gantikan dengan yang baru.

6 Oct

sebentar tadi, publish post yang baru, tidak sampai satu jam, statistik naik! [bimbang, okeh!]

tapi, malang, sebab post itu protected, dan hanya yang ada password saja yang boleh baca.๐Ÿ˜€ [bajet best je kan? haha~ biar lah!]

ada yang meminta password, semuanya saya reply, “Aaaaaaaaaaa……..!!!!!!!!!! Xleh. Xleh….” (over, okeh!๐Ÿ˜› ). maaf. kerana itu rahsia peribadi. (Ya Allah, Engkau lindungilah.๐Ÿ™‚ )

maka, saya gantikan dengan post yang ini eh.๐Ÿ˜‰

semoga terhibur~! haha

——————————————————-

kalau diikutkan, dengan perkara-perkara yang dah berlaku (pada waktu ini!), malas saja rasanya mahu berblogging. kerana bimbang diri ini tidak dapat walk the talk! kalau macam tu, mmg sampai bila-bila takkan ada orang yang mahu menyampaikan ilmu-Nya kerana bimbang tentang keadaan diri yang tak pernah lekang daripada kesilapan.

yang penting, beringat!

semalam, saya di ajak oleh-Nya untuk membaca surah Al-A’la dan surah Al-Gasyiyah. maka, disitu ada kekuatan daripada-Nya! alhamdulillah.๐Ÿ™‚

“Oleh sebab itu berikanlah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat.” Al-A’la, ayat 9.

“Maka, berilah peringatan, kerana sesungguhnya engakau (Muhammad) hanyalah pemberi peringatan.” Al-Gasyiyah, ayat 21.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

sungguh terkesan dengan poster ini.๐Ÿ™‚

“…..di luar dan juga di dalam…”

2 tafsiran: 1. “….di luar rumah, mahupun di dalam rumah….” 2. “…di dalam diri, mahupun di luar diri…”

tafsiran 1, semua orang insyaAllah faham. lebih kepada adab. maka, tak perlu untuk di ulas.

tafsiran 2, suka untuk saya ulaskan. insyaAllah.

yang di dalam diri, salah satunya ‘hati’.

hati mesti bersih, miminapis! bukan setakat prasangka semata2, tapi semua! mahu ulas tentang yg satu ini, juga berkaitan dgn hati.

tetapi nanti lah, insyaAllah. kerana ianya terlalu hampir dengan saya pada waktu ini. maka, saya perlu kepada kesegaran dan peringatan daripada ayat-ayat-Nya. perlu kepada banyak motivasi diri tentang penciptaan hidup.

yang di luar diri, antaranya ‘perlakuan diri’.

dalam dan luar; kedua-duanya perlu seimbang untuk menjadi muslimah yg sejati.

dahulu, heboh berita mengenai pelajar sekolah agama buang bayi. terpampang di dada akhbar, seorang gadis bertudung labuh diiringi oleh 2 orang polis. ada yg mencemuh, “eh, budak sekolah agama pun sanggup buat macam tu..” hakikatnya, dia juga manusia, punyai nafsu untuk itu dan ini. yang membezakan ialah, dia itu sekolahnya sekolah agama. kita ini sekolahnya sekolah biasa.

ada yg berkata, “alahai, tudung je nk labuh. pakai baju nak ala-ala muslimah, tapi solat ntah ke mana. duk layan jugak budak lelaki!”

kita mahu berimejkan islam. mengapa? kerana mahu dipandang orang yang kita ini hebatkah? atau pun kerana bila pakai tudung nampak cantik sket? tidak! tentunya tidak! kita mahukan imej islam kerana kita yakin, apa yg di ajar oleh islam itu adalah yang terbaik buat diri kita. malah, sesuai sepanjang kehidupan kita di atas muka bumi ini.

kita mahu ikut islam. mengapa? kerana mak ayah suruh? kerana lahir-lahir je dah kena azan atau iqamah? tidak! kita mahu ikut islam kerana islam lah cara hidup kita (baca: kita semua!).

maka sebenarnya perlu untuk kita ikut islam dan imej islam itu dengan selari.

tahu malu nya, tahu adab nya, tahu kepentingan di dalam urusan nya, tahu impak kepada perbuatan nya di dunia dan akhirat!

(Allah! terasa malu untuk terus menulis, kerana bimbang ada yang akan jelek. bimbang untuk menulis, kerana bimbangย  kan berulang๐Ÿ˜ฆ tak mahu! tak mahu! tak mahu! Ya Allah, Engkau lindungilah kami! amin. amin. amin.)

saya (baca: kita semua!) mahu jadi muslimah sejati! please~

berusahalah, wahai diri!๐Ÿ™‚

—————————————————————

baru sedar, rupa-rupanya membaca dan menelaah pelajaran Biology (BIOL 113 dan BIOL 114), lagi kurang penat daripada berblogging!

wallahu’alam. correct me if I am wrong.๐Ÿ™‚

2 Responses to “gantikan dengan yang baru.”

  1. CAHAYA KELEMBUTANKU October 7, 2009 at 6:21 pm #

    mimi! nak password! kalu x, ak hack blog ko..hehe

  2. arnamee October 7, 2009 at 8:27 pm #

    Salam.

    suka perkongsian ni. yerp2.. imej islam..er..
    kena bagi lebih lagi..

    p/s: kesian atas ni mi, bagilah dia password;p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: