aku memang suka buat orang sedih. hehe. xdelah~
      meh la datang sini ain zubed! [yeaa.. lama dh tak panggil cmtu.😛 ]

      kamu juga!
      jom jaga iman! jaga diri! tambah amal!
      amiinn~😉

  3. atie.. October 16, 2009 at 2:02 am #

    kak mimi..
    slah lar..

    1st batch-sagacious
    2nd batch-vivacious
    3rd batch-orion
    4th batch-calyx
    5th batch-zenith
    6th batch-valiant..

    yg helios tue..act nme batch kteorg,valiant..tp dsbbkn ad kontroversi..tkr jd valiant..7th batch jr kami..
    dyeorg mne ad nme batch lg..bru f4..
    ok?

    eei..rndu gle nk bce blog kak mimi..🙂

    • miminapis October 16, 2009 at 2:07 am #

      hehe. baik~!
      tu lah, bila kira2 balik, mmg ada keraguan jugak pada nama2 batch tu.
      tapi, bantai je~😛
      alhamdulillah awak betulkan.🙂

      selamat bercuti!😉

  4. atie.. October 16, 2009 at 2:07 am #

    sweater yg akak ltak tue..
    gmbar sweater batch kteorg!
    valiant hebat!!!
    doakan kteorg nk exam SPM thun nie..

  5. Areda October 16, 2009 at 6:58 pm #

    saLAm akak mimi…
    adik areda di cni ingin mnyatakan rasa terharu atas entry yg sungguh mengimbas kenangan ni…hahhaha
    wei mimi…rajin ko mencarik semua pic2 ni…haha rindu la korg semua…seriously………

    • miminapis October 17, 2009 at 2:05 pm #

      ahh.. geli okeh, adik are-da~!😛

  6. husna October 30, 2009 at 1:55 am #

    mimi~!haha..ko buat aku rindu kat seseri
    rindu korang..huk2
    T_T

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: