open house.

3 Oct

terima kasih untuk kak iynas dan rakan2 utk open house tadi.

alhamdulillah.πŸ™‚

——————————————————

minggu lepas, kami sebatch buat open house, tapi kecil-kecilan sahaja. rmah kecik, bajet juga kecik. along kata, “kau buat open house kat rumah setinggan kau tu ke?” huh!

setinggan pun setinggan lah. alhamdulillah. hampir habis 2 trisemester pun di sini. okey saja!

bertanyakan kepada mak, “mak, tahun ni buat open house bila?” mak kata, “nak buat ke? tak cukup orang..macam mana nk buat?” along balas di kejauhan ganggang telefon, “kalau mimi tak delah best buat open house, mak.” sungguh hebat untuk mencari balah! haha.

——————————————————–

baru terasa penatnya untuk mmbuat open house. kami bahagi2 kan tugas memasak sesama kami berlapan, yang perempuan.πŸ™‚

malam sebelumnya, tidur sekejap iaitu selepas solat Subuh. malamnya, memasak rendang, membuat kuih raya dan lain-lain. sudah semestinya saya yang membuat kuih raya. walaupun pada percubaan yang pertama, kuih raya yang sepatutnya menjadi bulat, telah menjadi leper seleper nya, namun disebabkan keazaman nk jugak buat, maka, di alter sahaja tepung yang ada. saya niat dlm hati, “lepas ni, kalau kuih ni jadi, nak buat sujud syukur!” alhamdulillah. diizinkan Allah untuk kuih itu menjadi.πŸ™‚

lebih kurang jam 4.30pagi (kot..selepas day light saving), housemates sudah ke bilik untuk mendapatkan rehat. tapi, saya masih perlu untk menyiapkan kuih raya yang berbaki. teringat, “eh, tak buat sujud syukur lagi ni.” terdengar seperti orang di rumah atas sudah ada yang bangun. dlm hati, “eh, tak boleh jadi ni. mesti diorang bangun tahajud n qiam.”Β  langsung, saya tinggalkan saja kuih didalam oven tanpa berjaga! dengan bantuan Allah Yang Maha Mengetahui, kuih-kuih tersebut berjaya masak tanpa sebarang kerosakan. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah. terasa sangat2 bantuan daripada-Nya!πŸ™‚

hari itu walaupun penat, tetapi bersyukur. alhamdulillah. ucapan alhamdulillah dan sujud syukur yang mampu dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya, yang sentiasa memberi bantuan di dalam setiap urusan kami. daripada urusan membeli barang di pak n save, sehinggalah melayan rakan2 yang datang. alhamdulillah. alhamdulillah. alhamdulillah.πŸ™‚

—————————————————————

jika dulu, di malaysia, memang sudah tradisi kami sekeluarga untuk buat open house.. setiap kali raya mesti bertanyakan kepada ayah, “ayah, kita nk buat open house bile eh tahun ni?”

semasa di Inas, staff ayah boleh dikatakan semuanya akan naik, dan membantu. saya suka berkumpul ramai2. boleh kenal dengan anak-anak staff ayah. malamnya, main bunga api dan mercun dengan mereka.

maka, sebenarnya, saya tak membantu di dapur sangat pun. hanya bantu lihat-lihat kan anak2 staff ayah. bawak diorang main PS, komputer, dan macam-macam lagi, supaya mereka tidak mengacau ibu dan ayahnya.

jika ada uncle yang tak dapat datang pada hari open house, mereka akan datang sehari awal ataupun selepas. selalunya, ayah akan ajak pengurus2 di wilayah selatan, utara dan tengah. (eh, ke sebenarnya ayah ajak semua pengurus di setiap wilayah? entah lah, saya pun tak tau. saya hanya tengok je. kalau ada kereta sampai, ayah dan mak akan sambut. kadang2 kitorang ikut. then kenal la, uncle ni dari peringkat mana, sekian sekian. seronok!)

kemudian, malam sebelumnya, kami adik beradik akan susun snek beserta duit raya di dalam plastik, untuk di agihkan kepada kanak-kanak yang datang besok hari. masih ingat, saya ialah antara yang bersemangat nk beri plastik itu. disebabkan ada duit raya, maka, kanak2 ini ada sahaja yang minta berulang kali. selalunya saya beri je. ayah kata, “tak pelah..sedekah.” baik, ayah~!

[tak habis2 isu duit raya. tak puas hati, sebab tahun ni tak dapat duit raya~! -_-]

dialog popular antara saya dan eka, “kita dah besar rupanya, kan?” [dengan dialog ini, macam2 benda boleh dikaitkan. serius, mahu gelak! astaghfirullahal ‘azim. tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, yang sentiasa jaga dan terus hidup. (huwal hayyul qayyum.) ]πŸ™‚

——————————————————————–

apabila pindah ke Segamat, sekarang, open house di buat juga. sekali lagi, semestinya dibantu oleh staff-staff ayah. tapi, kerana di segamat rumah pengurus nya dekat-dekat sahaja, maka, open house dibuat secara gabungan. open house di buat di dewan, dan saya kira, lagi meriah. (walaupun sebenarnya kami tidak menolong, datang untuk makan, jumpa family kawan ayah dan mak, kemudian main sesama kami adik beradik! apakah?)

tahun lepas (ataupun 2 tahun lepas?) ada seorang uncle ini bertanya, “ni siapa?” saya jawab, “mimi.” ditanya lagi, “anak siapa?” saya balas, “anak cik napis.” uncle itu balas, “laa…anak bos ke? apasal tak cakap…”.

tak boleh juga nk salahkan mereka jika mereka tidak kenal yang kami ini anak ‘encik napis’. kerana, kami tidak duduk di segamat. ayah sahaja yang berulang alik ke sana untuk kerja. jadi, sebenarnya masa raya sahaja lah kami boleh kenal-kenal dengan family staff ayah. itu pun, akan jadi ingat ingat lupa. kadang-kadang bila cuti, ada sahaja kesempatan untuk kami ke rumah di segamat tu. kemudian, ayah akan bawa kami jalan-jalan di bandar segamat.

ayah pernah cakap kepada anak teruna nya yang seorang itu, “izat duduk sini la eh dengan ayah. sekolah dekat sini. nnti pegi sekolah boleh je naik van, ada pakcik hantar.” sedih okeh!😦 kesian ayah duduk sorang sorang. tapi, sebenarnya ayah pun selalu outstation dan semestinya, jarang ada di rumah. itu lah antara sebab emak tak mahu duduk di rumah di segamat. mak kata, “bahau senang. tengah-tengah. kalau ayah pegi meeting kat KL, senang nk balik rumah.” hehe. baik, mak! ayah pun tak kisah sangat, sebab tiap-tiap minggu, lepas solat Jumaat, ayah akan pulang ke rumah di bahau.πŸ™‚

—————————————————————————-

open house sebagai cara mengerat hubungan. daripada tak tahu menjadi tahu. daripada tahu menjadi kenal.

ada seorang kakak ini. berjumpa dengannya di open house kak iynas tadi. orang nya bukanlah bertudung labuh, mahupun, bukanlah sentiasa berbaju labuh. orang nya biasa-biasa saja. ada kalanya, tudungnya di selempang kan saja. sedangkan semasa sambutan raya di hicom hari tu, dikala ramai orang bersiap2 dengan bersungguh2 (ye ke?), kakak yang seorang ini, sangat simple. seadanya sahaja!

apabila memandang kakak ini, saya terasa kebesaran Yang Maha Pencipta. kecantikannya neutral, itu saya pasti!

status nya di facebook, YM, adakalanya menyedarkan saya. ada satu statusnya ini, membuatkan saya kagum pada kakak ini, subhanallah! subhanallah! subhanallah!πŸ™‚

kebaikan terselit dalam diri. perubahan pada diri hanya boleh dirasai oleh mereka yang mencari.

saya terfikir, “bagusnya kakak ini. mesti banyak pahala akak ni, walaupun sebenarnya dia tak buat apa-apa pun. duduk dan hadir di khalayak, kemudian orang (Saya!) memandangnya, membuatkan saya terasa kebesaran Allah.. berapa ramai orang yang sebegitu? wallahu ‘alam.” itu semua kuasa Allah. kerana saya, kakak itu, dan kita semua adalah ciptaan-Nya! maka Dia itu lagi hebat!

jika Dia mahu berikan hidayah dan kepada hamba-Nya; dimana-mana sahaja, dalam apa jua keadaan sekali pun boleh! untuk berborak panjang mahupun mengenali kakak ini dgn lebih rapat, sudah pastinya saya takkan buat. (haha~) cukuplah saya tahu, bahawa kakak itu adalah antara orang yang saya hormati.

kerana, untuk sesetengah orang, saya lebih gemar memerhati daripada mendekati.

semoga kebaikan yang ada di dalam diri kakak ini akan terus tersemai. semoga limpah kasih sayang Allah kepada-Nya akan lebih di rasai. semoga setiap hari bakal menjadi turning point bagi diri nya. semoga kemahuannya ke jalan-Nya sentiasa ada! amin. amin. amin. (mungkin sepatutnya di doakan kepada diri sendiri juga ye, miminapis!)πŸ™‚

wallahu’alam. correct me if I am wrong.πŸ™‚

3 Responses to “open house.”

  1. anis October 4, 2009 at 1:11 am #

    salam.
    mimi,wat kan kueh raya utk kite 1!πŸ˜€

    • miminapis October 4, 2009 at 9:14 am #

      haha.
      mood raya dah abesπŸ˜›

  2. CAHAYA KELEMBUTANKU October 4, 2009 at 8:10 pm #

    tapi staff2 kat keratong x kenal along~ huk~ apsal along xde skali mase korang open house kat keratong tu ha?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: