untuk ‘anda’.

1 Oct

Assalamualaikum wbt,

kepada anda yang saya rindu dan cinta.. terima kasih di atas luahan anda. terima kasih di atas pertanyaan anda.

maaf kerana membalas disini, kerana saya rasa patut untuk berkongsi. kerana saya rasa ada yang turut mengalami benda yang sama dengan anda. (kerana saya fikir, saya pernah melaluinya. kini, anda pula. kelak, ntah siapa. jadi, bila ditulis disini, jika ada yang terkesan, alhamdulillah, syukur dipanjat ke atas Yang Maha Esa. subhanallah. subhanallah. subhanallah.)

saya bukan seorang yang pakar pun dlm hal ini. tetapi jika mahu dikongsikan pengalaman, pandangan, insyaAllah boleh.

semua orang pun mahu kepada kebaikan. tetapi, kerana kelalaian diri, kita mudah untuk condong kepada jahiliyyah.

saya dulu pun begitu. di seseri turning point saya. (bagi yang selalu bertanya, “mimi, kenapa awak bangga sangat dgn seseri?”…saya bukannya bangga dgn seseri, cuma terhutang budi dgn seseri. sudah malas untuk mengulang statement ini berulang kali.)๐Ÿ™‚

saya kira, anda yg bertanyakan saya soalan ini pun faham.. (kan?) kerana saya tahu, anda kenal saya bagaimana sebelum dan selepas masuk seseri… walaupun tak lah baik mana pun saya ni. tapi kalau nk dicomparekan dgn yg dulu, mmg ada lah perubahannya.. (kan, anda?)… (p/s: kpd anda, nnti kita borak2 pnjang sket tntg ni ye, insyaAllah.๐Ÿ™‚ )

——————————————-

bagi saya sebenarnya, perubahan yang kita mahukan di dalam diri, mestilah datang daripada hati kita sendiri.(hati yang sebenar2 hati!)

hati yang sebenar-benar mahu berubah. hati yang sebenar-benar mahu mengharapkan keredhaan Allah SWT.

maka, tanamkan sifat ihsan di dalam diri! (bagi saya, ihsan ini sangat sangat perlu untuk kita, sebagai umat Islam; ada!)

contoh yang saya ambil ialah kejadian tengah hari semalam. saya nampak tong sampah rumah saya berada di rumah sebelah. dlm hati, “ahhh, malas lah nk ambil. nnti nanti lah ambil.” tapi, bila teringat balik yang sebenarnya Allah SWT sentiasa memerhatikan kita, saya jadi takut. nak kata diri ini tak nampak, tipu lah! kelak, di akhirat, mata ini yang akan jawab. tangan ini yang akan jawab. maka, saya pun pergilah mengutip kembali tong sampah tu. lagi pula, kedudukannya mengganggu jiran sebelah. walaupun jiran sebelah saya bukanlah seorang Muslim, tetapi, mereka ada hak ke atas kita; iaitu hak jiran.

teringat tentang hadis 15. “..wamanka na yu’ minu biLLAHi wal yau mil akhir, fal yukrim jaroh….” maksudnya, barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya.

saya fikir, jika tiada ihsan dlm diri, mungkin saya akan berlalu begitu sahaja, tanpa mengalihkan tong sampah itu. kesannya, mungkin akan membawa kepada kemarahan jiran. sedangkan kita ini, umat islam, kemana2 sahaja membawa imej islam. jadi, peliharalah, supaya jangan kerana kita, islam dipandang rendah oleh orang sekeliling.

kita ada ilmu tentangnya, maka BERAMAL lah. saya tahu yang ,anda tahu pepatah Arab ada mengatakan, ‘ilmu tanpa amal, ibarat pokok yang tidak berbuah.” jadi gunalah ilmu itu!

ramai orang akan kata “lemah iman…” (sedangkan saya sendiri pun pernah guna ayat tu!) kita sedar tentang nya, jadi, apa tindakan kita? takkan selama-lamanya kita nk biarkan iman itu lemah. sedangkan Allah pernah kata, Dia takkan ubah sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak mahu berubah.

tanya pada diri, “aku ni nak berubah ke tak?” kalau tak nak, sila lah berada di takuk lama. tapi, ingat, di waktu ini ramai orang di luar sana yang mencari-cari cahaya kebenaran. kita ini, yang sudah islam nya secara warisan, yang lahirnya di sambut dengan azan dan iqamah, takkan mahu terus berada di takuk lama.

dahulu ada yang berkata, “takpe, solat tadi dah doa dah.. dah taubat dah..” alhamdulillah, kerana masih diberi-Nya peringatan untuk bertaubat dan berdoa. tapi, sejauh mana kita bersungguh-sungguh?

“(beribadahlah) dengan ikhlas kepada Allah, tanpa mmpersekutukan-Nya…..” Al-Hajj, ayat 31.

juga, doa. bagi saya doa itu lah yang sangat, paling, utama! kita berinteraksi dengan Allah SWT. meminta dengan penuh kerendahan hati. (teringat tentang diri sendiri. sehari2 mmg berdoa, nak2 selepas solat. doa yang sama diulang2. maka bila sudah terhafal dek lidah, kerana acap kali diulang, maka, sampai kepada satu tahap, khusyuk nya itu hilang. kurang terserap ke dalam hati. astaghfirullahal ‘azim.)

“Dan Tuhanmu berfirman,”Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu…..” Ghafir, ayat 60.

kita juga tahu dan sedar, apabila terasa liat utk buat sesuatu kebaikan, ada syaitan yang menghasut. maka, apa kita buat? ustazah saya semasa di tunku kurshiah kata, “jangan bagi syaitan menang!”. jadi, itu saya pegang! (walaupun adakalanya tewas, paling tidak bila teringat tentang itu, kita lawan lah!)

lagi satu yg saya perasan ialah faktor persekitaran. mungkin juga rakan-rakan. bukanlah mahu dikatakan, untuk menjadi baik kita perlu untuk berkawan dgn budak2 usrah sahaja.

lihat dengan siapa kita berkawan. semenjak berkawan dengannya, bagaimana dgn diri kita? banyak berubah? berubah kepada positif atau negattif? usah ambil risiko untuk membaiki orang dengan terus terjun ke dalam ‘kandang’ nya. paling tidak, sangkut kan dahulu ‘tali’ pada pintu kandang, agar diri tidak turut hanyut.

bagaimana mahu ‘sangkut tali’ itu? sentiasa top up ilmu agama dlm diri. sentiasa bina dan kekalkan hubungan dgn rakan2 yang pada pandangan kita mampu untuk memandu kita ke jalan yang diredhai Allah SWT.

kerana, bimbang dengan keadaan diri yang tidak sekuat mana ini, akan turut sama terumbang ambing. silap hari bulan, kita yang dahulu berniat untuk membetulkan sahabat itu, akhirnya diri kita ini yang akan dipusingkan olehnya. na’uzubillahi minzalik.

untuk saya dan anda yang bertanyakan saya itu, saya ucapkan terima kasih kerana sudi meminta pandangan saya. walaupun saya ini ntah apa-apa. (haha~)

lihatlah, anda bertanya kepada saya. jadi, kebaikan itu ada terselit di dalam diri. cuma bagaimana dgn kita? mahu diolah kebaikan itu ataupun tidak.

hidayah itu milik Allah SWT. tapi, sudah kah kita membuka pintu hati kita untuk menerima-Nya?

masakan, angin boleh masuk ke dalam rumah, jika jendela nya tidak di buka. maka, buka jendela hati!

jangan terlalu kerap menggunakan alasan ‘lemah iman..’ kerana akhirnya kita akan kecundang. atasi kelemahan itu.

tingkatkan ilmu pengetahuan tentang agama. paling tidak, saya sarankan anda baca tafsir Al-Quran. baca dan faham. baca dan ingat bahawa ketika itu Allah sedang berkata-kata dengan kita. agar mudah terkesan di dalam hati.

saya tahu; anda tahu dan mahu! cuma MAHU anda itu perlu anda lebihkan kepada yang WAHYU, berbanding HAWA NAFSU.

saya tahu anda mampu. kerana saya tahu hati anda murni!

kerana, andalah yang telah memberikan saya tafsir Al-Quran itu, dikala saya memintanya. kerana andalah yang telah memberikan saya baju labuh itu, dikala saya mengada-ada meminta. kerana andalah yang memberikan saya tudung labuh itu, dikala saya mahukannya!

———————————————————————-

hati!

berhati-hati dengan hati.

rosak hati, rosaklah jasad.

renovate hati. bersihkan hati.

sabda Nabi SAW, “sentiasalah kamu memperbaiki iman di HATI kamu. lalu sahabat bertanya, bagaimanakah caranya Rasulullah? sentiasalah kamu menyebut, “La ila ha ILLAH, Muhammad Rasulullah.”

kata Opick dalam lagunya “Tombo Ati” (ubat hati)

“…Ubat hati, ada 5 perkaranya, yang pertama, BACA QURAN DAN MAKNANYA, yang kedua, SOLAT MALAM DIRIKANLAH, yang ketiga, BERKUMPULLAH DENGAN ORANG SOLEH, yang keempat, PERBANYAKLAH BERPUASA, yang kelima, ZIKIR MALAM PERPANJANGLAH….”

baca Quran, kerana itu panduan Allah kepada kita.”Dan sungguh, (Al-Quran) itu benar-benarย  menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” An-Naml, ayat 77.

berkumpul dengan orang soleh. orang yang mampu membawa kita kepada Allah.

kata Raihan pula, dalam lagunya “Kita Hamba”

“Bagi mereka yang insaf dan mahu bertaubat, bangunlah di tengah malam, untuk bermunajat merintih kepada-Nya…”

BERMUJAHADAH LAH!

Vodpod videos no longer available.

more about “Opick – Tombo Ati“, posted with vodpod

————————————-

bacaan ini khas untuk saya dan ‘anda’.๐Ÿ˜‰ terima kasih kepada ‘anda’ kerana memberi saya ruang untuk refresh diri!

“Wahai yang membolak balikkan hati, teguhkan kami di dalam agama-Mu. aminn.”

wallahu’alam.correct me if I am wrong.๐Ÿ™‚

2 Responses to “untuk ‘anda’.”

  1. jr seseri October 2, 2009 at 4:33 am #

    btol!
    sye t’hutang budi dgn seseri..
    ble duk kt seseri..
    sy mle jd ORANG..๐Ÿ™‚

  2. CAHAYA KELEMBUTANKU October 4, 2009 at 8:11 pm #

    sungguh terkesan di jiwa ku~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: